Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Artikel berkaitan: [Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan]
[Mama Ainul Umumkan Hari Ini Hari Terakhir Buah Hati Rakyat Malaysia Di London]
Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.
Sumber: hmetro.com.my & _nrlerwani