Bermain bukan sekadar untuk berseronok buat kanak-kanak kerana ia penting untuk perkembangan dirinya. Nyata, aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanakkanak. Oleh sebab itu, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika berasaskan aktiviti bermain

 menurut pakar pendidikan, Maria Montessori, bermain adalah urusan kerja bagi kanak-kanak.

Biasanya bila sebut bermain mama papa akan membayangkan anak bermain dengan anak patung atau barang permainan.

Sebenarnya ada lagi sebab-sebab lain kenapa mama papa kena biarkan anak bermain. Usah menganggap waktu bermain adalah waktu yang membuang masa! Hakikatnya bermain adalah aktiviti yang penting untuk kehidupan kanak-kanak. Ketahui panduan seperti berikut.

  1. Pertumbuhan kanak-kanak Penting. Jangan Halang Anak Bermain Jika Tak Nak Ganggu Perkembangan Dirinya

Aktiviti seperti berlari, melompat, menangkap bola dan menggulingkan badan dapat membina otot badan. Aktiviti fizikal ini dapat membantu memperbaiki koordinasi badan kanak-kanak. Malah ia juga menyebabkan kanak-kanak berasa lapar dan letih, sekali gus dapat menambah selera dan membantu meningkatkan pertumbuhan kanak-kanak.

2.Kenali erti kejayaan  

IKLAN

Penting. Jangan Halang Anak Bermain Jika Tak Nak Ganggu Perkembangan Dirinya

Walaupun permainan itu agak sukar dan memenatkan, tetapi anda sebagai ibu bapa menggalakkan anak untuk melakukannya dengan baik. Kawalan dan pergerakan badannya menunjukkan dia berusaha untuk meneruskan permainan itu walaupun sudah kepenatan. Jika berjaya, anda katakan, “Tahniah, adik berjaya!”. Permainan ni mengajar anak anda mengenal apa itu kejayaan.

3.Menghormati rakan sebaya

IKLAN

Penting. Jangan Halang Anak Bermain Jika Tak Nak Ganggu Perkembangan Dirinya

Ketika bermain mereka menunjukkan perasaan gembiranya, mendengar dan bercakap dengan rakan sepermainannya. Malah membuatkan kanak-kanak mengenali apa itu perkongsian dan memulangkan kembali barang yang bukan miliknya.

IKLAN

4.Belajar tentang masa dan disiplin

Penting. Jangan Halang Anak Bermain Jika Tak Nak Ganggu Perkembangan Dirinya

Hakikatnya bermain mendedahkan kanak-kanak tentang masa, apabila anda mengatakan masa bermain sudah tamat kepadanya. Mereka akan berhenti bermain. Cara ini mendidik anak mengenai masa dan disiplin diri.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI