Setiap kali dapat jemputan ke majlis atau kenduri, mak-mak yang ada anak kecil ni la yang paling dalam dilema sebab takut tak dapat nak kawal tingkah laku anak-anak. Salah langkah, buruk padahnya!
Situasi ini terjadi di sebuah majlis perkahwinan di mana beberapa dekorasi kayu untuk laluan pengantin tumbang gara-gara seorang kanak-kanak bergayut pada dekorasi itu.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel sekitar Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu menjadi kecoh seketika sebelum gambar terbabit dimuat naik dan tular di media sosial.
“Mujurlah pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin”, kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan.
Tambahnya, memuat naik gambar di media sosial sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka bermain berhampiran hiasan di majlis.
“Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi? Confius confius! Last2 mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu smpai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?” katanya yang terpaksa menanggung kerujian sebanyak RM4000.
Katanya lagi yang sembilan tahun berkecimpung dalam bidang ini, perkara sama pernah berlaku sebelum ini namun tidak seperti yang dialami baru-baru ini. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan.
Sebagai ibu bapa, anak-anak adalah tanggungjawab kita. tiada siapa yang selayaknya menegur dan mengawasi anak-anak selain diri kita sendiri. Pa&Ma kongsikan beberapa tip yang perlu diambil oleh ibu apa untuk mengatasi perkara sebegini berlaku.
1) suami isteri perlu bergilir jaga anak
Untuk pantau anak-anak, ibu atau bapa perlu sepakat. Bila seorang makan, lagi seorang jaga atau suap anak makan, dan sebaliknya. Barulah anak berada dalam kawalan ibu bapa dengan baik.
2) Ekori/pantau setiap langkah anak di majlis kenduri orang
Tengok apa dia nak buat. Apa yang boleh, apa yang tak boleh sentuh. Mana tempat dia boleh jejak, mana yang tak boleh. jangan awal-awal lagi melarang, kalau tidak lagi dia rasa nak buat benda tu. Ajar dan bagitahu betul-betul kat anak sampai anak tahu kat rumah orang dia tak boleh bebas macam kat rumah dia.
3) Kawal pemakanan anak
Apa sebab anak terlebih aktif? Apa jenis makanan yang kita dah suap kat anak-anak?
Aiskrim, kek, gula-gula, biskut, minuman bergas even air coklat/malt seawal usia 2 tahun atau lebih awal daripada tu lagi memang boleh bagi kesan pada behaviour anak-anak. Ibu ayah kena kentalkan hati bab nak bagi makan kat anak. Biarlah orang nak cakap apa. Cuba elak langsung dari bagi sugary foods. Ubah makanan manis kepada buah-buahan. Epal, oren, pear. Itupun dah cukup untuk keperluan gula dia.
SUMBER: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI