Kerjaya doktor bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai pengorbanan yang harus dilakukan termasuk masa bersama keluarga dan diri sendiri. Sebagaimana perkongsian Dr. Sakina Sulung membuka mata ramai tentang realiti sebenar kerja sebagai doktor kerajaan di Malaysia. Dengan bayaran oncall serendah RM10 sejam, pastinya bukan calang-calang doktor sanggup berkhidmat begitu tanpa mengira masa.
Perkongsian beliau adalah rentetan influencer mendedahkan rate yang agak tinggi! Ia satu perbandingan yang agak mencetuskan pelbagai persoalan apabila seorang influencer mendedahkan kadar bayaran untuk views content mereka yang mencecah lebih RM100K.
Ini bukan soal siapa lebih layak mendapat bayaran tinggi, tetapi ia mencerminkan realiti dunia hari ini. Sebagaimana dalam penulisan ini, Dr. Sakina berkongsi pengalaman dari sudut perspektif beliau dengan lebih mendalam.
Kerjaya Doktor Kerajaan Bukan Calang-Calang
Terbaca post kawan menyebut, doktor kerajaan dibayar oncall RM10 sejam.
Ya, lebih kurang begitulah.
Belajar bertahun-tahun, kena jadi HO 2 tahun, lepas tu ada rezeki sambung jadi Pakar lagi 4-5 tahun. Bila dah jadi Pakar pun, kerja macam takde anak bini kat rumah. Tiap kali oncall memang stress dan penat. Siapa yang tak pernah merasa, baik tutup je mulut.
Sebab kita pun sedia maklum, doktor kat hospital dan klinik kerajaan memang tak cukup nak tampung bilangan pesakit yang makin bertambah hari demi hari. Perkhidmatan, kalau boleh, nak makin canggih dan mesra rakyat. Pantang ada aduan, banyak masa staff yang akan dipersalahkan.
Ads
Jarang benar staff dibela walaupun aduan tu kadangkala tak berasas dan di luar logik manusia. Sebab kalau boleh, KKM ni, nak zero aduan. Tak logik, kan?
Tanggungjawab pula bukan setakat kerja klinikal. Banyak masa, doktor Pakar dan MO dipertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kerja doktor-doktor muda yang bekerja bersama mereka.
ebarang kesilapan doktor-doktor muda ni, akan dikembalikan kepada doktor yang menyelia. Kalau tak diajar, nanti doktor muda takkan dapat belajar. Tapi kalau nak mengajar, takleh garang-garang juga, nanti dapat surat aduan pula
(Tapi pengalaman saya, yang garang itulah yang banyak beri kesan kat saya, ingat sampai sekarang apa yang dipesan/dimarah)
Itu faktor yang menolak dari dalam institusi.
Ads
Faktor yang menarik dari luar pula, of course, GAJI. Gaji Doktor Pakar kat hospital swasta, boleh mencecah 3-10 kali ganda berbanding rakan sejawat di hospital kerajaan tanpa ada tanggungjawab menyelia doktor HO/MO. Tak perlu juga hadir meeting yang diperlukan oleh pihak pentadbiran. Stressnya kurang. Pesakit pun banyak masa, lebih mesra dan kurang komplen yang bukan-bukan. Bilangan pesakit??
Pastinya tak seramai berbanding hospital/klinik kerajaan. Kalau buat round pun, tak sempat sejam dah habis.
Ads
Bukan saya cakap, kerja kat hospital swasta tak stress, tapi stressnya berbaloi sebab mereka dibayar setimpal. Sekali pesakit panggil doktor Pakar tengok kat wad, RM200 untuk konsultasi.
Kalau kat hospital kerajaan, doktor Pakar dibuat jadi kuli. Silap-silap pesakit dan keluarga pun selamba je maki. Yelah, konon mereka yang bayar cukai.
Sebab tu, ramai sangat doktor-doktor muda, baik Pakar mahupun tidak, yang hantar notis berhenti. Sapa yang tahan, kerja teruk tapi gajinya tidak sebanyak kawan yang kerja swasta. Kami pernah buat lawak, kalau pegi seminar, kalau tengok kereta mewah kat tempat parking, itulah kereta doktor swasta. Yang berkereta nasional tu, biasanya doktor kerajaan.
Dan doktor-doktor muda ni, bila resign, siapa yang akan monitor mereka? Hampir tiada. Semuanya bergantung kepada integriti dan iman mereka sendiri. Kalau nak jalan singkat nak kaya, jadilah pengeluar produk punah, burukkan KKM atau aktif kat TT, beri nasihat sana sini tak ikut guideline yang ada.
Tanpa title Pakar pun boleh kaya raya tukar kereta mewah, buat rumah banglo. Integriti ditolak ke tepi. Maaflah, membebel pagi-pagi.
Sebabnya terkesima sekejap tengok rate influencer cantik ni letak. Memang boleh pegi Haji balik hari.
Tiga minggu lalu, tular kisah Adik Ahmad Danial penghidap kanser otak Diffuse Instrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat apabila impian untuk menjadi anggota bomba tercapai. Hari ini satu perkhabaran duka menyatakan dia kini sudah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Sungguh indah pengakhirannya, dijemput pada pagi Jumaat yang mulia.
Pada usia di mana kebanyakan wanita sudah menumpukan kehidupan kepada anak-anak yang meningkat dewasa atau cucu, kisah seorang ibu yang masih mampu menimang cahaya mata sendiri benar-benar mengagumkan. Bayangkan, pada usia 58 tahun, masih diberi peluang untuk mendakap bayi kecil di pangkuan sebuah anugerah yang bukan semua orang dapat rasai.
Itulah perjalanan luar biasa Chan Lai-lai, isteri kepada pelakon tempatan Brian Wong Chak-fung, yang baru sahaja selamat melahirkan anak kedua melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Kisahnya bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah memberi inspirasi tentang betapa kuatnya naluri keibuan, kasih sayang, dan keyakinan untuk terus berjuang demi impian bergelar ibu, walau pada usia yang dianggap berisiko.
Nyata, seorang wanita berusia 58 tahun, Chan Lai-lai yang juga isteri kepada pelakon tempatan Brian Wong Chak-fung selamat melahirkan anak kedua menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Wanita itu pernah menarik perhatian orang ramai enam tahun lalu apabila menyambut kelahiran anak pertama pada usia 52 tahun sebagai seorang ibu berisiko.
Dalam pengumuman di media sosial pada Sabtu, pasangan tersebut berkongsi berita gembira itu mendedahkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.
Bercakap kepada media, Brain memaklumkan anak perempuan kedua mereka dilahirkan pada 22 Ogos dengan berat 3.34 kilogram (kg).
Brian menjelaskan bahawa Lai-lai menjalani pembedahan caesarean berjadual pada usia kandungan 37 minggu, sambil menambah bahawa bayi baharu mereka lebih berat berbanding kakaknya semasa lahir.
Brian turut mengagumi kemampuan Lai-lai untuk menyusukan bayi pada usianya. Menurut pelakon itu, isterinya melalui pembedahan caesarean berjadual pada usia kandungan 37 minggu.
Kejayaan Chan Lai-lai melahirkan bayi pada usia 58 tahun bukan sekadar memenuhi hajat peribadi, malah ia menjadi bukti bahawa kasih sayang, doa dan kesungguhan mampu mengatasi segala cabaran. Bagi Brian, kehadiran bayi kedua ini melengkapkan impian mereka untuk memiliki sebuah keluarga kecil yang kini berempat.
Lebih daripada itu, kisah pasangan itu memberikan harapan dan motivasi buat ramai wanita serta pasangan yang masih menanti rezeki zuriat. Kadangkala, perjalanan ke arah impian itu mungkin sukar dan panjang, namun dengan usaha, keyakinan dan sokongan pasangan—apa sahaja boleh menjadi kenyataan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi memudahkan mak ayah untuk merancang keperluan persekolahan anak dan cuti, Takwim Cuti Sekolah 2025 / 2026 dan Kalendar Akademik KPM telah dikongsikan.
Dan ini merupakan takwim terbaru yang dikeluarkan oleh KPM untuk semua.
Dalam artikel ini dikongsikan takwim kalendar akademik sesi persekolahan KPM 2025 / 2026 melalui lampiran berikut :
Kalendar Akademik 2025/2026 (terpakai bagi kehadiran di institusi pendidikan KECUALI di sekolah swasta, sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa)
Kumpulan A – Semua institusi pendidikan di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal Pertama – 16 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 11 September 2025
Penggal Ketiga – 21 September 2025 hingga 18 Disember 2025
Kumpulan B – Semua institusi pendidikan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya
Penggal Pertama – 17 Februari 2025 hingga 28 Mei 2025
Penggal Kedua – 10 Jun 2025 hingga 12 September 2025
Penggal Ketiga – 22 September 2025 hingga 19 Disember 2025
Ini pula melibatkan cuti-cuti perayaan di Malaysia mengikut kumpulan A dan B.
NOTA PENTING :
Untuk makluman, Sesi Akademik 2026 akan bermula pada 12 Januari dan dijangka berakhir pada 1 Januari 2027 dengan pengurangan 2 minggu cuti semester.
SESI AKADEMIK 2027 barulah kita kembali kepada takwim asal sebelum pandemik di mana cuti sekolah tahunan kembali kepada 9 minggu setahun berbanding 2 tahun kebelakangan hanya 5 minggu setahun ie. Sesi Akademik 2023/2024, 2024/2025 dan 2025/2026.
Untuk muat turun, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.