Isteri ni tak minta lebih pun dari seorang suami. Cukuplah untuk disayangi, dapat menyediakan tempat tinggal, ringan tulang dan memberi nafkah untuk ahli keluarga. Jika dapat apa-apa pemberian sekalipun, itu dikira bonus.
Bagi suami pula, apa salahnya sesekali gembirakan hati isteri dengan memberi hadiah. Walaupun bukan hadiah mahal, tapi pemberian dari seorang suami pasti akan dihargai oleh isteri.
Ingatlah di sebalik kejayaan suami, terselit doa yang dikirimkan oleh isterinya. Jika suami tak berkira, percayalah rezeki itu sentiasa datang mencurah-curah dan kebahagiaan jadi milik bersama.
Perkongsian dari saudara Hafizul Hakim ini mengambarkan bahawa mengembirakan hati isteri, kunci buat suami terus mengecapi rezeki yang tak putus.
“Eh, beri isteri hadiah dapat pahala tak?” Ish mestilah. Ko senyum pun dapat pahala. Apalagi mengembirakan pasangan hidup.”
Nah, ingin saya kongsikan harini sedikit ilmu tentang fadilat memberikan hadiah kepada isteri. Moga dibaca dengan hati yang tenang dan jiwa yang besar.
✅ Ia simbol kasih suami terhadap isteri.
✅ Menggembirakan hati isteri.
✅ Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami.
✅ Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati. Sabda Nabi,
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menghadirkan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati dan jiwa.”
✅ Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai.” Juga diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, no. 594. Ibnu Hajar berkata, “Sanadnya shahih.”
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati. Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu.” (Hadis Riwayat at-Tarmizi).
Hadis lain dalam Riwayat at-Tarmizi bermaksud:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya.”
Kawan-kawan, Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda.
Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan ahdiah untuk isteri baginda.
Sweet kan. Role model kita sebagai seorang orang mukmin. Insha Allah. Begitulah.
Kredit: Hafizul Hakim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI