“Perasaan Tunggu Anak Pergi, Paling Takut. Dr Jangka Hayatnya 5 Tahun, Sekarang Masih Kuat.”

Share

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom Squeaky Baby sejak lahir.

Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun, Fazley bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama Fieradz hingga ke usia 12 tahun.

 

“Fieradz anak kedua saya yang diduga dengan pelbagai cara. Masa Azrene (isteri) mengandungkan dia, hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam hal lagi.

“Tapi bila Fieradz keluar dia kurang sebulan setengah daripada masa sepatutnya, dia kurus dan tak cukup nutris. Rupa-rupanya bila diperiksa, dia ada lubang berdekatan dengan leher dia dan berdepan sindrom squeaky baby.

“Bila bernafas ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor cakap umur lima tahun kalau dia masih hidup sekali pun kita kena masukkan tiub di tekak dia. Kami ketika itu menangis berpelukan,” kongsinya.

Hal itu baru didedahkan Fazley ketika meraikan hari jadi anaknya itu baru-baru ini di instagram.

Berkongsi lebih lanjut, Fazley berkata anaknya itu mula memahami situasi bila mana perhatian lebih diberikan kepadany berbanding adik beradik lain.

“Baru-baru ini sambut hari jadi dia ke-12 dan rasa sangat sedih sebab saya kendong dari kecil, mandikan dan tidur dengan saya. Sampaikan malam-malam saya letak cermin bawah hidung dia, periksa sama ada dia bernafas atau tidak. Saya takut jantung dia berhenti. Hal sama saya buat setiap hari selama 12 tahun!

“Jadi saya jadi sedih sikit baru-baru ini di cakap dia dah tak nak tidur dengan saya, tapi bila dia baca posting saya, dia menangia dan rasa bersalah. Dia faham kenapa saya sayangkan dia.

“Kalau dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat akan muntah macam air pili. Kita sebagai ibu bapa menunggu masa anak itu pergi, adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.

“Tapi syukur dia boleh main bola, skateboard, ke mana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.

“Hakikatnya perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” tambahnya.

Untuk rekod, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad pernah 13 kali keguguran sepanjang 16 tahun berkahwin.

Kredit: Gempak ; IG Fazley Yaakob

ARTIKEL MENARIK [Isteri Mandikan Bayi Guna Pemanas Air, Sekeluarga Maut Kena Renjatan Elektrik]

LAGI YANG MENARIK [“Kak Tolonglah Beli Buah, Saya Dah Penat.” Jam 11 Malam Masih Jual, Esok Sekolah]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy