Perangai Anak Suka Berebut, Memukul Tu Rupanya Dari Kita. Dalam Tak Sedar Mak Ayah Ajar Anak Jadi Pemarah

Share

Bila anak-anak bermain dengan rakan-rakan yang seusia, insiden berebut dan memukul akan selalu kita lihat. Apakah ini antara persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran ibu ayah? Kenapa anak suka berebut dan memukul?

Menurut Ibu Rose, Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 27 tahun, hal ini berlaku kerana kanak-kanak belajar dari apa yang berlaku disekelilingnya. Justeru sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkan keperibadian anak-anak.

Kadang mungkin kita tak sedar apa yang dibuat itu kurang tepat dan ada cara yang lebih berhemah untuk kita secara tak langsung mengajarkan kepada anak-anak apa yang baik dan tidak untuk mereka.

KENAPA YE ANAK KECIL SUKA BEREBUT, MEMUKUL?.

“Ibu, kenapa ye. Anak saya ni suka marah-marah dan suka rampas mainan orang. Tak nak kongsi pulak tu. Runsing saya. Apa masalahnya ya Ibu?” Tanya seorang mama.

Emm..kemudian, Ibu perhati je anak tu. Emm..memang betullah, nampaknya anak tu memang cepat marah-marah dan tak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

“Puan, boleh Ibu tau. Ada tak sesiapa atau yang jaga dia suka marah-marah?” soal Ibu.

Si mama tu, menggeleng. Tapi, Ibu pasti jawapan itu tidak betul sepenuhnya.

Dari keadaan anak tu, Ibu dapat rasakan yang anak tu sebenarnya belajar dari sikap orang dewasa yang disekelilingnya.

Yang menariknya, tak lama lepas Ibu tanya tu, Ibu tengok anak itu naik ke atas. Masa tu, ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira.

Anak tu tadi, mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru seseorang, “Ehh..Jangan gaduh-gaduh!”.

Bagi pendapat anda lah kan, adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada seseorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan, si ibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan. Opss…pentingnya jaga emosi wanita mengandung ni. Haa..yang wanita mengandung pun kena aware tentang emosi yang dirasainya. Supaya tak bagi kesan buruk pada anak dalam kandungan.

SEBAB INILAH ANAK MERAMPAS DAN MEMUKUL
Cuba pelajari daripada senario ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut.

Ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu.

Takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya.

Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga.

Lalu ibu muda itu MERAMPAS LAGI.

Demi beri PENGAJARAN supaya sikap tu tak diulangi anak, si ibu MEMUKUL lembut tangan anaknya.

Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikasi itu gagal.

KENAPA?

Kerana apa yang anak itu faham ialah BILA DIA AMBIL BARANG, ORANG AKAN MERAMPAS DAN MEMUKUL DIA.

So, kalau orang lain ambil barang , maka dia akan MERAMPAS dan MEMUKUL orang itu.

Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

FAHAM tak apa yang Ibu cuba sampaikan ni?.

Faham ye? Alhamdulillah.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut.

Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES.

Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, Ibu tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; ” There is more to parenting than meets the eye” kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

Salam pencinta ilmu,
Ibu Rose & Yasmin Sari

Sumber: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SAHR