Cuti-cuti bersama keluarga memang menyeronokkan, bukan sahaja ibu bapa dapat menikmati masa kualiti bersama anak-anak, malah meluangkan masa dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika, anda merancang untuk bercuti ke Thailand dengan bajet murah, admin mencadangkan agar membawa anak-anak menggunakan train ke Thailand. Seperti bercuti sambil belajar. Suasana lebih santai semasa perjalanan semasa menaiki keretapi. Jom ikuti perkongsian percutian daripada AyuMastura Kenon yang bercuti ke Thailand baru-baru ini. Boleh jadi panduan buat ibu ayah untu next destinasi percutian nanti. Nak tempat penginapa yang murah, klik sini.
Untungla org Utara….I jelez hoccay!!
Semenjak commuter KTM mula beroperasi senang sgt2 dah nk ke Thailand ??. Hanya bermodalkn RM35 dh boleh g HatYai blk hari kikiki…
Gunakan kod promo ini untuk harga yang berpatutan.
Mai saya share skit utk trip baru ni. Ni panduan utk amik commuters dr Butterworth atau kawasan2 sekitarnya.
Saya amik Train dr Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 adult / RM5.20 child)
Train dr TG sejam sekali bermula 5:48pg dan mengambil masa sejam sengah utk sampai ke PDG Besar..
Sata naik train pukul 7:48pg sbb nk kejar train ? ke HatYai pukul 9:55pg waktu Malaysia. Sesampai kt Pdg Besar mmg ngam2 train ? Thailand tgh tggu..
Tiket train kelas ketiga Pdg Besar ke HatYai RM7 (50thb)..
Klu korg g awal tu boleh la naik bus or naik minivan ke Hatyai.. tp ai is mls sbb bnyk kali nak bertukar2 nk naik train gak yg senang terus sampai ke HatYai.
So dh sampai HatYai ni pandai2 ler kan… nak g Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah… agak2 klu bosan boleh g HatYai…jom sape nk ikut hahahaa..
Lepas ni kalau balik kampung mmg kena bawak passport ler gamaknye…
*Tiket boleh beli secara online dan naik dari padang besar atau hatyai ke mana2 destinasi di Thailand.
Credit : AyuMastura Kenon via Penang kini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Minggu Satu Surah”- Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Mudahkan Anak Hafal Al-Quran Dari Kecil
Hanya seminggu bagi satu surah, demikian cara Datuk Dr Sheikh Muszaphar memudahkan cara anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil.
Bella yang sudah khatam Al-Quran pada usia enam tahun. Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Angkasawan pertama negara ini bukan sahaja mementingkan ilmu dunia, malah melengkapkan anaknya dengan ilmu agama.
Semalam beliau telah berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya yang membantu Bella menghafal Surah Al-Maun.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Malam Hafazan
Setiap malam Ahad saya cuba mendorong Bella untuk menghafal satu surah pendek.
Dan Alhamdulillah … Mudah untuk Bella. Dan saya merasakan menghafal menjadi sesuatu yang semula jadi kepada anak-anak apabila anda memulakan mereka muda.
Perkenalkan AlQuran kepada anak-anak anda dari usia yang sangat muda. Insya Allah semuanya akan dipermudahkan. Membaca Al-Quran membersihkan hati dan pasti meningkatkan daya ingatan mereka.
Mulakan dari awal lebih mudah
Seimbang dunia & akhirat
Tauladan terbaik
Contoh pemimpin keluarga
200% perhatian
Contoh yang terbaik
Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tukarkan Panggilan Nakal, Degil Pada ‘Anak Banyak Akal’. Sebutan Itu Dikira Satu Doa
Tiada anak yang dilahirkan “nakal”, semuanya berdasarkan bagaimana mak ayah membentuk peribadi anak. Ibu bapa kena faham, fasa anak nakal atau aktif adalah normal.
Dalam tempoh 18 bulan hingga 3 tahun adalah tempoh yang mencabar kesabaran ibu bapa untuk berdepan dengan sikap anak. Waktu ini kita marah dan pukul pun anak masih belum faham kecuali kita gunakan beberapa cara yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi.
Berikut perkongsiannya
Terima kasih kepada mak ayah yang kongsikan ayat ini. Saya setuju dengan kenyataan ini.
Ya, semua anak akan mengalami fasa “nakal” atau aktif sebenarnya, kita yang dah jadi mak ayah pun sama juga. ?
