Kehamilan

Penglihatan Kabur, Kerap Kencing Tanda-Tanda Diabetis. Ibu Hamil Perlu Lakukan GTT

Share

Minum air gula atau dikenali sebagai Ujian toleransi glukosa (GTT) digunakan untuk mendiagnos penyakit diabetis semasa kehamilan (diabetes gestasi) dengan memeriksa keadaan tubuh anda mengawal paras gula dalam darah.

Diabetes gestasi ini adalah komplikasi kehamilan yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita. Walaupun ia adalah biasa, ujiannya tidak dilakukan secara rutin. Ujian akan diberikan sekiranya anda ada kemungkinan mendapat diabetes gestasi. Kebiasaannya ujian dilakukan apabila kandungan berusia antara 24 hingga 28 minggu. Ujian juga boleh dilakukan seawal kandungan 16 minggu bergantung kepada sejaran perubatan anda.

Keperluan melakukan GTT

GTT adalah penting kerana diabetes gestasi selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas. Jikan diabetes gestasi tidak dikenalpasti dan dirawat ia mungkin boleh merisikokan anda dan kandungan.

 

Simptom kebiasaan diabetes gestasi adalah:

• Keletihan
• Dahaga yang melampau
• Banyak membuang air kecil
• Penglihatan kabur

Diabetes gestasi berlaku apabila badan anda gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin adalah hormon yang memastikan paras gula dalam darah anda stabil. Ia juga membantu tubuh anda untuk menyimpan gula apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.

Semasa kehamilan, tubuh perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi terutamanya apabila dia sedang membesar. Sekiranya badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, kemungkinan akan mengalami terlalu banyak gula dalam darah dan menyebabkan diabetes gestasi.

Kandungan gula dalam darah yang terlalu banyak bermakna bayi anda besar dan ini meningkatkan kelahiran Caesarean. Manakala diabetes gestasi yang tidak terkawal pula menyebabkan risiko kematian bayi semasa di dalam kandungan.

Risiko diabetes gestasi

• Wanita berumur 25 tahun ke atas
• Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 atau lebih
• Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4kg
• Sejarah kandungan yang mempunyai diabetes semasa hamil
• Ahli keluarga mempunyai diabetes
• Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran

Jika anda mempunyai salah satu daripada faktor berkenaan, ada perlu menjalani GTT.

Diabetes gestasi

Interpretasi hasil ujian

Jika anda diuji untuk diabetes gestasi, doktor anda akan mempertimbangkan keputusan setiap ujian glukosa darah. Jika tahap glukosa dalam darah anda lebih tinggi daripada 140 mg / dL (7.8 mmol / L) selepas ujian satu jam, doktor anda akan mengesyorkan ujian selama tiga jam. Jika tahap glukosa anda darah anda lebih tinggi daripada 190 mg / dL (10.6 mmol / L) selepas ujian satu jam, anda akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.
Rawatan diabetes gestasi

Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawalnya dengan mengubah diet dan selalu bersenam Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan cara:

• Mengamalkan diet seimbang yang sihat;
• Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula

Jika berat badan anda berlebihan sebelum hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Doktor juga akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah. Kemudian anda boleh memeriksa sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak.

 

 

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa