Penting bagi mama dan papa untuk kenali tiga personaliti anak supaya mudah untuk melakukan proses pembelajaran. Apabila ibu ayah tahu ciri-ciri persenaliti anak, ia dapat membantu membentuk arah minat dan kecenderungan anak dalam bidang yang bersesuaian dengan personaliti diri.
Tiga personaliti utama
Kecenderungannya boleh kita lihat seawal usia tiga tahun lagi. Mari kita kenal pasti kenali personaliti pembelajaran berdasarkan ciri-ciri ini.
Visual
1.Memahami dengan melihat perkataan atau gambar di dalam buku atau kertas.
2.Apabila membaca, dia akan melihat pada suatu sudut untuk menggambarkan apa yang dibaca.
3.Pendiam.
4.Suka menyusun mengikut warna, saiz atau bentuk.
5.Pemerhatian membantunya memahami sesuatu.
6.Memilih sesuatu berdasarkan ciri visualnya seperti besar, berwarna terang atau cantik.
7.Suka membaca cerita berbanding mendengar cerita.
8.Cekap dalam pemerhatian.
9.Sesuatu yang bersifat visual adalah gangguan kepada tumpuannya.
10.Menyukai perincian kecil dan aksesori dalam apa juga hal seperti pakaian, makanan dan sebagainya.
11.Lebih mudah memahami simbol atau gambar untuk memahami fonik.
12.Suka melakar dan melukis dan berimaginasi.
13.Sukar menerima arahan secara verbal.
14.Perlu mengambil nota untuk mengingati sesuatu.
15.Bagi si manja visual, senarai semak adalah cara tepat untuk membantunya mengingat.
16.Lebih memahami rajah berbanding ayat.
17.Mengecam wajah berbanding mengingati nama seseorang.
18.Gemar cerita yang lucu, mendebarkan dan pengembaraan
19.Suka melihat produk berbanding melihat cara-cara membuatnya.
Auditori
1.Belajar melalui penerangan secara lisan.
2.Memahami sesuatu apabila bercakap mengenainya.
3.Sukakan bunyi-bunyian seperti muzik dan nyanyian.
4.Cenderung menjadi seorang yang suka bercakap.
5.Suka membaca secara berbunyi.
6.Mempunyai kepandaian untuk bercerita dan mengingati cerita yang didengari.
7.Lebih suka mendengar daripada membaca.
8.Mudah terganggu dengan bunyi dan kebisingan.
9.Pandai berbicara.
10.Memahami sesuatu perkara dengan cara mendengar penerangan atau menerangkannya kepada orang lain.
11.Lebih mengingati sesuatu nama atau fakta bagi sesuatu benda berbanding bentuk atau warnanya.
Kinestetik
1.Mudah faham menerusi pengalaman dan manipulasi objek.
2.Belajar dengan optimum menerusi aktiviti fizikal.
3.Mengingati sesuatu yang pernah dilakukan, bukan yang pernah dilihat atau didengari.
4.Meminati corak pembelajaran yang menggunakan alat bantu dan objek.
5.Suka menanggalkan dan memasang semula permainan.
6.Sukar untuk duduk setempat atau duduk semasa melakukan sesuatu perkara.
7.Menunjukkan pada buku apabila membaca.
8.Menunjukkan bahasa badan apabila sedang bercakap.
9.Tidak suka memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh orang lain.
10.Teruja untuk memulakan projek yang melibatkan pergerakan.
11.Tidak suka diberikan arahan.
12.Menyelesaikan masalah dengan cara fizikal.
13.Mudah terganggu dan bertindak secara spontan.
14.Mempunyai kecenderungan untuk meminati acara sukan.
15.Suka membelek buku dari belakang untuk melihat apakah ia seronok untuk dibaca.