Fasa “nakal” ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan – 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosisal. Dimana anak akan mula mengamuk apabila tak dapat apa yang dikehendaki, nak lari kesana kemari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya.
Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.
Hari ini saya nak kongsikan tips penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas.
? MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN ?
1. Anak terlampau aktif di luar rumah.
Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru “dapat kaki”, asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula “dapat kaki”. Betul tak?
Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.
Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi “shopping mall”, tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.
Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.
Kalau perasan anak susah dikawal apabila pergi ke taman permainan, bawalah mereka ke sana selalu. Kalau anak susah dikawal apabila pergi pasaraya, bawalah mereka pergi untuk “window shopping”. Tetapi kalau perasan anak sangat susah dikawal semasa di luar rumah, saya sarankan cari tempat yang:
– Kurang padat supaya anak mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain.
– Selamat (tiada barang mudah pecah dan tajam).
– Ada kawasan lapang untuk anak berlari. Kalau anak lari laju, mak ayah pakailah kasut sukan supaya senang nak kejar. ?
– Keluar dengan pasangan atau kawan supaya ada orang lain, elakkan bersendirian.
– Pakaikan “baby harness”.
2. Anak pantang tengok sesuatu benda.
(Pantang tengok gadget/TV tak termasuk dalam kategori ini ya. ?)
Contoh: Anak pantang nampak tangga. Semakin mak ayah halang anak naik tangga, selama-lamanya anak akan pantang nampak tangga. Jadi, caranya banyakkan lagi “main tangga” tetapi dengan pantauan dan selagi ia selamat sebab lambat laun anak perlu juga belajar naik dan turun tangga.
Anak saya sendiri, saya dah dedahkan dengan tangga sejak dia umur 6 bulan waktu sibuk nak merangkak tetapi dengan pantauan. Hasilnya umur 1 tahun lebih, anak dah tak “heran” dengan tangga. Tangga tetap ada pagar untuk keselamatan tetapi setiap kali naik dan turun beri anak cuba sendiri, mak ayah jaga di belakang/bawah anak macam penjaga gol. ?
Sama juga kes anak asyik nak berlari naik turun escalator. Semakin dihalang, semakin anak nak berlari ke sana. Kalau ada yang macam ini, luangkan masa untuk naik dan turun dengan anak berulang kali. Semakin awal kita dedahkan sehingga mereka jemu, semakin mereka kurang berlari ke arah tempat itu tetapi kena hati-hati dengan kaki tersepit di penghujung escalator. Cara saya, saya akan angkat anak sedikit sebelum sampai penghujung escalator.
3. Anak bising di kedai makan.
Kadang-kadang ada situasi dimana kita tak boleh elak masa anak tengah ada mood nak buat bising atau mengamuk di kedai makan. Cara terbaik untuk mengawal anak dikedai makan adalah anak pun perlu sibuk makan sekali. Kalau tidak, mak ayah boleh cuba tips di bawah:
-Kenal pasti mood anak sebelum pilih kedai makan.
– Cari meja yang paling hujung dan kawasan kurang padat.
– Bawa mainan jika anak tidak makan bersama mak ayah.
– Elakkan duduk terlampau awal di kerusi bayi untuk elak anak cepat bosan.
– Bawa anak berjalan-jalan keliling kedai makan sebelum makanan sampai.
4. Anak terlampau aktif di rumah orang lain.
Kalau mak ayah dah ada pengalaman anak asyik nak panjat meja, ataupun nak ambil barang perhiasan di rumah orang lain sehingga susah dikawal. Beritahu atau tanya dengan tuan rumah dahulu yang kita ada anak kecil yang tengah fasa meneroka supaya tuan rumah dapat bersedia dan simpan harta karun yang berharga sementara mak ayah beraya. Ataupun tanya dahulu, sesuai tak nak bawa anak kecil yang sedang aktif.
Jika anak dah mula memahami arahan, beritahu anak awal-awal “kawasan larangan”di rumah orang lain. Adab dirumah orang perlu sangat ditekankan pada anak dari awal. Sebelum mak ayah makan serentak, minta tolong saudara terdekat untuk tengokkan anak yang sibuk bermain.
5. Anak pecahkan cawan atau pinggan.
Senang sahaja, kalau anak masih kerap jatuhkan pinggan atau cawan. Siap-siap bawa mangkuk dan cawan plastik dalam beg sebelum beraya. Air pula tuang sikit-sikit cukup 3 teguk supaya kurang risiko tumpah habis karpet rumah orang. ?
5. Anak main bersepah.
Terapkan dan amalkan kemas mainan selepas main seawal anak umur 18 bulan. Sebelum itu mak ayahlah yang perlu tunjukkan sikap mengemas kerana anak belajar melalui pemerhatian. Lama-kelamaan anak pun akan terikut sama dan berminat nak belajar kemas mainan. Sampai satu masa, kita dah tak perlu membebel minta anak kemas mainan lepas main, cuma perlu puji sahaja. ?
6. Anak mudah cedera semasa bermain.
Apa yang mak ayah boleh buat untuk kurangkan risiko kemalangan anak disamping dengan pemantauan, mak ayah boleh kenalkan unsur-unsur bahaya sebelum anak bermain, boleh kenalkan ciri-ciri:
– Tajam (Buju meja atau permukaan tajam) ✏
– Bahaya (Lintas jalan) ?
-Tinggi (Meja atau kerusi tinggi) ✈
– Panas (Air panas atau seterika) ?
– Pedas (Makanan pedas, cili dll) ?
– Sakit (Baling barang) ?♂️
Kalau 6 ciri-ciri ini anak dah tahu, insyaAllah mak ayah tak perlu dah asyik nak kata “careful” berjuta kali semasa anak bermain. ?
Semua tips diatas sudah diguna pakai pada anak saya sendiri dan klien saya di BEYOND. Alhamdulillah kebanyakannya berkesan mengurangkan aktif anak. ?
Ada banyak lagi cara, saya beri 6 tips sahaja dulu. Nanti ada masa saya kongsikan lagi. ❤
Kesimpulannya, yang paling penting mak ayah WAJIB “kenal” anak sendiri. Kena tahu kelebihan dan kelemahan anak supaya mudah kita anak atasi tingkah laku anak. Tips yang saya berikan ini sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan dan sebenarnya banyak yang mak ayah dah lakukan tanpa sedar. Pendidikan anak bermula dari rumah, disiplin pun bermula dari rumah. Jangan marah anak letak kasut bersepah kalau kita pun letak kasut bersepah.
Mulakan sejak awal, jangan tunggu jadi buluh baru nak lentur. Masa itu anak pun dah “keras”. ?
Saya pun ibu yang sama seperti anda, ibu kepada seorang anak, terapis kepada ratusan anak juga. Bersyukurlah anak anda aktif/nakal kerana ia bermakna anak kita sihat, kalau dibandingkan anak yang sedang terlantar kesakitan. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebab pasti tak sama. ?
Dan yang paling penting, jangan putus asa dalam mendidik anak. Kata-kata kita adalah doa pada anak. Sebab itu orang dulu-dulu bahasakan anak yang aktif ini sebagai “anak banyak akal”. Tak ada pula bahasakan “anak tarzan”, “anak nakal”, “anak degil”, “anak monyet” dan sebagainya. ?
Anak yang terlampau aktif di mana-mana tempat dan tidak kira situasi juga merupakan tanda-tanda ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Jika mak ayah mendapati anak ada masalah ini dan tidak tahu bagaimana untuk membantu anak, sila rujuk anak kepada profesional. ??
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapy
Beyond Home Therapy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Akan Takut Bila Ibu Ayah Tengking & Marah Tapi Kesan Negatif Melemahkan Otaknya
Tengking dan marah-marah antara cara yang selalu digunakan oleh ibu bapa terutamanya untuk memastikan anak dengar cakap. Tindakan ini juga antara yang paling ditakuti oleh anak.
Memang kita nampak anak akan ikut arahan tetapi ‘kuasa’ itu memberi kesan tak elok untuk otak anak. Kenapa?
Berdasarkan perkongsian dari Penulis Buku Keibubapaan, Taufiq Razif ini antara sebab yang ibu bapa terlepas pandang dan menganggap marah serta tengking anak senjata yang terbaik bila anak buat perangai.
Anak akan jadi taat bila kita tengking?
Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.
Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!
Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.
Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ia melemahkan THINKING BRAIN anak saya.
Jadi nak tak nak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan (using choices), tunjukkan ketegasan (firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya (using consequences), bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.
Demi kesihatan mental dan emosi anak-anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.
p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita.
Sumber: t.me/NotaTaufiqRazif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI