Penyusuan malam, jangan diabaikan. Biasanya bayi yang menyusu dari susu ibu akan menyusu 2-3 jam sekali termasuklah pada waktu malam. Ini kerana komposisi susu ibu sangat mudah dihadam oleh bayi.

Penyusuan Waktu Malam Jangan Diabaikan! Susu Waktu Malam Tinggi Lemak, Bagus Untuk Bayi

Ransangan (hisapan) yang kerap pada payudara dapat mengurangkan penghasilan FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation. FIL adalah sejenis protein di dalam susu badan,ransangan yang kerap dari bayi dapat mengurangkan penghasilan FIL.

Lebih lama payudara ibu tidak diransang,penghasilan FIL akan semakin banyak didalam susu ibu.FIL akan hantar signal pada otak bahawa penghasilan susu perlu dikurangkan pada sesi seterusnya.Maka,jika semalaman bayi tidak bangun menyusu dan ibu pula tidak mengepam,penghasilan susu akan makin berkurang.

FIL juga boleh buat susu kering seandainya Ransangan kurang atau tiada..jangan salahkan FIL,itu cuma tugasnya..

Tugas anda? pastikan bayi menyusu dengan kerap..

IKLAN

Apabila bayi tidak menyusu secara terus atau berjauhan dari bayi,gantikan ransangan dengan pam.

Selain itu,penghasilan susu pada waktu malam tinggi dengan kandungan lemak,ia membantu menambah berat bayi.

Ha,nak bayi tambah berat dengan jayanya?kerapkan penyusuan waktu malam ya.
Kandungan susu pada waktu malam juga tinggi kandungan hormon prolaktin,Ia adalah hormon kasih sayang antara ibu dan bayi.

Agak rasa penghasilan susu kurang ke,kerap-kerapkan menyusu malam ya.Ia akan menambah penghasilan prolaktin dan seterusnya menambah penghasilan susu.
25% dari penyusuan susu seharian adalah dari penyusuan waktu malam.

IKLAN

Apa golongan bapa boleh bantu?

  • Sediakan air minum ditepi tempat tidur isteri,ibu menyusu kerap dahaga.
  • Atau snek,lapar dan ibu menyusu berpisah tiada.
  • Kuncikan jam untuk ibu bangun menyusukan bayi.
  • Atau anda boleh bantu isteri dengan tukarkan lampin bayi di malam hari.

Kredit: Nor Azura
Breastfeeding Peer Counselor

IKLAN

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Penyusuan Waktu Malam Jangan Diabaikan! Susu Waktu Malam Tinggi Lemak, Bagus Untuk Bayi

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI