Kerenah anak umur 3 tahun memang macam-macam. Kadangkala mereka berperangai seperti orang dewasa. Kalau diperhatikan memang agak melucukan apabila si kecil berlagak umpama gaya ibu atau ayah. Tetapi ada kalanya boleh jadi marah bila sesuka hati dia bersikap kasar dan garang pada ibu ayah.
“Shhh. Ma diam, jangan bising.”
“Biar, biar Aina buat sendiri!”
Si kecil boleh bertukar wataknya dalam sekelip mata daripada gadis cilik yang manis dan mahu ibu memeluk dan menciumnya, kepada seorang yang degil dan garang.
Jangan hairan atau marah dengan sikap si kecil anda kerana ini sebenarnya adalah proses semula jadi kanak-kanak berusia 3 tahun yang sedang melalui perubahan besar dalam kehidupannya. Mereka mula hendak membina perasaan sendiri dan cuba untuk berdikari dengan cara meniru perlakuan orang dewasa.
Jika anak anda sedang melalui fasa ini yang dikenali sebagai ‘threenager’ bermaksud si kecil yang berusia 3 tahun, tetapi berkelakuan seperti seorang remaja atau orang dewasa.
Walaupun tanpa sedar sikapnya boleh dianggap biadab, proses perkembangan ini merupakan pengalaman pembelajaran kepada ibu bapa dan anak. Ini masa untuk anak membesar dan membentuk personaliti dan karektor dirinya. Jadi berikan mereka sedikit ruang untuk belajar tetapi dalam masa yang sama bimbinglah dengan cara betul cara untuk meluahkan perasaan dan dirinya.
Sekiranya anda mempunyai anak berumur 3 tahun yang berperangai seperti ini, anda tentu faham cabarannya. Sebelum anda bertindak balas pada tingkah laku si kecil tanpa usul periksa, ingatlah perkara paling penting perlu dilakukan adalah untuk menunjukkan contoh tingkah laku yang baik kepada mereka.
Inilah antara perubahan besar yang dilalui dalam hidup anak umur 3 tahun:
Ads
1. Mereka belajar untuk menguruskan emosi
Sekitar umur 3 tahun, kanak-kanak mula belajar memahami emosi mereka. Mereka mungkin mula mengenal pasti perasaan mereka dengan perkataan. Bagaimanapun, mereka masih belum lagi bersedia untuk mengawal emosi sendiri. Jika ada sesuatu yang kelakar, mereka akan ketawa tanpa dikawal. Jika sesuatu berlaku dan rasa sedih, mereka akan menangis tanpa henti.
Emosi mereka kuat dan kadangkala boleh di luar kawalan. Cuba untuk bersabar dan faham pada umur 3 tahun, mereka belum ada keupayaan dengan betul untuk mengawal emosi mereka dengan betul.
2. Mereka mahu kepuasan dengan segera
Kanak-kanak umur 3 tahun tidak mempunyai banyak kawalan gerak hati. Sekiranya mereka rasa keperluan untuk buat sesuatu, mereka akan terus lakukan tanpa perlu banyak berfikir.
Ads
Contohnya, si kecil terus mengambil barangan yang anda larang daripadanya walaupun selepas anda berkata “Tidak”, atau dia mungkin akan memukul orang lain sekiranya dia rasa marah. Menangguh sesuatu keputusan perlu dipelajari oleh si kecil dalam tempoh masa yang lama, ia bukan mudah difahami oleh anak usia 3 tahun.
3. Mereka belajar bagaimana untuk menyelesaikan konflik
Kanak-kanak umur 3 tahun mungkin akan memukul, mengigit atau menolak sebagai cara untuk menyelesaikan konflik. Oleh kerana mereka bertindak balas mengikut gerak hati, si kecil tak faham perbezaan kemahiran antara penyelesaian konflik yang sesuai dan tidak sesuai.
Sebagai ibu bapa, penting untuk menunjukkan ‘threenager’ anda cara betul dan tak betul untuk meluahkan emosi dan menyelesaikan masalah dengan yang lain.
Ads
4. Mereka sedang membentuk sikap lucu
Biasanya kanak-kanak umur 3 tahun ini mempunyai sikap lucu yang boleh membuat orang lain ketawa. Mereka sedang cuba membentuk sikap lucu. Mereka gemar buat orang lain ketawa. Kadangkala perbuatan mereka terkentut pun dirasakan sangat lucu dan menghiburkan. Ingat, anak comel anda sedang belajar untuk menjadi orang yang kelakar.
5. Mereka belajar menjadi empati
Empati mula terbentuk dalam diri kanak-kanak sekitar usia tiga tahun. Mereka boleh merasakan kesakitan atau kesedihan yang dilalui oleh orang lain dan anda boleh mendapat tindak balas daripada mereka bila anda bertanyakan apa perasaannya. Si kecil mungkin akan menangis jika mereka rasa mereka melukakan anda, terutama kalau mereka tak bermaksudkannya.
6. Mereka cuba belajar untuk bermain dengan orang lain
Kanak-kanak umur 3 tahun belajar untuk bermain dengan orang lain. Pada usia ini mereka mula berminat untuk berkawan dengan orang lain. Mereka juga suka mengajak ibu atau ayah bermain bersama.
Bayi anda semakin membesar dengan pantasnya dan mula membentuk karektor diri sendiri. Sebenarnya seronok menyaksikan fasa perubahan sikap si kecil menjadi diri sendiri. Mereka mula mempunyai minat sendiri atau apa yang tak diminati, personaliti diri dan keinginan tahu tentang kehidupan.
Penting untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak umur sebegini sentiasa bersikap konsisten dan bersabar kerana ia adalah kunci utama melalui fasa ini dengan bertenang dan tanpa sebarang stres atau marah-marah. Ingatlah yang fasa mereka membesar sangat pantas dan tanpa sedar si kecil usia 3 tahun anda berubah menjadi anak yang bijak dan matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra yang mengalami masalah disleksia.
Shahida berkata, perangai anaknya itu benar-benar menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan biarpun dimarahi.
“Dulu saya stres dengan Qadejah sebab perangai dia berbeza dengan Ammar. Perangainya pelik-pelik. Ada sahaja benda dia buat hari-hari dari kecil.
“Dia ambil susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu, nasib yang minum tu tak mati.
“Umur tiga tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan digunting rambutnya sendiri sampai pendek sebab nampak Baem potong rambut,” kongsi Shahida menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Shahida berkongsi hal tersebut sebagai mengimbau kenangan pengalamannya membesarkan anak istimewa itu yang mengalami masalah disleksia.
Biarpun perlu berdepan dengan perangai aneh Qadejah, kata Shahida, dia menyifatkan anaknya itu seorang yang cukup rajin jika disuruh melakukan sesuatu kerja.
“Budak ini tak ada perasaan kena marah, kena cubit ke, dia tak nangis pun, muka dia selamba sahaja! Tapi bab rajin nombor satu, tak ada orang boleh lawan dia! Paling baik layan orang, ramah dan disenangi,” katanya.
Sebelum ini Shahida pernah memaklumkan bahawa anak keduanya itu disahkan mengalami disleksia ketika usianya enam tahun.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya.
Sumber: Gempak & ig Datin Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah. Situasi yang panic boleh berlaku kepada orang sekeliling bila terlihat darah yang keluar secara tiba-tiba, jadi mereka akan mengambil apa saja langkah untuk menghentikannya.
Ibu bapa atau guru akan menghentikan darah secara salah tanpa mengikut panduan yang betul. Jika tersalah cara rawatan, mungkin boleh mengakibatkan masalah lain yang timbul.
Jadi ibu bapa perlu peka denga cara rawatan yang betul. Ikuti perkongsian dari doktor tentang apa yang tidak boleh dilakukan dan apa cara rawatan yang terbaik.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.
2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
3. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan berterusan selepas 30 minit, segera berjumpa doktor.
Anak suka menulis terbalik? Terapis cara kerja kongsi 4 puncanya. Latihan sensori sejak awal & permainan yang melatih memori boleh membantu mengatasi masalah ini.
Mungkin ada ibu bapa yang risau apabila anak kerap menunjukkan masalah ini dalam menulis. Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi tentang perkara ini.
Sebenarnya ada banyak faktor yang menyumbang kepada tulisan terbalik. 4 faktor yang saya amati sebagai terapis carakerja adalah:
#1. VISUAL MEMORY
Kemahiran mengingat secara visual amat penting dalam menulis. Kalau mudah lupa memang sukar nak ingat bentuk huruf. Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah berikan mereka masa.
Latih kanak-kanak untuk mengingat dengan aktiviti berbentuk sensori semasa mengenal huruf dan nombor. Lakukan pergerakan huruf dan nombor.
#2. MOTOR PLANNING SKILLS
Motor planning skills pula berkaitan dengan kemahiran menulis secara betul. Adakalanya kanak-kanak mula menggerakkan pensel untuk menulis dari bawah ke atas, walau pun sepatutnya ia perlu bergerak dari atas ke bawah.
Masalah motor planning ini menyumbang kepada kanak-kanak tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan mudah seperti menyalin, mengeluarkan pensel, menyimpan barang ke dalam beg.
#3. ORIENTATION SKILLS
Orientation skills ialah bermaksud kekeliruan dalam menentukan kiri kanan, atas bawah dan turutan.
Ia juga termasuklah turutan nombor, hari, bulan dalam tahun dan lain-lain lagi yang ada konsep urutan atau‘sequencing.’
Kekeliruan aspek ini juga menyumbang kepada masalah motor planning skills. Hendak mula dari mana, boleh menyebabkan kanak-kanak keliru. Cenderung untuk tulis terbalik.
#4. AUDITORY MEMORY
Auditory memory pula merujuk kepada kemahiran mengingat secara auditori. Contohnya dengar dan ingat, dengar dan tulis, dengar dan sebut semula.
Kemahiran ini boleh diasah kepada anak-anak anda dengan permainan-permainan kecil melibatkan ahli keluarga.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.