Siapa yang bersedia menerima kelahiran bayi pramatang? Sebolehnya pasti semua ibu mahu anaknya cukup bulan dan benar-benar bersedia dilahirkan. Namun sebagai persediaan kelahiran bayi pramatang, suntikan Corticosteroid disyorkan untuk menguatkan paru-paru bayi.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abd Razak, suntikan ini amat penting sebagai salah satu ikhtiar untuk menguatkan paru-paru bayi. Ini yang mak ayah kena tahu.
“Adoi, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Fatimah sambil mengosok-gosok punggungnya.
Sambil berjalan terhincut-hincut, Fatimah mengelap air matanya yang mula berderaian”
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan.
Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot (intramuscular) sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam.
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan.
Ads
Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Siapakah yang sepatutnya terima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
✅Anda sedang mengalami kontraksi pramatang
✅Air ketuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi
✅Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim
Ads
✅Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia
✅Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin.
Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yang bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang.
Ads
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah kepada Harry Khalifah yang menimang cahaya mata lelaki selepas isterinya, Noormala, selamat melahirkan bayi mereka secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Rawang sehari yang lepas.
Menerusi laporan mStar Online, komposer berusia 43 tahun ini tetap sebak mengenangkan pengorbanan isterinya biarpun sudah masuk anak yang kesembilan.
Sumber foto: Facebook Apak Harry Khalifah
Kata Harry, semasa isterinya selamat bersalin perasaannya bercampur antara terharu dan gembira. Dia tetap menemani isteri tersayang di dewan bersalin biarpun ini anak kesemilan mereka. Katanya, itu adalah janji yang telah diuat kepada isteri untuk sentiasa bersama.
Sementara itu, Harry turut merasakan kehadiran anak-anak adalah rezeki dan tak pernah menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata kesepuluh pada masa akan datang.
Dia dan isteri berpendapat adanya anak-anak akan memudahkan urusan mereka di hari tua dan tidak kisah jika dipandang serong kerana mempunyai anak yang ramai.
“Saya tidak menolak rezeki sekiranya ada lagi selepas ini. Kalau andai kata diberi rezeki lagi saya terima. Saya juga tidak pernah malu memiliki anak ramai. Biarlah orang nak kata apa pun.
“Bagi saya anak ramai ini akan memudahkan urusan saya pada masa akan datang, mereka akan mengangkat jenazah saya apabila saya telah tiada nanti.”
Sumber foto: Facebook Apak Harry Khalifah
Untuk pengetahuan, pasangan bahagia ini telah berkahwin sekitar Ogos 2004 dan telah dianugerahkan dia orang anak perempuan dan enam anak lelaki termasuk penyanyi remaja yang sedang meningkat naik, Chombi.
Bersalin ibarat satu pengalaman yang tak akan dilupakan oleh wanita. Tak kisahlah bersalin normal atau secara pembedahan. Setiap kesakitan itu akan dirasai cuma bagaimana ia dilalui bergantung pada nasib.
Ada yang melalui pengalaman perit ketika saat nak melahirkan tetapi dalam pantang tiada masalah. Ada juga mengalami dua-dua situasi itu sekaligus. Tak kisahlah apa sekalipun, sentiasalah positif. Jangan cepat rasa stres kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Namun bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan, penyembuhan luka czer akan mengambil masa yang lama untuk betu-betul ok. Walaupun luar nampak dah elok jahitan, luka dalaman masih lagi perlu dijaga.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman di Facebooknya mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya walaupun telah melahirkan anak lebih 2 tahun lalu.
Tempat czer kena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Kalau ikutkan dalam pantang memang Sha betul-betul jaga dan tak ada masalah pun. Semua ni kebetulan dan benda nak jadi memang langsung tak dijangka.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Sumber: Google (Gambar Hiasan)
Kena jaga betul-betul
Kejadian macam ni bukan kita jangka pun tapi untuk sesiapa yang bersalin czer kena betul-betul jaga makan dan kebersihan kerana tak tahu benda ni akan jadi semula walaupun anak dah besar. Bukan niat nak takutkan cuma untuk kita semua berjaga-jaga sepanjang masa.
Siapa tak teruja dapat adik baru. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Halina, isteri kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar yang baru melahirkan cahaya mata ketujuhnya minggu lalu.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina turut berkongsi video gelagat anak kembarnya Eusoff yang pelbagai ragam.
Bahkan kongsi Dr Halina, sebaik baby Sheikh Muhammad dibawa pulang, pelbagai ragam anak-anak yang begitu teruja dengan adik baru mereka.
Pantang sahaja ditinggalkan seketika, ada sahaja kakak dan abang yang membuat cubaan untuk mencium dan sentuh, lebih-lebih lagi dua kembarnya, Emelia dan Eusoff.
“Eusoff terkenang zaman dia baby baby dulu hahah.
“First 24 hours at home was full of love and chaos! Tak boleh tinggalkan baby Muhammad sendirian. Mesti ada yang try nak kiss, sentuh dan picit,” katanya berkongsi.
Si kembar Emelia dan Eusoff tambah lucu bila mana gagal menyebut nama baby Sheikh Muhammad dengan betul.
“Lucu sangat bila Emelia dan Eusoff tak boleh lagi sebut nama baby Muhammad dengan betul.
“Tiga suku kata masih sukar lagi bagi mereka. So jadinya.. baby Hamad,” katanya lagi.
Perkongsian Dr Halina itu sudah semestinya mengundang tawa pada pengikutnya. Tak kurang juga yang turut meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.