Percayalah, Bukan Ibu ‘Kedekut’ Bayinya. Banyak Penyakit Sekarang, Virus Mudah Berjangkit

Share

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital. Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres. Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan mencium bayi baharu lahir kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat.

Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Sebelum anda meneruskan tradisi melawat kenalan dalam pantang serta bayi mereka, bacalah dulu pesanan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.

Artikel Menarik: [Bukan Senang Nak Jaga Bayi Pramatang, Perlukan Perhatian Penuh & Kekuatan Dari Ibu]

MAHU MELAWAT RAKAN YANG BARU BERSALIN? BACA INI DULU
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya. Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:

Artikel Menarik: [Mungkin ramai Yang Cuba Menakut-Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin, Jauhi Persekitaran Negatif]

1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2.Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.

Artikel Menarik: [Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah]

4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana siibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.

7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan siibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada anda, bukannya si ibu tu kedekut tak mahu tunjuk anak. Bukan juga sembunyikan anak. Penting untuk kita yang mahu menziarahi ibu selepas bersalin dan bayinya untuk menghormati batas-batas yang seharusnya. Sekarang ni macam-macam jenis virus yang menyerang sistem imunisasinya yang belum betul-betul kuat.

#kempensihatpama

Published by
Emy H