Bagi penggemar pisang goreng pastinya rindukan pisang goreng asli seperti zaman dulu-dulu. Agak sukar untuk mendapatkan pisang goreng original kerana kebanyakkanya telah diolah resipinya seperti ditambah keju, coklat dan sebagainya.
Bagi yang ingin menyediakan sendiri pisang goreng di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh peniaga pisang goreng ini.
Makan pisang goreng syok waktu petang…
Resipi tepung pisang
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan(apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secoit
Gula sesudu besar
Garam sesudu
Telur sebiji
Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan… Bancuh jangan cair, jangan pekat
Cara penyediaan;
Bancuh kesemua bahan. Panaskan minyak, tunggu sehingga minyak betul-betul panas. Nak tahu minyak panas atau belum boleh titiskan sedikit adunan ke dalam kuali. Celup pisang kedalam bancuhan tepung tadi kemudian goreng sehingga nampak keemasan.
Selamat mencuba!
Kredit: Yayar B. Awang Noh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.