Keibubapaan

“Perangai Mak-Mak Memang Comel Macam Ni Ke?” Cik Epal Bawa Ibu Ke London, Dapat Pujian Warganet “Cantiknya Nekma”

Share

Perangai mak-mak kita memang kadangkala melucukan. Semakin berusia mak kita semakin seronok kita membahagiakannya.

Dulu kalau masa kita masih kecil, kita yang mengharapkan mak membelikan barang atau membawa kita pergi melancong.

Kini bila kita dah dewasa, bekerja dan punya keluarga, tiba giliran kita pula yang membalas budi mereka. Salah satu cara untuk gembirakan hati ibu ayah kita dengan membawa mereka pergi melancong.

Bagi yang ada rezeki lebih tak salah nak bawa ibu atau ayah melancong ke luar negara. Inilah peluang untuk mereka diraikan walaupun sebenarnya tak terbalas budi dan jasa mereka membesarkan kita.

Instafamous yang juga ushawan wanita berjaya, Cik Epal baru-baru ini berkongsi foto bersama ibu tersayang di Instagramnya. Cik Epal sekeluarga membawa ibunya melancong ke kota London.

Tapi yang paling mencuit hati apabila ibu sepasang cahayamata itu mengusik gelagat ibunya di salah satu posting dengan caption yang lucu.

“Perangai mak-mak memang comel macam ni ke?

Nak bergambar di setiap penjuru. Pastu tak sabariah nak dapat gambar suruh send cepat. Hihihi .

Mak siapa macam ni jugak?

Warganet Puji Ibu Cik Epal

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Cik Epal kagum melihat wajah ibunya yang kelihatan muda dan cantik.

Ibu Cik Epal yang mesra dengan panggilan Nekma oleh cucunya dilihat ceria dan gembira disamping anak menantu dan dua cucunya Han dan Yuki.

Patutlah Cik Epal cantik, rupa-rupanya dia mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya. Memang saling tak tumpah wajah mereka berdua.

Tidak hairanlah ibu jelita ini dikurniakan rezeki melimpah ruah kerana selalu membahagiakan ibu tersayang termasuk membawanya melancong ke luar negara.

Untuk rekod, Cik Epal mula dikenali sebagai blogger sejak awal tahun 2000 lagi dan kini bergelar usahawan bagi produk kecantikan dan kesihatan Fair Fit dan terkini Makaji.

Isteri kepada Jofliam ini sering menjadi inspirasi generasi muda hari ini kerana kemampuannya memberi suntikan semangat dan perangsang di dalam setiap posting di laman blog dan media sosialnya.

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents atau channel Telegram Pa&Ma https://t.me/majalahpama sekarang!

Published by
Hasnita Sawal