Rupanya ada enam  aktiviti bermain yang boleh bantu rangsang penguasaan kemahiran membaca awal untuk anak yang ibu ayah kena tahu. Pastikan ibu ayah alert bab ini terutama aktiviti yang telah disenaraikan. Buat list pendek  aktiviti-aktiviti ini pada kertas memo  atau telefon bimbit, supaya dalam seminggu ada aktiviti bermain cara ini.

Memang risau bila anak usia lima atau enam tahun masih belum boleh membaca sehinggakan ada ibu bapa memaksa anak-anak untuk membaca. Memang tidak dinafikan anak  kemahiran membaca perlu ada kepada anak-anak supaya dapat menyesuaikan diri semasa  memasuki darjah satu nanti. Namun jangan lupa juga bahawa  bermain adalah alat bantu yang dapat merangsang anak-anak untuk mahir membaca. Ini kerana semasa kanak-kanak ini bermain akan terbentuk nilai-nilai dalam dirinya seperti  kreativiti, fokus, berani, yakin dan perkembangan bahasa.

Contohnya   bermain pasir di luar rumah akan dapat meningkatkan kesihatan fizikal kanak-kanak, mengatasi konflik, koordinasi motor, lebih fokus. Malah jika anak-anak suka main peranan seperti  berlakon jadi doktor, guru , berlakon atau terlibat dalam penceritaan boneka, ia sebenarnya membantu penguasaan membaca  dengan baik.

Dalam kajian Pellegrini, 1980 dalam Spodek, 1993, terdapat hubungan antara awal  membaca dengan permainan lakonan . Perkara ini menjelaskan bahawa  melalui berlakon atau bermain peranan, kanak-kanak akan lebih mudah menguasai  kemahiran membaca awal.

Begitu juga dengan  aktiviti-aktiviti tersebut seperti membina blok, bermain air dan pasir, menyelesaikan teka  kata atau membina kawasan bermain secara imajinatif memaksa kanak-kanak  menggunakan kemahiran berfikir kritis.

Juga anak-anak bermain di tadika atau di taman bersama rakan sebaya atau anak jiran tertangga,  ia melatih kanak-kanak belajar bekerjasama dan mengatasi konflik. Bila seseorang kanak-kanak melalui  pengalaman sosial dan emosi yang sihat, mereka akan dapat menyesuaikan diri kepada persekitaran di sekolah.

Secara kesimpulannya, bermain adalah aktiviti kritikal untuk perkembangan anak. Ibu bapa dan pihak tadika atau taska perlu menyedari bahawa bermain bukanlah aktiviti untuk memenuhi masa kanak-kanak tetapi faedahnya lebih daripada itu.

 

Ads

Penting! 6 Aktiviti Bermain Ini Bantu Rangsang Penguasaan Kemahiran Membaca Awal Untuk Anak

 6 JENIS PERMAINAN BANTU PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA AWAL

Permainan 1

Bermain dengan pasir. Kanak-kanak belajar mengenai sifat semula jadi elemen-elemen seperti pasir, air dan udara. Jom ke pantai hujung minggu!  Jika tidak ada masa terluang, boleh je beli pasir buatan tu. Yang penting ada aktiviti bermain pasir. Jangan lupa jaga kebersihan anak-anak yang lepas main pasir.

Permainan 2

Ads

Bermain air dalam kolam plastik. Biasanya kanak-kanak meletak itik, bungkah kayu atau kapal layar dalam air. Selain daripada berasa seronok, kanak-kanak juga mempelajari itik boleh berenang, kapal boleh belayar dan bungkah kayu boleh tenggelam dalam air. Sesuai sangat untuk anakk-anak usia  tiga atau empat tahun terutama aktiviti di taska.

Permainan 3

Permainan mengail ikan. Ia permainan kanak-kanak belajar kemahiran psikomotor, kognitif dan

afektif  terutamanya jika bermain sambil menyanyi. Sesuai sangat untuk  anak usia lima dan enam tahun.  Rupanya permainan mengail ikan ini berguna untuk perkembanan anak kan. Tetapi  jika nak natural, boleh ke  Farm In The City, Sri Kembangan sebab ada ruang untuk anak-anak menangkap ikan menggunakan pencedok.  Bila ke sana jangan lupa lakukan aktiviti ini!

Ads

Permainan 4

Berlakon atau main peranan mememegang watak ibu, bapa, kakak dan abang  yang  dapat mendidik anak-anak menghayati watak dan peranan ahli keluarga seperti dalam permainan “masak-

masak” atau “pondok”.  Lepas ini bila anak nak pinjam senduk atau periuk kat dapur jangan marah-marah. Biarkan je. Jika nak beli set permainan masak-masak pun ok jika ada bajet.

Permainan 5

Terdapat pelbagai lagi bentuk permainan yang berfaedah untuk perkembangan anak-anak . Ia termasuk bermain  doh mainan daripada plastersin, bermain guli, boneka (puppets), batu, bungkah kayu, lego dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, pastikan ibu ayah dan pihak taska dan tadika mengenalpasti  apa aktiviti permainan anak.  Pastikan permainan yang anak-anak lakukan itu ada faedah untuknya.  Memang ada pakar yang mengatakan permainan gajet ini dibolehkan untuk pembelajaran anak-anak. Tetapi jika tidak dikawal, ia akan jadi permainan yang sebaliknya. Bagi admin, ibu bapa yang tidak dapat mengawal dan mengelak anak  rasa ‘ketagih’ dengan gajet adalah lebih baik jangan bagi terus gajet kepada anak-anak.  Biarkan mereka lupa dunia gajet, dan suka kepada permainan-permainan yang menggunakan alat bantu ini. Jom kita lakukan perubahan sekarang untuk kecemerlangan anak. Ingat enam tahun pertama ada perkembangan kritikal anak. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI