Pening Kepala Bawa Balik Banyak Barang Time Raya, Cuba Cara Ni. Baru Betul-Betul Berbaloi!

Share

Tinggal lagi dua minggu nak raya, ibu antara yang paling sibuk. Time ni lah mula kalut fikir nak beli baju raya, kuih raya dan bawa barang apa nak balik kampung.

Lagi-lagi kalau ibu yang ada anak lebih dari dua orang agak kelam kabut memikirkannya. Tip yang dikongsikan ini mungkin boleh membantu kaum ibu untuk buat persiapan nak balik raya nanti.

1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga

Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat-alat mekap, dan makanan).

Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni.

Tip: simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau-kalau ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).

1) Lipat dan gulung baju dalam beg

Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.

Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik-cantik dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.

3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil

Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.

Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah-celah beg.

Tak dalah pin-pin yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. h

Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).

Tip: Kalau ada je bekas-bekas yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa-masa kritikal mcm ni kan?

4) Balut barangan berkaca dengan kain

Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi-lagi yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)

5) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat

Bekas lutsinar yang berzip sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?

Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.

Labelkan juga bekas-bekas tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.

6) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan

Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.

Tip: Ia sangat berguna lagi-lagi jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.

7) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja

Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.

Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.

Sumber: mommylotte.com

 

Published by
Wan Amy