Apabila terlalu manjakan anak akan memberi kesan negatif kepada perkembangan diri anak. Makan bersuap, ikut kehendak anak dan tidak membiarkan anak berdikari adalah antara sikap yang boleh menjejaskan personaliti anak-anak. Situasi ini sekali gus akan menggangu ketrampilan diri anak apabila memasuki darjah satu nanti.
Semoga perkongsian Puan Syuhada Amir yang merupakan ibu kepada empat orang ini, memberi panduan berguna kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Penting! 10 Sebab Kenapa Ibu Ayah Tidak Boleh Manjakan Anak
Bagi Puan Syuhada mendidik anak perlu ada ketegasan

10 SEBAB ANAK TIDAK BOLEH TERLALU MANJA
1.Anak tak pandai buat apa-apa
Apabila kita terlalu manjakan anak, ia akan membuatkan anak kita tak pandai untuk buat apa-apa sebab semua pun kita yang buatkan. Contohnya, anak kita berusia 5 tahun nak basuh pinggan sendiri. Tapi, disebabkan sinki yang tinggi, kita larang “tak payah basuh sendiri, nanti ummi basuhkan”. Anak memanjat sikit kita suruh turun, air tumpah kita lapkan, macam mana anak kita nak belajar macam mana nak uruskannya?
Biarlah anak kita buat sendiri. Yang penting, kita ajar mereka cara yang betul. Anak kita akan belajar melalui tauladan dan contoh yang baik kan?
2.Terlalu mengharapkan orang lain
Ibu ayah yang selalu buat segalanya untuk anak akan menyebabkan anak terlalu bergantung kepada orang lain untuk buat segala kerja. Tak reti nak buat sendiri kerana tidak pernah diajar cara-caranya. Nak basuh baju tak pandai, nak lipat baju pun tak kemas.
Kesian anak kita nanti bila mereka besar sebab akan ada masa di mana mereka akan ditertawakan kerana tidak pandai menyelesaikan masalah. Nak buat macam mana, mereka tidak dilatih untuk berfikir akan cara menyelesaikan sesuatu masalah kan?
3.Hilang keyakinan diri
Anak yang terlalu dimanjakan akan hilang keyakinan diri. Nak buat ini rasa macam salah, bila disuruh buat itu tak boleh nak fikir. Lama-lama nanti mereka dah tak yakin dengan apa yang mereka mampu dan boleh buat. Mereka akan sentiasa fikir yang mereka tak berguna kerana tak boleh nak bantu apa-apa.Sebagai ibu ayah, bina keyakinan anak adalah penting demi masa depan mereka. Jadikan anak kita orang yang berani untuk berdiri dengan apa yang mereka percaya.
4.Takut untuk mencuba
Budak yang manja akan jadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru sebab semua yang mereka nak ibu ayah akan lakukan. Mereka tak pernah diberi peluang mencuba buat segalanya sendiri. Mereka juga tak pernah rasa gagal mahupun puas hati bila berjaya melakukan sesuatu. Jadi, nak buat benda yang tak pernah dibuat, akan buat anak kita takut.

Penting! 10 Sebab Kenapa Ibu Ayah Tidak Boleh Manjakan Anak
5.Cepat marah
Anak manja sudah terbiasa dapat segala yang mereka nakkan. Sebab itulah apabila mereka tak dapat, mereka akan marah. Kadang kala, sampai mak ayah pun kena marah sebab tak bagi apa yang anak nak. Kalau dibiarkan, risau nanti sampai ke besar mereka akan tunjuk sikap sebegini.
6.Bunuh daya imaginasi anak
Budak-budak dilahirkan dengan imaginasi yang tinggi. Pada mereka, setiap perkara yang mereka buat adalah exciting dan fun. Tapi, kalau sikit-sikit kita buatkan, anak memanja sikit kita suruh turun, anak nak makan sendiri kita tak bagi, mesti kita suapkan.Bila perkara-perkara sebegini terjadi, anak kita tak dapat nak explore dunia mereka. Tak dapat nak belajar kesan dan akibat sesuatu benda. Imaginasi mereka terbantut apabila kita selalu sangat halang apa yang mereka nak lakukan.
7.Malas
Anak-anak yang manja akan jadi malas bila dah terbiasa semuanya orang lain yang buatkan. Nak makan, mak suapkan, dah main mak yang kemas mainan, air tumpah bibik yang tolong lapkan. Anak tak buat apa pun.Bila dah terbiasa begitu, mereka akan jadi malas. Kalau nak air “ummi, ambilkan air”, bila nak makan, anak duduk depan tv, “ayah, nak nasi” Ayah pun bawa la nasi bagi pada anak. Memang malas la kan tu namanya?
8.Tantrum bila tak dapat sesuatu
Apabila tak dapat apa yang mereka nak, mereka akan tunjuk tantrum. Menangis guling-guling sampailah mereka dapat. Pernah tengok tak di supermarket anak yang duduk membatu ataupun menangis meraung tak dapat apa mainan kesukaan? Mak ayah yang malu bila orang pandang.

Ads

Anak kena tahu limit dan boundaries. Jangan sampai mak ayah kena ikut cakap anak macam anak nie bos. Kita bukanlah melahirkan tuan, tapi kita perlulah didik mereka menjadi anak soleh solehah yang taat perintah Allah.

9.Suka mengarah orang lain
Risau anak kita nie mengarah orang suruh buat apa yang mereka nak sebab di rumah mak ayah turutkan sangat apa yang anak nak. Jadi, mereka fikir yang semua orang lain pun akan buat perkara yang sama. Mereka tak tahu yang bukan semua yang mereka nakkan akan dipatuhi oleh semua orang.
Tugas ibu ayah adalah untuk didik anak cara yang betul, bukannya ikutkan sangat apa yang mereka nak sampai tantrum bila tak dapat.
10.Tak belajar erti responsibility
Paling penting adalah anak kita takkan belajar erti responsibility. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Jadi, bila tak diajar untuk bertanggungjawab, anak kita takkan buat dan sampai bila-bilalah mereka akan dapat lepaskan diri daripada tanggungjawab mereka.

Ads

Sumber: ummuzuhayr.com

Ads

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI