Anak yang boleh duduk sendiri dah boleh mula di ajar makan sendiri. Cara ini walaupun nampak comot dan macam tak mengenyangkan si anak tetapi baik untuk melatih sikap berdikari bila besar.
Tiadalah sikap nak bergantung sepanjang masa. Sebenarnya dalam usaha nak melatih ini bukan setiap hari pun. Boleh mulakan jika ibu bapa ada waktu luang dan sambil tu boleh dimanfaatkan untuk anak.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya dari Liyana Raya Training & Consultancy
Makanlah nak walau comot macam mana pun. Inilah proses keberdikarian awal untuk kanak-kanak.
Seawal usia 9 bulan,anak dah boleh duduk dengan sendirinya. Dah boleh ajar dia untuk makan sendiri kutip-kutip makanan masuk dalam mulut dan kunyahkan. Ikutlah dia nak buat cara macam mana pun.
Kita letak dalam pinggan. Dia adjust tangan dia, ambil makanan dan masuk mulut… pantaulah dia. Kotor-kotor, sepah-sepah tu biasa. Gunakan perkataan “Alamak sepahnya!” Sambil buat muka terkejut bila tengok sepah-sepah. Jadi dia belajar perkataan “sepah” tu yang bersepah-sepah tu la. Dia faham dulu perkataan sepah. Kemas tu kemudian cerita. Nak ajar kemas bukan dengan makanan dia. Ajar kemas masa di sepah mainan tak apa sebab mainan boleh masuk dlm bekas “simpan dalam bekas”.
Makanan ni dah “simpan masuk dalam perut”. Jadi nak kemas apa lagi pada si anak kecil ni?
Penat? Penat nak layankan anak makan sepah?
Saya tak minta buat setiap masa.
Buat ketika mana kita ada masa.
Masa tuan/puan sendirilah, bukan masa saya.
Maksudnya… you decide when is the time yang you free untuk ajar anak makan sendiri? Tapi mostly mak ayah ni time free dia nak tengok telefon.
Anak bukan mesin.
Anak manusia.
Kita nak “memanusiakan” anak.
Kena ajar anak berdikari.
Umur 9 bulan selain belajar untuk makan sendiri, dah boleh hulur tangan untuk kita pakaikan baju. Dah boleh hulur kaki untuk kita pakaikan seluar. Dah faham dah baju tu apa… seluar tu apa… walaupun mereka tak cakap lagi perkataan baju seluar tu semua. Bagi faham dulu baru dia tau nak cakap.
Berdikarinya anak-anak ni menyebabkan mereka yakin nak gunakan anggota badan mereka. Tidaklah “simpan” saja lepas tu kita nak expect dia orang guna masa masuk tadika.
Tak. Guna selagi mana mereka dah mula boleh duduk secara berdikari. Dah boleh berdiri. Dah boleh jalan.
Nama pun perkembangan. Kena ada sesuatu yang akan “berkembang”, bukan badan saja yang “kembang”.
Bila mereka berkembang dalam konteks keberdikarian, mereka akan lebih confident untuk menerima cabaran hidup.
Ni tidak. Makan pun bergantung dengan gajet. Kalau sambil tengok TV, saya tak suka letak anak dekat dengan TV masa makan. Saya letak jauh-jauh. Biar pandangan matanya jauh dari TV.
Set the rule makan atas kerusi. Duduk.
Ini yang dinamakan nak membentuk keberdikarian. Berdikari maksudnya tak bergantung kepada banyak benda sangat. Berdikari atas diri sendiri.
Kalau tak sampai bila nak suap anak makan? Sampai bila nak kena time makan je bagi gajet? Bila kita nak mula berhentikan dari semua ini?
Masa anak dah masuk tadika? Bukan ke selama ni itulah “hidup” anak kita? Terlalu bergantung dengan sesuatu ketika makan?
Jadi kita nak expect “takpe, masuk tadika nanti pandai-pandailah cikgu nak ajar anak saya makan sendiri”.
Wah senangnya hidup! Orang lain yang tolong aturkan anak kita, bukan kita ya ibu dan bapanya?
Percayalah anak kecil punya keupayaan untuk berdikari. Kita yang kena pandai bentukkan sifat berdikari itu.
Sumber: Liyana Raya
Occupational Therapist
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI