Meningkatkan keyakinan diri anak adalah tindakan yang penting supaya menjadi anak yang berani mencuba dan boleh berdikari. Tiada gunanya anak itu seorang cemerlang akademiknya tetapi tidak berani untuk menyuarakan pendapat dan menonjolkan diri dihadapan orang ramai .

Jadi sebagai ibu bapa kita mestilah mendidik anak sejak kecil lagi untuk membentuk keyakinan dalam diri anak anda.

Untuk membina keyakinan diri anak ini ada pelbagai cara. Coretan Puan Sabrina Ismail  ini salah satunya yang menggunakan cara  Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan panduan untuk anak-anak tersayang. Semoga bermanfaat untuk ibu ayah semua.

Penting Tingkatkan Keyakinan Anak Supaya Menjadi Seorang Yang Berdikari. Rahsia Kejayaannya Ikut Cara Rasulullah  SAW

Keyakinan diri adalah suatu latih tubi yang dipupuk dalam kehidupan seharian. Ia tidak diwarisi atau wujud begitu sahaja. Keyakinan datang apabila anak itu berjaya melakukan sesuatu. Untuk berjaya, mereka harus mencuba. Dalam proses mencuba, pasti ada hari mereka berhadapan dengan cabaran yang menduga. Ketika ini, ibu bapa berperanan untuk menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong dan berdoa untuk setiap kejayaan mereka.

IKLAN

Dalam mewujudkan keyakinan diri dalam jiwa kecil anak kita, ia perlu dilakukan dengan cara bersahaja. Ada beberapa cara yang diguna pakai oleh Baginda Rasulullah SAW untuk umat cilik ini tampil yakin dan membesar dengan jiwa yang kental.

  1. Menguatkan keinginan anak kecil itu. Terutamanya di dalam dua hal,
  • Menyimpan rahsia. Secara tidak langsung, dengan menyimpan rahsia tanpa membocorkannya dapat memupuk satu disiplin yang indah dalam diri anak kecil. Wujud rasa keinginan untuk menyimpan berita dan menjaganya walau apa jua terjadi akan membuatkan anak yakin dengan kemampuan diri mereka sendiri. Lagi kuat dia simpan rahsia, lagi yakin dia dengan kebolehan dirinya. Ia juga latihan agar anak kecil kita menjadi seorang yang amanah.
  • Latihan berpuasa. Apabila seorang anak mahu berpuasa, mereka akan redah kelaparan dan kehausan tanpa mengeluh. Ceritakan kebaikan dan hikmah berpuasa, besarkan cerita syurga yang bakal mereka perolehi suatu hari nanti. Apabila mereka benar-benar menginginkan sesuatu, pasti mereka sudi meredah onak duri lapar dahaga itu dengan yakin, tanpa was-was. Keyakinan diri akan meningkat setiap kali berbuka, mereka akan rasa berjaya mengalahkan diri sepanjang hari tidak makan dan minum. Ia satu kejayaan besar yang perlu dirai. Ia keyakinan diri.
  1. Membangunkan kepercayaan sosial

Anak anda perlu pandai berkawan-kawan, samada rakan sebaya, lebih muda atau yang lebih tua. Perspektif mereka akan lebih terbuka apabila sering bertukar pendapat dengan orang lain. Apabila mereka bermain dengan rakan sebaya, percaya diri akan datang secara semulajadi. Apabila dibawa bersama, bergaul dengan sahabat ibu bapa yang lebih matang, mereka akan belajar apa yang mereka dengar. Apabila mereka selesa, terasa diterima oleh masyarakat, mereka akan yakin dengan diri sendiri.

  1. Membangunkan kepercayaan ilmiah

Ilmu mengubah segala. Kita tidak takut untuk bangun hari esok, kerana yakin dengan diri, atas secebis ilmu yang ada di dada. Begitu juga anak kecil kita. Lengkapkan mereka dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah hidup Baginda. Cukuplah tiga ini untuk menjadi panduan rohani mereka. Bukan sahaja yakin dengan diri, bahkan hidup mereka akan penuh rahmat dan ilmu ini akan membawa mereka jauh dari dunia khurafat dan khayalan.

IKLAN
  1. Membangunkan kepercayaan kewangan

Sejauh mana anda mempercayai anak kecil anda mampu melakukan transaksi jual beli di pasar? Andai kata ibu bapa tidak mempercayai mereka, maka masih jauh perjalanan mereka untuk mempercayai diri mereka sendiri.

Diriwayatkan oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar : Makanan keldai Sa’id bin Abi Waqqash habis. Dia berkata kepada pembantunya yang masih belia, “Ambillah tepung kemudian tukarkan dengan gandum. Timbangannya harus sama.”

IKLAN

Rasulullah SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih belia sedang melakukan transaksi jual-beli. Maka, baginda mendoakan keberkatan untuknya. Begitu Rasulullah percaya pada seorang anak belia untuk belajar dan melaksanakan sesuatu yang besar dengan sendirinya. Betapa anak kecil itu akan mula mempercayai kebolehan diri sendiri apabila berjaya melalui fasa jual beli itu.

Kata kunci, ibu bapa harus percaya dan biarkan mereka melakukannya sendiri. Pengalaman mengajar mereka untuk menjadi lebih matang dan berdiri di atas kaki sendiri. Teladanilan cara Rasulullah SAW dalam melentur anak-anak muda Islam suatu masa dahulu. Mereka ternyata kuat di dalam juga di luar.

Sumber:tadikaabs.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI