top

Dapat bercuti ke luar negara tentunya menyeronokkan, ada antaranya dah lama buat perancangan dengan beli tiket penerbangan setahun awal atau sebagainya. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis untuk dikenang bertukar tragedi apabila seorang wanita yang sedang hamil 6 bulan terpaksa melahirkan bayi pramatang di Korea Selatan ketika bercuti.

Wanita yang dikenali dengan nama Tasha itu pada mulanya mengadu kepada pemandu pelancong yang mereka ikuti bahawa dia mengalami kekejangan di bahagian ari-arinya. Kerana keadaan itu, pemandu pelancong telah menghantar wanita tersebut Bersama suami dan anaknya pulang ke hostel terlebih dahulu.

Ternyata, kesakitan yang dialami oleh Tasha tidak berkesudahan dan lebih teruk lagi dia turut mengalami pendarahan. Setelah perbincangan dibuat dan dengan persetujuan suami dan ibunya, Tasha dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Berikut adalah perkongsian yang dibuat oleh Sarah Jamaluddin yang merupakan salah seorang ahli keluarga Tasha mengenai insiden tersebut:Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak Pulang

Alami Kejang pada bahagian ari-ari, dihantar pulang ke hostel

Assalamualaikum semua, yang sedia maklum saya dan sebuah lagi keluarga kecil kami telah bercuti di Seoul Korea. Dan pada malam semalam, salah seorang daripada kami adalah wanita mengandung berusia 6bulan iaitu (Tasha). Dia telah mengadu kepada kami dan tour guide kami, yang beliau mengalami kekejangan di bahagian ari ari nya. Dan pada masa yang sama, kami telah menghantar Tasha pulang bersama suami dan anak nya untuk pulang dahulu ke hostel yang kami duduki.

Masih sakit dan alami pendarahan

Setelah beberapa jam, kami pun telah pulang ke hostel, dan mendapati Tasha masih mengalami kesakitan yang luar biasa, dan dia telah mengalami sedikit bleeding. Setelah membuat perbincangan, ibu Tasha dan suami nya Usaid, bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setibanya di hospital, dia telah dikerjarkan ke wad kecemasan, dan telah mengadu telah rasa sesuatu keluar dari bawah. Dan suami nya memeriksa, dan telah nampak kantung bayi. Dia segera memanggil doctor dan nurse, dan tasha telah selamat bersalin.

IKLAN

Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak Pulang
Bayi tak dapat diselamatkan, perlu bantuan kilat untuk bawa jenazah bayi

Beberapa minit kemudian, doctor memberitahu, bayi dapat diselamatkan, dan sehingga petang tadi baby tersebut telah meninggal dunia.
Pada masa yang sama, Tasha dan bersama 4 orang ahli keluarga nya masih berada di Seoul, dan memerlukan bantuan kilat untuk membawa mereka bersama jenazah bayi tersebut untuk pulang ke Malaysia.

Kos Yang Diperlukan

Telah saya lampirkan, semua kos yang diperlukan oleh keluarga tersebut. Diharap sesiapa yang membaca post ini, dapat sedikit sebanyak membantu meringankan keluarga kecil ini.
Mungkin harini hari mereka, esok lusa mungkin hari kita. Nauzubillahminzalik.

Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak Pulang
 

Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak Pulang

IKLAN

Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak Pulang

TOTAL BAYARAN TERMASOK CAS TERSEMBUNYI (AGENT UNTUK TRANSFER BAYI KE MALAYSIA dan TIKET FlIGHT KAMI BERLIMA BALIK KE MALAYSIA
*27,109,920.00won*
= *RM98,600.00*

buat masa ni yg sy dpt dr pinjman2 sy pd ahli kluarga dan dh sy byr 21,306,980won = RM77,256.00
jd baki ni ibu sy cagar kerdit kad nya once masok je duit dlm akaun dia akan automatik tolak..

IKLAN

*MAYBANK*
151061434212
*Muhammad Usaid Hudair bin Rahmat*

Percutian bertukar tragedi, Wanita Hamil 6 Bulan Bersalin Di Korea. Perlukan RM100,000 Nak Bawa Jenazah Anak PulangDalam kemaskini yang dibuat oleh Sarah, jenazah bayi Tasha telah selamat disolatkan di Masjid Itaewon tengah hari semalam dan akan diterbangkan ke Malaysia pada hari Isnin nanti. Bagi yang ingin memberi sumbangan derma, masih boleh berbuat demikian.

Semoga urusan keluarga Tasha dipermudahkan dan kos yang diperlukan untuk semua urusan cukup. Sama-samalah bantu apa yang mampu.

sumber: Sarah Jamaluddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI