Kesihatan

Penyakit Yang Sering Menyerang Bayi & Kanak-kanak, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah

Share

Penyakit yang sering menyerang bayi dan kanak-kanak, ibu bapa jangan ambil mudah. Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka yang masih dalam perkembangan.

Penyakit Yang Sering Menyerang Kanak-kanak, Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah

Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan doktor, ia boleh mengancam nyawa. Dalam hal ini, setiap ibu bapa penting mempunyai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis penyakit dan bagaimana untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak.

1.Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) ini merupakan penyakit kanak-kanak yang digeruni kerana mudah berjangkit antara satu sama lain. Antara ciri-ciri anak terkena jangkitan HFMD adalah:

–Ruam pada tangan, kaki dan kawasan lampin
-Ulser di tekak, mulut dan lidah
-Hilang selera makan

Ia boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan hidung, air liur dan cecair daripada ruam individu yang dijangkiti. Tetapi HFMD ialah penyakit jangkitan virus kecil yang biasanya berlangsung selama beberapa hari sahaja.

2.Ekzema

Penyakit kedua yang selalu dihadapi oleh kanak-kanak adalah ekzema. Berbeza dengan HFMD, ekzema tidak berjangkit antara satu sama lain. Kebiasaannya, kanak-kanak yang ada masalah kulit ekzema mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama.

Mempunyai kulit yang kering, gatal dan meradang, kanak-kanak sering mengalami ekzema di bahagian pipi, dahi dan kulit kepala.

3. Asma

Kasihannya apabila melihat anak-anak menghidap penyakit asma bukan? Bukan sahaja pada zaman kanak-kanak, malah asma ini juga berlarutan penyakitnya sehingga ke alam dewasa.Salah satu tanda utama asma termasuk batuk yang kerap, lebih teruk kalau terkena jangkitan virus, atau dicetuskan oleh senaman atau udara sejuk.

Gejala lain termasuk bunyi berdehit seperti kepenatan semasa menarik nafas, sesak nafas dan kesesakan dada. Asma pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan keletihan, sukar tidur dan pemulihan yang tertangguh selepas jangkitan pernafasan.

4.Cacar air

Cacar air atau chicken pox dikatakan adalah penyakit wajib berlaku kepada kanak-kanak. Ia merupakan jangkitan virus, yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Kanak-kanak akan mempunyai ruam gatal dengan lepuh kecil berisi cecair dan biasanya berlaku jika tidak diberikan vaksin.

Selalunya, mereka akan mengalami demam dahulu sebelum timbulnya ruam sehingga hilang selera makan. Apa yang merisaukan adalah apabila chicken pox pecah, ia akan membentuk kudis dan mengambil masa untuk sembuh.

5.Selesema dan influenza biasa

Nama sahaja berbeza tetapi kedua-dua penyakit ini berkongsikan simptom yang sama. Tetapi, penyebab kepada penyakit ini datang dari virus yang berbeza.Virus influenza menyebabkan selesema, manakala virus yang berbeza boleh menyebabkan selsema.

Kalau dibiarkan dengan lebih lama, selesema boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk iaitu radang paru-paru.

6.Jangkitan telinga

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami jangkitan telinga ketika waktu kanak-kanak bukan? Penyakit ini merupakan antara penyakit yang popular menyerang kanak-kanak.

Bukan sahaja sakit, jangkitan telinga ini disebabkan oleh bakteria atau virus yang menjangkiti ruang di belakang gegendang telinga.‘Telinga tengah’ dipenuhi dengan nanah yang menolak gegendang telinga, menyebabkan banyak ketidakselesaan.

7.Gastroenteritis

Mungkin ramai yang tidak biasa dengan nama penyakit ini namun ‘Gastroenteritis’ ialah jangkitan bakteria atau virus dalam perut atau usus. Untuk pengetahuan anda, jangkitan selalunya berlaku jika kanak-kanak menyentuh barang yang tercemar dan kemudian menyentuh makanan atau mulut mereka, atau jika mereka berkongsi minuman dengan orang yang dijangkiti.

Tanda-tanda utama biasanya:

-Muntah
-Cirit-birit
-Sakit perut
-Sakit badan
-Hilang selera makan.

8.Alergi

Inilah antara situasi yang paling tidak selesa apabila bersentuhan dengan bahan-bahan pencetus allergi. Antara gejala yang boleh berlaku kalau kanak-kanak mengalami alahan atau alergi, hidung tersumbat, hidung berair, jangkitan telinga, batuk, sakit tekak dan hidung berdarah.

Beberapa pencetus yang paling biasa ialah:

-Bulu, air liur dan kutu haiwan
-Rumput, lalang, debunga
-Habuk
-Asap rokok
-Kulat dinding

9.Rotavirus

Kalau anak bakal mencapai usia lima tahun atau sudah berumur lima tahun, mak ayah kena berjaga-jaga. Rotavirus menjangkiti usus dan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.

Di Malaysia, kira-kira 22 hingga 50 peratus daripada kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh Rotavirus. Bahaya!

10.Sembelit

Pemakanan yang sihat dapat menjaga kesihatan usus kanak-kanak yang membesar. Kalau anda perhatikan, anak anda membuang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu, atau jika najisnya besar dan keras, mereka mungkin mengalami sembelit.

Tanda-tanda lain termasuk meneran atau berasa sakit apabila kanak-kanak cuba membuang air besar, pendarahan semasa atau selepas buang air besar, atau mengalami sakit perut yang bertambah baik selepas pergi ke tandas. Jadi, siapkan makanan yang penuh dengan sayur-sayuran serta air yang cukup.

Kesimpulannya dengan menjaga kebersihan dan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada pelbagai penyakit. Sentiasa berwaspada dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda penyakit.

Baca artikel lain juga: Penyakit Angin Pasang, Kanak-kanak Lelaki & Perempuan Boleh Kena, Jangan Urut Sembarangan

Kanak-Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene, Jari Bertukar Hitam, Tunggu Masa Potong!

Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi & Kanak-Kanak, Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh

 

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

IKLAN