Peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, mouth and foot disease-HMFD) mendadak hingga meragut nyawa. Gedung beli belah boleh jadi lokasi penyebarannya.
Semalam kita dikejutkan dengan kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Sarawak berikutan jangkitan HMFD. Peningkatan kes juga dilaporkan dan ini perlu diambil perhatian oleh semua ibu bapa.
Public Health Malaysia telah berkongsi informasi mengenai perkara ini. Semoga ia boleh membantu dalam mengawal dan mengelakkan jangkitan HMFD kepada si manja.
GEDUNG BELI BELAH TEMPAT BERPOTENSI SEBAR HMFD
Kes HFMD semakin meningkat. Tahukah anda shopping complex merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD. Jom ikuti tips daripada kami untuk mengelak HFMD.
ELAK 3 UNTUK ELAK PENULARAN HMFD
Ads
Elakkan bayi/anak anda daripada menggunakan:
#1 Troli di pasaraya/shopping kompleks
#2 Stroller (kereta sorong bayi) pinjaman
#3 Taman permainan indoor/outdoor
Ads
AMALKAN AMALAN KEBERSIHAN
Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
Ads
DISINFEKSI / NYAHKUMAN
Jika anda ingin gunakan juga, pastikan alatan tersebut telah disinfeksi (dinyahkuman) untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman kepada anak anda.
“Doktor, gigi susu anak saya jarang, umur baru 6 tahun, orang cakap kurang kalsium sebab tu jarang, nak kena pakai braces ke doktor?”
Adeh, budak kecik ada gigi susu yang jarang tu NORMAL, bukan disebabkan kurang kalsium dan tak payah susah-susah nak pakaikan braces, braces hanya untuk gigi kekal sahaja
Lagi pun gigi susu yang jarang sangat bagus, sebab ada ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh dan gantikan gigi susu nanti
“Jangan risau, gigi susu yang jarang sangat bagus dan lebih mudah gigi kekal tumbuh di samping lebih SENANG berus gigi”
So, mak ayah jangan risau kalau gigi susu anak-anak jarang. Yang perlu dirisaukan, kalau gigi susu anak berlapi-lapis dan rapat pada umur 6 tahun ke atas
Yela, kalau susunan gigi susu pun dah berlapis, bayangkan bila gigi kekal dah tumbuh nanti, saiz gigi kekal besar, pastu tak ada space untuk gigi kekal nak menyelit walaupun gigi susu dah cabut
Possible ke gigi kekal berlapis juga?
Sangat possible gigi kekal anak-anak berlapis dan memang sangat possible kalau mak ayah pun ada set gigi yang berlapis
Dr Izaza nak ingatkan je, mulalah menabung untuk gigi anak-anak dari sekarang. Bukan je tabung untuk belaja, tabung untuk gigi pun dah kena ada, lagi-lagi yang ada potensi untuk pakai #bracespremium
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka. Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol. Ikuti artikel ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.
Jangan menolak atau menangguh vaksinasi anak anda, kerana:
#1. Kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan
Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit. Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi. Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawat kanak-kanak yang tidak divaksin.
Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan. Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.
Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain. Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain). Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit. Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.
#2. Kesan jangka masa panjang terhadap sosial
Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit. Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain. Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.
#3. Meninggikan risiko penyakit berjangkit
Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain. Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya. Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak. Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa untuk menolak atau menangguh vaksinasi. Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.
Ibu yang menyusukan pastinya lebih letih dan merasa lapar ketika berpuasa. Anda tidak perlu meninggalkan ibadah berpuasa asalkan ada pengetahuan bagaimana untuk mengekalkan tenaga berpanjangan. Paling penting, usah lupa bersahur dan ambil makanan berkhasiat.
Berikut Pa&Ma kongsikan 25 tip untuk berpuasa walaupun anda aktif menyusukan anak. Tip-tip berguna ini dikongsikan oleh Kaunselor penyusuan, Juzaila Abd Satar.
Sentiasa positif dan berdoa serta yakin Allah SWT akan membantu memudahkan proses penyusuan ibu dan anak.
Minum air yang cukup ketika berbuka puasa, sebelum tidur, antara waktu tidur dan semasa bersahur.
Lewatkan waktu bersahur. Banyakkan pengambilan air masak dan makanan pemberi tenaga seperti susu dan kurma sebelum makan berat.
Kekalkan kekerapan memerah jika bekerja. Jangan risau jika susu sedikit kurang, teruskan mengepam dan menyusukan. Jika permintaan tinggi, penghasilan susu juga akan bertambah.
Tingkatkan kekerapan menyusu terus ke payudara ketika bersama
Seimbangkan pengambilan karbohidrat kompleks. Anda boleh ambil lebih sedikit kuantiti karbohidrat jika berpuasa dan menyusukan.
Ambil makanan tinggi protein seperti daging tanpa lemak, ikan, ayam, dan telur yang dimasak dengan baik.
Berbuka dengan air kelapa tanpa gula. Air kelapa bukan sahaja baik untuk melegakan rasa dahaga tetapi ia boleh membantu mengatasi masalah dehidrasi ketika berpuasa.
Elak makanan tinggi garam kerana ia akan menyebabkan kehausan.
Lebihkan sayuran ketika berbuka puasa dan bersahur. Anda boleh makan salad dan tambahkan telur rebus serta mayones untuk hidangan pantas tetapi cukup nutrisi untuk bekalan tenaga ketika berpuasa.
Ambil makanan berasaskan sup. Paling baik, anda buatlah sup sayur. Jika menyusukan, makanlah sup lobak putih untuk membekalkan tenaga dan menggalakkan penghasilan susu badan.
Kurangkan pengambilan gula dan lemak secara berlebihan kerana ia akan mengakibatkan kurang air dalam badan serta membuat badan menjadi mudah letih.
Ambil buah-buahan tinggi air seperti tembikai atau buah yang kaya dengan kalori seperti pisang.
Elak terdedah pada cuaca diluar yang panas dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan dehidrasi.
Hentikan pengambilan makanan segera.
Elakkan makanan yang bergoreng dan tinggi kandungan rempah di dalamnya.
Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi yang akan menyebabkan ibu asyik membuang air kecil. Tanpa pengambilan air masak yang secukupnya, ibu menyusu boleh mengalami dehidrasi dan mengganggu penghasilan susu.
Tidur awal supaya tidak letih dan mengganggu emosi.
Jadikan kurma dan kekacang sebagai kudapan pada waktu malam.
Sentiasa positif dan kekalkan emosi ceria.
Ambil jus buah-buahan sebenar tanpa gula supaya tidak mengganggu khasiatnya.
Tangguhkan dahulu kerja-kerja berat yang memerlukan tenaga yang banyak.
Berehat atau tidur sebentar pada waktu tengahari.
Sediakan stok susu secukupnya jika perlu dibekalkan kepada anak. Jika jumlah susu kelihatan berkurangan dan memberi kesan kepada anda dan bayi, berehatlah dari berpuasa untuk satu atau dua hari.
Jangan paksa diri dan kenali tanda-tanda dehidrasi. Jika ada, banyakkan pengambilan air masak serta buah-buahan yang tinggi kandungan air.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.