“Perancangan Nak Bagi Fatima Adik Tu Ada..” Fazura Akui Mujur Fattah Memahami

Share

“InsyaAllah perancangan untuk menambah cahaya mata itu ada.” Demikian ulas Fazura, 39, apabila diajukan mengenai perancangan untuknya menambah cahaya mata.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia baru saja mendapat bentuk tubuh ideal selepas melahirkan cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya yang kini berusia setahun tiga bulan.

“Selepas bersalin, saya tidak terlepas daripada terkena ‘body shamming’. Namun, tidak semua memahaminya.

“Hanya kaum wanita yang sudah bergelar ibu saja memahami kepayahan dan kesusahan untuk menghilangkan lemak selepas bersalin.

Tambah Fazura lagi, mujur suaminya yang juga pelakon Fattah Amin tidak memaksa sebaliknya menyerahkan soal anak kepada dirinya.

“Mujur Fattah memahami dan menyerahkan (soal anak) kepada saya. Bukan apa, kerana dia tahu saya yang perlu mengandung dan berpantang…InsyaAllah,” katanya.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi mengenai perancangan kerjaya seninya untuk tahun ini.

“Buat masa sekarang, memang saya sibuk sedikit dengan bisnes. Tetapi, ia tidak menjadikan saya lupa terus kepada bidang lakonan mahupun nyanyian.

“Ada skrip dan tawaran yang diterima tetapi saya perlu sesuaikan dengan jadual harian sebagai seorang ibu. Saya tidak mahu tinggalkan anak terlalu lama di rumah,” katanya.

Kredit: Metro

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy