Pentingnya kena tahu ilmu penyusuan bagi memudahkan semua ibu untuk menyusukan anak sendiri dengan jayanya.

Bagaimanapun, tidak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak sendiri di atas faktor-faktor tertentu. Selain itu, ada juga yang rasakan susu badan tak cukup nak tampung permintaan anak.

Ingat sebelum nak risau dan menyalahkan diri sendiri, ibu kena lebih mengambil berat mengenai ilmu penyusuan. Bukan bermaksud anda hanya perlu mengalah begitu sahaja, tetapi ada banyak rawatan yang boleh diperolehi.

Perkongsian dari Puan Hairin Anisa Tajuddin boleh buatkan ibu-ibu faham dan jangan salah bagi tanggapan.

Saya memahami setiap ibu yang BF dan yang tak dapat breastfeeding anak means bagi anak FM. Kedua-duanya tidak perlu kita condemn tapi kita bagi ilmu yang jelas.

Dua hari ni saya dapat 2 kes
1) Baby umur sebulan menyusu ibu tapi mixed dengan FM sebab ibu rasa susu tak cukup. Baby datang sebab batuk berkahak teruk dan saya refer ke hospital for investigation untuk Pertusis. Alasannya bagi FM sebab baby macam tak kenyang menyusu ibu dan baby kerap terjaga menangis selepas disusukan (mak ingat baby dah kenyang). From history, baby memang tak dibedung daripada awal, maka anak yang ada INVOLUNTARY MOVEMENT (pergerakan otot yang tidak terkawal oleh otak / tanpa disedari) selalu “limbs shaking/kaki tangan bergetar” (macam dalam video bawah) bila diletakkan ke bawah setelah tertidur dipangkuan. Then, mak anggap baby masih tak cukup susu maka di berikan susu FM.

Shaking limbs *involuntary movement* yg buat baby rasa takut & feel not safe…crying…bila ibu bedung baby, klu baby terkejut pun at least ada halangan drpd tangan kaki bergetar seperti ini…baby tidur lebih lena. Namun bedung ni selalu disalahanggap, ia tidak perlu dipakai 24 jam, bukalah bedungnya & sarung tangan kakinya bila baby bangun & terjaga utk biasakan bayi bermain2 & bergerak lepas bebas sebagai stimulation kpd otot2nya.

Posted by Hairin Anisa Tajuddin on 12hb Disember 2017

As usual baby memang ada sucking reflex (refleks hisapan iaitu sejenis primitive reflex) yang semestinya akan buat baby sucking apa sahaja hatta kayu or jari yang dimasukkan dalam mulut baby….Jadi baby minum hingga terlebih kenyang.

Baby yang ada GER (Gastroesophageal Reflux : injap esofagus bawah yang lembik) menyebabkan baby mudah muntah / menjeluak dan baby boleh dapat aspiration pneumonia (radang paru-paru akibat tersedak susu dalam paru-paru).

Jadi kesimpulannya ibu ini tidak faham yang babynya telah kenyang dengan susu ibu maka diberikan FM…disebabkan dia tidak faham babynya cuma kerap terkejut akibat tidak dibedung semasa tidur.

Ads

Selalunya baby akan lena dipangkuan ibu sebab tangan kakinya dipeluk…tapi bila diletakkan, bayi yang belum betul-betul lena akan mudah terkejut dan menangis semula…Inilah perkara yang selalu buat IBU SALAH ANGGAP BABY MASIH LAPAR DENGAN SUSU IBU.

Jadi…ini masalah kurang ilmu bukan masalah kurang susu.

  • Ada ibu datang bawa baby umur 2 bulan yang babynya ada masalah colic tapi mak dah tak nak bagi susu ibu, sebab dia kata susu cair.
    Dia cuma pump susu keluar sebab anak dia memang struggle untuk BF…susah nak sustained latching dan kerap terlepas.

Saya check breast ibu dan cuba perah guna tangan, tapi susunya memancut keluar tapi susu fore milk (susu awal)…memang agak cair tapi setelah memerah dlm 3- 5 min, susu yaang pekat keluar (hind milk/susu akhir yang pekat). Saya check baby memang ada lidah pendek sbb ada tali bawah lidah (tongue tie mcm video bawah ni) type 2, restricted pattern (gerakan lidah terhad).
So saya pun explained kat ibu yang anak dia failed to latch on bukan sebab susu cair, tapi disebabkan oleh tongue tie @ bawah lidah ada tali.

Saya terus buat frenotomy (pembedahan kecil utk putuskan tali bawah lidah) dan anak boleh menghisap susu ibu semula dengan teknik craddle & postioning (pegangan bayi & posisi) yang betul…harap-harap ibu ni tak salah faham dengan susunya cair lagi selepas saya ceritakan bahawa susunya yang the best sebab bagi antibodi.

Ini bukan masalah susu cair tapi masalah kecuaian para doktor & nurse utk check properly semasa baby lahir utk lihat ada tongue tie ke tidak.

Ads

Posted by Hairin Anisa Tajuddin on 12hb Disember 2017

Kes lain yang saya nak share:

  • Saya pernah dapat kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tapi anak kerap jatuh sakit, macam-macam..daripada kerap selesema, batuk sebab tonsilitis & bronchiolitis, tapi belum pernah tahap masuk ward guna oxygen supply.

Ibu pernah berkira-kira untuk bagi baby FM sebab dia pernah kata anaknya tak sesuai dengan susunya.
Saya sahaja yang tekankan bahawa kalau dia mula bagi FM, anaknya akan mudah kena jangkitan kuman yang sangat serius.

Memang kita harap susu ibu anak tak akan jatuh sakit…but that is NONSENSE (karut)
Mana ada method prevention dalam dunia yang 100% akan protect baby…ini yang make sense.

Susu ibu akan bekalkan antibodi yang ibu ada means ibu pernah expose dengan kuman-kuman tertentu. Tapi ada kuman-kuman yang ibu tak pernah expose, means no antibody production towards that yet.

Malangnya baby dah terdedah kepada kuman tersebut terlebih dahulu sebelum ibunya, mungkin sebab bercampur gaul dengan kanak-kanak lain di taska or abang kakak bawak balik daripada sekolah…jadi susu ibunya belum ada antibody tersebut, maka baby tu jatuh sakitlah.

Ads

Namun, walaupun sakit, ada hikmahnya sebab ia akan trained askar-askar pertahanan dalam tubuh bayi untuk berlawan dengan kuman-kuman tu. Namun ibu tetap kena susukan sebab dalam susu ibu ada banyak protein protective lain yang bantu sistem pertahanan baby agar lebih kuat berlawan.

Kesimpulannya ; jangan terus salahkan baby susu ibu pun selalu jatuh sakit. Saya rasa belum pernah saya jumpa manusia yang tak pernah sakit. Ada yang bangga anak bagi FM tak pernah sakit selama setahun…tapi akhirnya datang dengan jangkitan kuman yang teruk pada umur 18 bulan. Sampai kena bagi bantuan oksigen dan lain-lain. Bila kita baca statistik, jangkitan kuman yang teruk-teruk selalu berlaku kepada kanak-kanak yang diberi FM berbanding bayi yang diberikan susu ibu. Bayi yang diberi susu ibu juga boleh sakit sebab dia tu manusia biasa bukan kebal.

Pentingnya Kena Tahu Ilmu Penyusuan! Jangan Salah Anggap Bayi Menangis Sebab Lapar Atau Tak Cukup Susu

Yang penting jika ibu failed BF, kena belajar daripada kesilapan dan cari punca kenapa masalah BF berlaku tanpa cepat-cepat sangat nak bagi FM. Hanya jika betul-betul ada masalah production yang sangat kurang atas apa reason sahaja dan TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA tapi tetap gagal, terimalah dengan reda kerana itu dah memang bahagian rezeki baby. Ibu-ibu yang berjaya BF baby pun janganlah menjatuhkan hukuman kepada ibu-ibu yang tak menyusukan anaknya dengan susu ibu sepenuhnya sebagai IBU YANG GAGAL or bersalah.

Mereka gagal kerana kurang ilmu dan pengalaman & tidak dapat guidance yang betul. Sebab setiap orang punya background dan support yang berbeza-beza, punya masalah yang berbeza-beza, punya kekuatan mental dan motivasi yang berbeza-beza. Ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu berusaha bagi bantuan & ilmu yang BETUL kepada ibu-ibu yang perlukan bantuan. Ada cara lain iaitu dapatkan susu ibu susuan sebagai ganti susu formula.

Sebab itu saya wujudkan satu platform BCNP untuk para kaunselor yang terdiri daripada ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak untuk bagi bantuan kepada ibu-ibu yang menghadapi pelbagai cabaran.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI