Pengusaha Tadika Swasta Bersyukur Kerajaan Bagi Geran RM5,000. Ringankan Beban Mereka

Share

Selepas hampir empat bulan tadika di seluruh negara ditutup ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 dan dibuka kembali ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Para pengusaha tadika swasta yang sebelum ini keluh kesah memikirkan bebanan kos operasi mereka boleh menarik nafas lega dengan pengumuman kerajaan tentang pemberian geran sekali bayar.

Memetik berita ditulis Bernama, pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima geran secara sekali bayar sebanyak RM5,000.

KPM dalam kenyataan media berkata, pemberian geran di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) itu adalah inisiatif meringankan beban pengusaha taska swasta dalam membuka semula operasi mereka.

“Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju meluluskan pemberian geran secara one-off melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

Gambar hiasan

“Bagi pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM akan menerima geran one-off sebanyak RM3,000 jika pendaftaran tadika mereka dibuat sebelum 31 Oktober 2020.

“KPM yakin geran yang disediakan oleh kerajaan akan dapat membantu pengusaha tadika swasta meneruskan agenda pendidikan prasekolah serta menggalakkan tadika swasta yang belum berdaftar untuk berdaftar dengan KPM sebelum 31 Oktober 2020

Artikel menarik: Jangan Hantar Anak Ke Tadika Jika Tak Sihat. Ini Pesanan Datuk Dr Noor Hisham Untuk Parents!

Mengulas lanjut pemberian daripada kerajaan tersebut, pengusaha tadika, Puan Zaharah Awang yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga dengan berita tersebut.

Puan Zaharah Awang, Timbalan Presiden Persatuan Tadika Islam Malaysia

“Saya bersyukur atas rezeki yang Allah sampaikan melalui KPM untuk pengusaha-pengusaha tadika yang amat terkesan sepanjang kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 17 Mac lalu.

Menurutnya, pengumuman ini merupakan berita gembira bagi semua pengusaha tadika swasta. “Saya selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Islam malaysia ingin mengajak para pengusaha untuk melesenkan tadika masing-masing. Yang mana yang masih belum berdaftar mohon segeralah daftar.

“Bantuan geran ini sebagai salah satu peluang dan insentif yang diberikan kepada tadika-tadika yang berdaftar sebagai penyedia bidang perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

“Jelas menunjukkan kerajaan mengiktiraf pengusaha tadika ini sebagai satu kelompok yang perlu dibantu untuk meningkatkan semula kualtiti pendidikan di tadika.

Gambar hiasan

Zaharah turut berharap geran yang diperoleh akan digunakan untuk kegunaan anak-anak di tadika terutama bagi penyediaan proses sanitasi tadikaa, beli peralatan yang sesuai untuk digunakan semula oleh kanak-kanak tadika.

Artikel menarik lain: Lepas Adik-Adik Tadika Bersekolah, Abang Kakak Kembali Ke Sekolah 15 & 22 Julai

“Jadi kita nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin kerana memberikan geran ini dan melihat kami pengusaha tadika ini. Kiranya dapat perhatian daripada kerajaan,” akhiri beliau penuh kesyukuran mewakili suara semua pengusaha tadika swasta di seluruh Malaysia.

 

Published by
webadmin