Keibubapaan

Penting Ajar Anak Makan Sama-Sama Dari Kecil, Biar Anak Tahu, Besar Manfaatnya!

Share

Ada dikalangan kita yang makan secara sendiri di rumah, anak pun makan sendiri tanpa berjemaah makan bersama-sama keluarga. Memang memudahkan tetapi banyak kesannya kepada perkembangannya dalam tumbesaran anak-anak. Kesannya akan bakal di lihat apabila anak mulai remaja.

Perkongsian Dr Taufiq Razif ini sememangnya membuktikan bahawa banyak positifnya apabila seluruh ahli keluarga dibiasakan dengan rutin makan bersama. Malah perkembangan anak juga dilihat dari sudut positif. Jadi ambil kesempatan musim PKP ini untuk memulakan sesuatu yang baru.

Fakta dan rahsia kenapa kita kena ajak anak makan berjemaah bersama keluarga. Semua mak ayah wajib tahu ilmu penting ni.

😱 Kajian daripada University Of Columbia mengatakan kanak-kanak yang makan bersama keluarga 5 hingga 7 kali seminggu 40% lebih berkemungkinan untuk mendapat peningkatan dalam markah peperiksaan mereka.

😱 Satu kajian daripada Standford University menyatakan bahawa anak yang makan bersama keluarga lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih sihat seperti buah buahan dan sayur sayuran.

😱 Anak yang selalu makan bersama keluarga akan lebih bagus perkembangan bahasanya ( language development) kerana mereka lebih banyak terdedah kepada perbualan dan perbincangan.

😱 Lebih banyak makan bersama keluarga, lebih kurang stress yang dialami oleh orang dewasa dan juga anak anak terutamanya anak remaja.

😱 Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya lebih kurang membuat masalah secara perangai dan juga emosi ( less emotional & behavioural problems )

😱 Remaja yang selalu makan bersama keluarga biasanya akan lebih puas hidupnya ( higher life satisfaction) walaupun berdepan dengan masalah ekonomi.

😱 Remaja yang selalu makan bersama keluarga akan lebih kurang berisiko mengalami depresi dan tekanan perasaan.

😱 Remaja yang selalu makan bersama keluarga kebanyakannya melaporkan mereka mempunyai hubungan yang sangat ‘excellent’ dengan keluarganya.

Inilah rupanya antara rahsia dan hikmah kenapa kita ditakdirkan untuk ‘berkurung’ dan bersama sama berbuka dan makan bersama sama seisi keluarga.

Taufiq Razif

Published by
SRM