Masuk sahaja sekolah, mulalah pensil dan pemadam asyik hilang. Pensil warna pula asyik bertukar beberapa kali dalam masa setahun. Apa sebabnya anak-anak kita terutama di sekolah rendah mengalami masalah ini?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, mendidik anak erti berkongsi lebih awal menjadi punca masalah ini. Jom perbetulkan.
Perasan tak anak-anak sekarang pergi sekolah ada saja benda yang hilang. Kadang pensil hilang, pemadam hilang, buku hilang sampaikan mana perginya pun tak tahu.
Jom saya kongsikan dengan mak ayah semua. Salah satu puncanya adalah kita ini terlampau awal sangat ajar anak untuk berkongsi.
Ni ki ajar anak share barang-barang. Sepatutnya di waktu anak usianya di bawah tujuh tahun ke bawah, kita ajar dulu anak tentang PEMILIKAN.
Ads
Misalnya barang diri sendiri, barang orang lain, barang yang bukan kepunyaan kita kalau nak guna macam mana dan sebagainya. Itu yang perlu kita ajarkan pada anak.
Apabila kita terlampau awal ajar anak untuk sentiasa berkongsi itu yang bila masuk sekolah rendah tu apa saja kawan minta dia bagi, lepas tu tak minta balik.
Semua ini sebab anak tidak tahu konsep pemilikan dan hak milik. Itulah puncanya.
Ads
Disebabkan itulah ramai anak-anak sekarang ini asyik barang hilang. Pensil tak pernah cukup, pensil warna asyik berganti setahun. Jadi macam mana?
Ajarlah anak kita tentang hak milik. Kalau barang kita orang nak pakai dia kena minta izin dan apabila sudah selesai dia kena pulangkan semula. Ini yang kita perlu ajarkan pada anak.
Bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Tetapi apa rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu kan? Berikut antara 7 peraturan untuk rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan boleh diamalkan bersama.
7 PERATURAN UNTUK RUMAHTANGGA BAHAGIA:
1. Bila kamu dah berbuat salah, akui dan jangan berdiam diri. Luahkan dan berbincanglah baik-baik. Memilih untuk memendam lama-lama pasangan tahu juga.
2. Bila pasangan marah, jangan terikut marah sekali. Kena jadi ejen penyejuk yang mendamaikan suasana. Api lawan api makin membara suasana rumahtangga. Namun kalau api dibalas air, maka terpadamlah api kemarahan itu.
3. Jangan biarkan masalah tanpa diselesaikan sebelum kamu tidur. Masalah yang berlarutan akan di bawa ke esok dan menjadi beban sehingga hari yang mendatang.
4. Sentiasa kena puji pasangan kita. Paling kurang pun sekali sehari. Kadangkala kata-kata kita itu yang jadi semangat dan penguat untuk dirinya melewati hari dengan cekal dan tabah.
5. Sungguhpun kita ini cepat terlupa, tetapi janganlah selalu terlupa untuk membuat pasangan kita tersenyum.
6. Jangan terlalu berkongsi kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Terlalu banyak mata memerhati dan silap hari bulan ada yang cuba nak kebas pasangan kita.
Kebahagiaan yang terbaik adalah hanya dinikmati oleh kamu dan pasangan sahaja.
7. Bila pasangan merajuk, jangan biarkan lebih dari 3 hari. Perlu cari sesuatu perkara yang buat dirinya suka dan gembira. Dan paling utama adalah memohon maaf dan ajak berbincang.
Buat pasangan di luar sana. Jangan pernah berhenti untuk membahagiakan rumahtangga. Binalah ‘syurga’ di atas dunia buat pasangan. Selalulah buat dia tersenyum dan tertawa.
“Tolong… sakit.” Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang sarat lapan bulan bersama suaminya Shahril Apipie Mokhtar, 29, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Turut maut ialah Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia Bambang Sulisto, 39.
Saksi kejadian, Mohd Haziq Haikal Jamri, 15, berkata sebelum kejadian dia membersihkan kawasan terbabit dengan mengalihkan kayu sebelum pulang ke kediamannya di belakang rumah mangsa.
Katanya, tidak lama kemudian dia terkejut selepas terdengar bunyi dentuman dan terus bergegas ke luar untuk melihat apa yang berlaku.
Jerit Minta Tolong, Beritahu Sakit
“Ketika itulah saya terdengar kakak (Wan Hasheliza) menjerit meminta tolong dan memberitahu sakit.
“Suaminya pula ketika itu sedang cuba menyelamatkannya sebelum jiran lain juga datang membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, keadaan kecoh itu tiba-tiba bertukar senyap dan mereka tidak bergerak serta kaku sebelum terlihat tangan jiran terkulai.
Sementara itu, ibu kepada Haziq, Norazila Saad, 34, berkata pasangan suami isteri terbabit menyewa di rumah berkenaan sejak Disember lalu.
“Saya memang rapat dengan pasangan ini dan wanita terbabit sedang mengandung anak sulung mereka.
“Dia juga kelihatan gembira mengemas barang untuk balik ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Haji dan bersalin di sana,” katanya.
Tak sempat makan pulut ikan masin
Katanya, jirannya berkenaan sempat meminta dia memasak pulut berinti kelapa dan ikan masin, kelmarin kerana berkemungkinan mengidam.
“Sepatutnya dia menjamah (pulut berinti kelapa dan ikan masin) petang ini (semalam), namun tidak kesampaian malah saya juga sudah siap memasak pulut itu.
“Sepanjang mengenali mereka, pasangan terbabit sangat baik dan tidak kedekut,” katanya ketika ditemui.
Pilu tak berdaya bantu abang ipar
Detik memilukan buat seorang lelaki apabila melihat abang ipar dan dua jirannya maut terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan seorang wanita hamil, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita berkenaan tersepit di bawah runtuhan tangga sebuah rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini, semalam.
Malah, Rahmat Selamat, 33, berkata, dia bersama dua jiran lain hanya mampu menunggu sebaik menyedari abang iparnya, Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan tiga jirannya berada dalam keadaan kaku.
Katanya, ketika kejadian dia bersama abang iparnya dan dua lagi lelaki sedang memotong rumput sebelum terdengar bunyi dentuman kuat selain suara wanita menjerit.
“Ketika kami sedang memotong rumput, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan disusuli suara wanita menjerit.
“Kami berempat termasuk arwah abang ipar terus berlari ke arah bunyi berkenaan sebelum mendapati berlaku runtuhan di salah satu unit rumah yang terletak 20 meter dari lokasi kami,” katanya.
Katanya, sebaik mereka berempat sampai di rumah berkenaan, dia melihat jirannya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, menyelinap masuk ke bawah runtuhan tangga konkrit bagi menyelamatkan isterinya Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29.
Katanya, mereka kemudian cuba mengangkat runtuhan berkenaan bersama jiran warga Indonesia Bambang Sulisto, 39, yang datang untuk membantu.
“Pada waktu itu, kami berlima cuba mengangkat runtuhan dari sebelah hadapan tangga, namun gagal sebelum Bambang dan abang ipar saya masuk ke dalam rumah untuk mengangkat runtuhan dari dalam.
“Namun, sebaik Bambang memegang batu, dia menjerit ‘karan’ (arus elektrik) sebanyak dua kali sebelum melihat lelaki itu serta abang ipar kaku terdiam, tidak bergerak,” katanya.
Rahmat berkata, pada waktu itu mereka menyedari terdapat arus elektrik di situ dan cuba memanggil nama Bambang dan Radzi beberapa kali, namun tidak berjawab.
“Kami hanya mampu melihat sahaja mereka, tanpa dapat membantu apa-apa kerana khuatir terkena arus elektrik berkenaan,” katanya.
Bagi ibu bapa bekerja, memperuntukkan masa untuk anak-anak adalah sangat terhad. Ketika waktu malamlah baru dapat meluangkan masa bersama-sama, makan bersama dan melayan karenah mereka. Sebenarnya walau bagaimana sibuk sekalipun, ibu bapa perlu meluangkan masa yang secukupnya untuk anak-anak.
Idea yang dikongsikan oleh Dr Ain Zul ini paling mudah nak dilakukan. Tak perlu teman anak bermain puzzle, melukis atau mewarna bersama-sama sebaliknya bacakan buku cerita untuk anak-anak. Anak-anak paling mengingati momen-momen sebegini.
Idea luangkan masa dengan anak untuk parents yang sibuk.
No matter how busy you are, kena spend jugak quality time dengan anak.
Idea paling senang adalah bacakan buku pada anak-anak kecil. Tak perlu lama sebab attention span anak kecil tak lama. Dapat 15 minit sehari pun dah sangat okey, lebih-lebih lagi parents yang busy.
1) Keeps lots of books, biasa anak umur 2-3 tahun pergi kedai buku, dorang pilih sendiri buku yang menarik, colourful & attractive.
2) Anak kecik biasa akan suka baca buku yang sama berulang kali.
3) Boleh ajar anak namakan objek/ perkataan dalam buku.
4) Pilih buku yang sesuai, gambar besar (kalau boleh real pictures), tak banyak perkataan.
5) Beli buku yang tebal, sebab tak mudah koyak atau hancur bila masuk mulut.
6) Repeat nursery rhymes kalau paling maaaalasss sangat nak bacakan buku. Tapi parents kena join anak contohnya menyanyi, dancing.
Anak kecil belajar perkataan baru melalui apa yang didengar, pembacaan dan nyanyian lah yang paling senang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!