Hari ini hari pertama peperiksaaan bertulis SPM rupanya. Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara dinasihatkan memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera jika tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan JPN di seluruh negara.

Peperiksan Bertulis SPM Bermula, Ibu Bapa Turut Serta Datang Awal Siap Beri Sarapan Percuma
Kah Woh (tengah) menyantuni pelajar ketika hadir meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2024 di SMK Kampong Pasir Puteh hari ini. Foto Bernama

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM berlangsung.

“Kita mengingatkan semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Ads

“Calon diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM bertulis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh, di sini, hari ini.

SEMANGAT IBU BAPA RAI PELAJAR MENDUDUKI SPM

Peperiksan Bertulis SPM Bermula, Ibu Bapa Turut Serta Datang Awal Siap Beri Sarapan Percuma

Ads

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Fairuz Rusli, melihat semangat ibu bapa meraikan pelajar SPM. Menerusi perkongsiannya berkata, seawal 6:45 pagi, suasana di perkarangan sekolah dah mula hidup dengan kehadiran para sukarelawan ibu bapa yang penuh dedikasi.

Peperiksan Bertulis SPM Bermula, Ibu Bapa Turut Serta Datang Awal Siap Beri Sarapan Percuma

Ads

Mereka bersama-sama menyediakan dan mengedarkan sarapan pagi untuk calon-calon SPM sebagai tanda sokongan moral. Wajah-wajah pelajar jelas menunjukkan gabungan rasa gementar dan tekad untuk memberikan yang terbaik.

Hari ini adalah hari pertama peperiksaan bertulis, bermula dengan kertas Bahasa Melayu 1. Doa dan harapan mengiringi langkah mereka ke dewan peperiksaan. Semoga semuanya dipermudahkan dan calon-calon dapat menjawab dengan tenang serta fokus.

Sumber : Berita Harian & Fairuz Rusli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI