


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Panik Kalau Bayi Anda Belum Berjalan. Sebaiknya Bantu Si Kecil Dengan Cara Ini

Siapa tak panik kalau bayi belum boleh berjalan sedangkan bayi lain seusianya sudah boleh. Bantu si kecil anda untuk cepat berjalan. Mengikut carta perkembangan bayi, secara umumnya mereka mula boleh berjalan antara usia 9-12 bulan, dan mahir berjalan pada usia antara 14-15 bulan.
Namun, ada bayi yang masih belum mencapai kemahiran tersebut dalam lingkungan usia yang sama.
Sudah tentu ia sedikit sebanyak akan merisaukan ibu ayah tentang perkembangan anaknya. Tapi anda jangan panik dulu selagi mana si kecil tidak mempunyai sebarang masalah pada kesihatan tubuh badannya, maka anda tak perlu terlalu bimbang secara keterlaluan.
Apa kata ketahui tahap perkembangan pergerakan si kecil sebelum mahir berjalan mengikut usianya.
- Pada Usia 5 Bulan Pertama
Pada usia 5 bulan pertama pertumbuhan anak, dia telah masuk ke tahap gerakan refleks. Kita dapat perhatikan bila meletakkan kaki si kecil pada lantai, dia akan segera bertindak balas dengan menggerak-gerakkan kakinya seolah-olah hendak berjalan. TIndak balas ini dipanggil gerakan refleks.

- Usia 6-9 Bulan
Memasuki usia 6 bulan pertama otot-otot anak sudah mula kuat. Ketika kakinya diletakkan di atas lantai, tindakannya menekan-nekan lantai seolah-olah hendak meloncat. Proses ini berlangsung antara usia 6 hingga 9 bulan. Pada tahap ini pula anak akan belajar merangkak, berpusing, dan duduk.
- Usia 9-12 Bulan
Pada usia ini, anak akan berusaha untuk berdiri. Dia akan menarik apa sahaja objek berhampiran dengannya sebagai cara untuk memaut badannya supaya tidak jatuh. Pada peringkat inilah proses anak belajar berjalan telah bermula. Bahkan ada bayi pada usia ini sudah boleh berdiri (tanpa memaut pada sebarang objek dalam masa sekejap) dan bertatih untuk mengambil mainan yang diinginkannya.
Bantu si kecil cepat berjalan
Ada cara yang ibu ayah boleh buat untuk bantu bayi supaya cepat berjalan.
1. Berdiri tegak
Caranya iaitu melatih si kecil untuk berdiri tegak ketika usianya antara 9-10 bulan. Biasanya dalam tempoh latihan ini bayi akan selalu terjatuh kerana belum stabil untuk berdiri sendiri. Berikan kata-kata semangat supaya dia mahu berdiri sendiri tanpa bantuan anda. Tetapi jangan sesekali memaksa si comel untuk terus berlatih berdiri tegak hanya kerana anda tak sabar hendak melihatnya berjalan ya!

2. Berjalan dengan memegang sebelah tangannya
Cara anda memegang sebelah tangan anak turut membantunya berlatih berjalan. Pegang sebelah tangannya kemudian ajaklah dia untuk berjalan secara perlahan. Sekiranya si kecil sudah boleh berjalan dengan betul, maka biarlah dia yang memegang tangan anda. Ini adalah cara untuk menghilangkan ketakutan anak untuk berjalan sendiri, kerana akhirnya nanti anda tetap perlu melepaskannya untuk berjalan sendiri.
3. Latih anak berjalan mengelilingnya baby cot
Cara lain yang anda boleh lakukan adalah dengan mengajak si kecil berdiri di dalam baby cotnya. Kemudian ajak anak untuk berjalan mengelilingi baby cot dengan memegang pada bahagian tepinya. Cara ini cukup berkesan untuk membantu anak cepat berjalan.
4. Gunakan mainan sebagai rangsangan
Anda boleh gunakan mainan kesukaan si kecil sebagai salah satu rangsangan mempercepatkan dia berjalan. Letakkan mainan tersebut di posisi tertentu kemudian minta dia mengambilnya dengan cara berjalan. Cara ini cukup berkesan kerana si kecil akan termotivasi untuk mengambil mainan kesukaannya.

5. Guna alat mainan yang boleh ditolak untuk rangsang anak berjalan
Anda juga boleh menggunakan mainan yang dicipta boleh ditolak oleh bayi yang baru belajar berjalan. Sekarang ada bermacam alat mainan di pasaran yang dicipta bagi membantu proses bayi belajar berjalan. Sebaiknya pilih mainan yang berukuran besar supaya ia dapat menampung saiz badan bayi anda dan keselamatannya pun terjamin.
Semoga dengan beberapa tips tersebut, si kecil boleh cepat belajar berjalan dengan selamat. Apa pun ibu atau ayah jangan paksa ya si kecil untuk berjalan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berenang & Mandi Malam Bukan Penyebab Masalah Pernafasan Bayi. Tapi Mama Papa Perlu Elak Kesilapan Ni!

Ramai yang berangggapan aktiviti berenang dan mandi malam boleh menyebabkan masalah kepada sistem pernafasan bayi. Tapi sebelum mama papa daftarkan bayi kelas renang, ambil kira penjelasan doktor pediatrik ini.
Menurut Dr Rosni Jamalludin, Pakar Perubatan Kanak-Kanak (Pediatrik), KPJ Klang Specialist Hospital, paru-paru berair atau dalam istilah perubatannya pneumonia bermaksud jangkitan kuman pada organ paru-paru.
ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT AWAM TERTUTUP
Penyebab penyakit ini ialah kuman sama ada virus atau bakteria yang berjaya masuk kedalam sistem pernafasan manusia dan seterusnya menyebabkan radang pada paru-paru. Selalunya jangkitan ini terjadi melalui pemindahan cecair/rembesan pernafasan daripada pesakit yang mengalami simptom seperti batuk, selsema dan demam.
Oleh itu, berada di dalam tempat yang tertutup dimana terdapat ramai orang yang mungkin tidak begitu sihat. Ia adalah antara faktor risiko yang kerap dikaitkan dengan jangkitan paru-paru.
PEREBAKAN KUMAN MELALUI AIR
Walaupun jarang berlaku, terdapat juga sebahagian kuman yang boleh merebak melalui air sekiranya air tercemar oleh sisa kumuh manusia atau haiwan seperti tikus. Jangkitan boleh berlaku sekiranya bayi tertelan atau tersedut air ke dalam sistem pernafasan.
Oleh itu, langkah-langkah harus diambil untuk memastikan kebersihan air kolam terjamin dari pencemaran dan memantau bayi semasa aktiviti berenang agar tidak tertelan atau tersedut air kolam.

PENJELASAN MENGENAI MANDI MALAM
Mandi malam bukanlah penyebab langsung penyakit asma dalam kanak-kanak. Mama dan papa perlu memahami tentang bronchial asthma atau asma merupakan penyakit yang boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Sebahagian faktor risiko asma termasuk
- Faktor keturunan atau genetik.
- Gaya hidup seperti aktiviti fizikal, tabiat pemakanan dan pendedahan kepada asap rokok.
- Faktor persekitaran seperti habuk atau debu.
- Faktor alergi seperti alahan kepada makanan atau bahan tertentu.

PENYEBAB MASALAH KESUKARAN BERNAFAS PADA BAYI
Bagi bayi yang disahkan menghidap asma, suhu persekitaran yang sejuk mungkin boleh merangsang serangan asma.
Malahan semasa menghidap jangkitan sistem pernafasan seperti rhinitis (jangkitan selsema) , pharyngitis (jangkitan tekak), anak yang tiada penyakit asma juga boleh mengalami kesukaran pernafasan disebabkan hidung tersumbat dan kahak yang lebih banyak dan pekat sekiranya dalam kesejukan.

NEBULIZER TIDAK MENYEBABKAN KEBERGANTUNGAN
Terapi nebulizer (nebulized medication) merupakan salah satu rawatan yang diberikan untuk pelbagai jenis penyakit/jangkitan sistem pernafasan seperti bronchiolitis, bronchitis, pneumonia, asma dan lain-lain.
Pelbagai jenis ubat-ubatan boleh digunakan menerusi terapi nebulizer mengikut preskripsi doktor bergantung kepada jenis penyakit yang dirawat. Antara kesan yang paling ketara terapi ini boleh membantu mengurangkan pengeluaran kahak, mencairkan kahak dan juga membantu mengurangkan radang pada rongga pernafasan.

Selain penyakit asma, kebanyakan masalah dan jangkitan paru-paru pada kalangan kanak-kanak merupakan penyakit yang tidak kronik. Oleh itu penggunaan terapi nebulizer untuk penyakit-penyakit berkenaan tidak akan menyebabkan kebergantungan pesakit kepada nebulizer.
Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit yang menghidap asma tidak menerima rawatan asma yang bersesuaian dan asma tidak dikawal dengan baik, pesakit tersebut boleh sering mendapat serangan asma yang teruk dan akhirnya kerap memerlukan terapi nebulizer. Secara ringkasnya, penyakit asma yang tidak dikawal dengan baik adalah punca yang menyebabkan pesakit terpaksa sering kali mendapatkan rawatan nebulizer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Asyik Bangun Malam? Jangan Panik, Ini Fasa Biasa Je!

Tidur yang cukup amat penting untuk perkembangan bayi. Namun, ramai ibu bapa mendapati bahawa corak tidur bayi boleh berubah-ubah, kadang-kadang tanpa sebarang sebab yang jelas. Salah satu cabaran utama ialah ‘sleep regression’, iaitu fasa di mana bayi yang sebelum ini tidur lena mula kerap terjaga atau susah tidur.
Corak Tidur Bayi Mengikut Peringkat Umur
0-3 Bulan:
Bayi tidur sehingga 14–17 jam sehari, dalam tempoh singkat (2–4 jam) sepanjang siang dan malam. Tidur mereka belum mengikut kitaran siang-malam.4-6 Bulan:
Bayi mula mempunyai corak tidur yang lebih teratur. Kebanyakan mula tidur lebih lama pada waktu malam, walaupun masih bangun untuk menyusu.6-12 Bulan:
Bayi tidur sekitar 12–15 jam sehari, termasuk dua tidur siang. Pada usia ini, bayi boleh mula belajar tidur sendiri (self-soothing).1 Tahun ke Atas:
Tidur malam menjadi lebih konsisten, namun satu tidur siang masih diperlukan. Masalah tidur kadang-kadang berkait dengan tumbuh gigi atau kebimbangan perpisahan (separation anxiety).
Apa Itu ‘Sleep Regression’?
‘Sleep regression’ merujuk kepada perubahan mendadak dalam corak tidur bayi yang biasanya berlaku pada umur tertentu seperti 4 bulan, 8–10 bulan dan 18 bulan. Antara tanda-tandanya:
Bayi yang biasa tidur lena tiba-tiba sering terjaga.
Bayi mengambil masa lebih lama untuk tidur.
Bayi menjadi lebih cerewet atau mudah meragam.
Faktor yang mencetuskan ‘sleep regression’ termasuk perkembangan fizikal dan mental, pertumbuhan gigi, perubahan rutin, atau kebimbangan berpisah dengan ibu bapa.

Tips Elakkan atau Kurangkan ‘Sleep Regression’
Wujudkan Rutin Tidur Yang Konsisten
Mandikan bayi, baca buku atau nyanyikan lagu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini membantu bayi mengenal waktu tidur.Pastikan Persekitaran Tidur Selesa
Gelapkan bilik, pastikan suhu sesuai, dan elakkan gangguan bunyi. Bunyi putih (white noise) juga boleh membantu sesetengah bayi.Kenali Tanda Mengantuk
Perhatikan tanda-tanda bayi mengantuk seperti menggosok mata, menguap atau menjadi lebih senyap. Tidurkan bayi sebelum mereka terlalu penat.Latih Bayi Tidur Sendiri
Letakkan bayi dalam katil semasa masih mengantuk tetapi belum tidur sepenuhnya. Ini membantu mereka belajar menenangkan diri untuk tidur sendiri.Kekal Tenang Semasa Fasa Sukar
Fasa ‘sleep regression’ biasanya bersifat sementara. Cuba kekalkan rutin dan beri sokongan emosi tanpa menukar pendekatan setiap kali.
Corak tidur bayi memang berubah seiring perkembangan mereka. Walaupun ‘sleep regression’ boleh mencabar, dengan pemahaman dan strategi yang betul, ibu bapa boleh membantu bayi kembali ke rutin tidur yang sihat. Kesabaran, konsistensi dan sokongan emosi adalah kunci utama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


