Penyampai Radio, Cik Piah Beri Peluang Anak Sulungnya Dekat Dengan Adik Walaupun Beza Setahun

Share

Kehadiran dua hero dalam hidup penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah ternyata memberi sinar bahagia buatnya bersama suami.

Walaupun anak keduanya, Nuh Aryyan beza setahun dengan anak sulung, Adam Malique, Cik Piah tetap positif dan menganggap kehadiran Nuh dalam keluarga memberi rezeki yang lebih murah buat mereka sekeluarga.

Nampak gayanya anak sulung Cik Piah pun teruja sebab dah ada kawan dan tindakan Cik Piah memberi peluang pada Adam untuk dekat dengan adiknya satu tindakan yang bijak.

Sekurang-kurangnya rasa cemburu itu akan beransur hilang dengan sendirinya bila Adam Malique dah boleh terima kehadiran adik Nuh Aryyan.

Setelah melahirkan bayi kedua pada 31 Januari lalu, Cik Piah secara rasmi mendedahkan wajah hero kedua beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Cik Piah tidak memuatnaik secara jelas gambar anak kedua sehingga mendapat kecaman dari netizen yang tak berpuas hati dengan tindakannya.

Disebabkan hal ini, Cik Piah meluahkan rasa kecewa dan berharap netizen menghormati pendiriannya dan keluarga.

Sumber: instagram feeyaiskandar

Published by
Wan Amy