Penumpang Wanita Panik Selepas Menyedari Bayinya Tertinggal Di Airport, Tindakan Pantas Juruterbang Dapat Pujian

Share

Sebuah pesawat komersial dilaporkan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Arab Saudi selepas penumpang wanita tertinggal bayinya di terminal.

Penumpang wanita tersebut kemudian menyedari bayinya tiada di sisi lalu memaklumkan kepada kru kabin.

Gambar Hiasan

Pesawat SV832 Saudi dari Jeddah terpaksa berpatah balik selepas juruterbang meminta kebenaran dari pusat kawalan trafik udara.

Puncanya adalah kerana ada seorang ibu warganegara Saudi membuat laporan kepada juruterbang yang bayinya tertinggal di ruang menunggu berlepas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.

Baca: Susu Kambing Mempunyai Sumber Protein Yang Baik & Lebih Banyak Kalsium Dan Selenium Untuk Anak Berbanding Susu Lembu

Bunyinya sangat pelik namun situasi itu yang terjadi. Atas dasar tanggungjawab, juruterbang pesawat SV832 itu membuat panggilan ke menara kawalan.

Ini atas dasar kecemasan dan mendapat kebenaran untuk berpatah balik mengambil semula bayi penumpang tersebut.

“Alhamdulillah. Sekarang boleh patah balik atau bagaimana?” Antara percakapan juruterbang yang sempat dirakam.

Operator menara kawalan terkejut dengan berita tersebut dan bertanya kepada rakan setugas tentang SOP untuk pesawat berpatah balik.

“Ada penumpang di dalam pesawat tertinggal bayi di terminal dan tidak mahu meneruskan penerbangan”

Selepas keputusan berpatah balik diluluskan, kedengaran sorakkan penumpang dari dalam kapal terbang.

Sementara itu di media sosial, Warga maya memuji tindakan pantas juruterbang yang sanggup berpatah balik agar si ibu dapat mengambil bayinya semula.

Kredit: GulfNews

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa