Percutian bersama famili tidak semestinya mampu mengukuhkan lagi bonding dengan anak-anak. Silap-silap boleh percutian itu boleh bertukar menjadi stres bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa.
Bulan Februari nanti cuti sekolah akan bermula. Sudah ramai ibu bapa yang mula merancang destinasi percutian buat anak-anak. Maklumlah tak mungkin kita mahu asyik memerap di rumah sahaja. Sekurang-kurangnya bila bercuti dapat juga dimanfaat masa yang ada dan sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Percutian Famili Tidak Semestinya Kukuhkan Bonding Dengan Anak-anak
Sungguh, itulah harapan kita bila bawa anak-anak dan keluarga bercuti. Namun sedar atau tidak jika silap gaya dan tekniknya percutian tersebut boleh pula mendatangkan stress pada anak-anak. Ini sebagaimana apa yang cuba dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Mungkin sebagai ibu ayah, kita juga ingin tahu apa sebabnya boleh berlaku keadaan sedemikian.
Jadi apa kata anda baca perkongsian penuh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk dijadikan panduan bersama. Semoga ianya dapat dimanfaatkan untuk kita merancang percutian yang membahagiakan dan bukannya percutian yang stress bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai ibu ayah juga.
Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak?
Ramai ibu bapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stres, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
CONTOH BERCUTI YANG TIDAK MERAPATKAN HATI AHLI KELUARGA
Ads
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Ada Yang ‘Bertukar’ Jadi Stres
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ads
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibu bapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.
JADI BAGAIMANA CARA YANG BETUL UNTUK BONDING DENGAN ANAK-ANAK?
Nak bina ‘bonding’, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibu bapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan cara semula jadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
Ads
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
Tanpa kita sedari masa berlalu dengan begitu pantas. Tahu-tahu anak yang baru saja kita dukung, hari ni dah mampu berlari sendiri tanpa perlu dipantau lagi. Begitulah cepatnya masa berjalan, benarlah umpama sekelip mata.
Sebab itulah, masa anak kecil ni tunjukkanlah rasa sayang dan prihatin pada mereka. Lahirkan melalui perbuatan supaya anak JELAS dengan perasaan kita kepada mereka.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ada berkongsi tentang hal ini;
Ramai terkilan bila anak dah tak suka di peluk, tak suka di sentuh & tak suka di manja-manjakan..
Lambat atau cepat, fasa ini pasti tiba.. Salah kita tak bina connection yang kuat masa anak masih kecil.
Sewaktu anak memerlukan perhatian kita, berikanlah secukupnya kepada mereka. Suatu hari nanti, semua itu mungkin akan berkurangan kerana anak mungkin sudah ada cara hidup mereka sendiri. Waktu mereka kecil, cipta banyak memori indah bersama supaya mereka akan sentiasa ingatkan ibu ayahnya sampai bila-bila.
Betapa beruntungnya penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang diuruskan sepenuhnya oleh suaminya, Nabil Mahir dalam bab-bab menguruskan anak.
Pun begitu Ayda tetap mencuba menguruskan anak keduanya, Aali Mateen biar pun merasa agak kekok untuk menukar lampinnya.
Menerusi Insta Storynya, Ayda berkongsi cerita dan pengalaman pertamanya menguruskan Aali Mateen.
“Hari ini buat pertama kali saya tukar diaper Mateen. Jangan terkejut sebab memang selalu Dadaa (Nabil) yang buat.
“Gelabah tadi masa tukar, takut dia ke mana-mana kang peepee (kencing). Peepee sampai ke muka pun pernah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayda turut bersyukur anaknya tidak menangis ketika dia menguruskan anaknya malah tidur lena sebaik ditukarkan lampinnya.
“Buat laju-laju tadi macam Naruto dan ‘smooth like butter’. Tak menangis, siap, minum susu dan kemudian terus tidur. Dadaa kepenatan, kesian Dadaa. Okay sayang awak berdua,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 12 Disember lalu. Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tabika Kemas Autisme, bukti kesedaran awam meningkat. Penjagaan dan pendidikan inklusif seperti mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus kepada kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme penting bagi menyokong golongan itu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.
Tabika Kemas Autisme
Pensyarah Pendidikan dan Psikologi Kanak-Kanak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Norsuhaily Abu Bakar berkata, dengan adanya tempat pembelajaran khas di kawasan luar bandar itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai autisme.
Dr Norsuhaily.
Menurutnya, persekitaran mesra seperti kelas inklusif, alat bantu pengajaran khas dan tenaga pengajar terlatih amat penting untuk membantu perkembangan kanak-kanak berkenaan.
“Saya melihat usaha ini sangat baik dan menunjukkan kesedaran awam berkenaan autisme semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding 10 tahun lalu.
Bukti Kesedaran Awam Meningkat
“Pembelajaran dan pendidikan yang inklusif kepada anak-anak autisme ini secara tidak langsung turut membantu kesihatan mental keluarga yang mempunyai anak istimewa ini.
“Anak-anak yang diberikan pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan mereka akan lebih mudah untuk diuruskan dan ibu bapa juga turut mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.
“Jadi, saya melihat usaha untuk mewujudkan Tabika Kemas khusus untuk autisme ini sangat baik selari dengan jumlah kanak-kanak yang disahkan menghidap autisme semakin meningkat saban tahun,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, Tabika Kemas autisme pertama di Malaysia akan dibuka pada tahun depan di setiap daerah bermula di Melaka dengan mengutamakan anak-anak golongan B40.
Beliau berkata, cadangan pelaksanaan tersebut diterima baik selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Norsuhaily berkata, seiring dengan pertambahan ketara jumlah kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme di negara ini, kesedaran kepada masyarakat, peluang pembelajaran dan pihak yang terlibat secara langsung dalam isu ini perlu diperluaskan lagi.
Beliau berkata, mengambil contoh seperti di United Kingdom (UK) setiap majlis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting alam aspek pembelajaran kepada anak-anak autisme.
Selain itu katanya, ibu bapa yang mempunyai anak autisme juga turut dibantu terutamanya dalam aspek kesihatan mental.
“Justeru, kita berharap pemegang taruh yang terlibat dalam isu autisme ini perlu berganding bahu untuk menyediakan akses pembelajaran, tenaga pengajar yang terlatih supaya anak-anak istimewa ini dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.