Letih sungguh badan, sibuk bekerja. Banyak sangat benda yang harus diselesaikan. Dah tentulah sebagai manusia biasa, akan terasa letih. Seronoknya kalau dapat bercuti, apa lagi di kawasan tanah tinggi yang nyaman dan menenangkan.
Untuk anda yang menginginkan percutian ala-ala seperti di luar negara, bolehlah ke Colmar Tropicale yang terleta di Berjaya Hills. Berkeluasan 16,000 ekar hutan hujan tropikal. Seronoknya kerana hotel bebas dari kesibukan kota tetapi tidaklah terlalu jauh dari Kuala Lumpur. Hanya makan masa 45 minit memandu dari bandar KL.
SENI BINA BANGUNAN PERANCIS
Uniknya seni bina bangunan hotel berinspirasikan dari bandar Colmar yang terletak di utara Alsace, Perancis. Apabila bercuti di sini, seolah-olah berada di kota Perancis ditambah pula dengan kedinginan bukit yang membuatkan kita terasa relaks.
Hotel ini mempunyai beberapa kategori bilik yang boleh anda pilih. Kesemuanya cantik-cantik dan sesuai untuk pasangan yang sedang berbulan madu mahupun berkeluarga.
Antara kategori bilik yang ada di Colmar Tropicale adalah seperti Superior, Deluxe, 1 Bedroom Suite, 1 Bedroom Deluxe Suite, Family Room, 2 Bedroom Suite, La Grande, La Colmar Suite dan banyak lagi.
KEMUDAHAN & SERVIS HOTEL
Selain akses wifi percuma, terdapat banyak lagi kemudahan dan servis yang ditawarkan di sini. Seperti mana hotel mewah yang lain, Colmar Tropicale turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan dobi dan banyak lagi.
Untuk bergerak dari Colmar Tropicale ke lokasi istimewa yang lain di sana, anda tidak perlu bersusah payah untuk memandu kerana servis shuttle turut disediakan di sini.
TAKKAN LAPAR DI SINI!
Tidak perlu risau anda berlapar sekiranya bercuti di sini. Terdapat banyak restoran dan bar yang boleh anda kunjungi untuk menikmati pelbagai hidangan menarik di Colmar Tropicale. Antaranya:
– Le Blason: Kedai kopi yang menghidangkan juadah Asia dan antarabangsa.
– La Boulangerie: Bakeri Perancis yang menyajikan pelbagai pastri dan pemanis mulut.
– La Cigogne: Restoran mewah yang menghidangkan sajian asli dari Perancis.
-La Flamme: Menyajikan pelbagai pilihan pasta dan piza.
-Le Poulet Roti: Kafe yang menyajikan hidangan ayam panggang istimewa.
-Le Vin
-Ryo Zan Tei: Sebuah restoran Jepun yang terletak di Botanical Garden.
NAK BERMESYUARAT PUN BOLEH!
Sekiranya anda mempunyai urusan kerja dan berminat untuk mengadakan mesyuarat di sini, tiada masalah!
Pelbagai jenis ruangan mesyuarat yang ada di sini yang boleh dihadiri oleh 200 orang tetamu pada satu masa. Sekiranya anda mahu mengadakan majlis yang lebih ekslusif dan tertutup, terdapat bilik VIP yang mampu menampung sehigga 50 orang tetamu.
Selain itu, anda anda juga boleh memilih untuk mengadakan sebarang persidangan dan sebagainya di Berjaya Hills Convention Centre yang dapat menampung sehingga 1,200 orang tetamu.
Untuk sebarang majlis formal atau keraian, turut boleh diadakan di Colmar Tropicale & Le Chavelier merupakan sebuah dewan besar yang boleh memuatkan sehingga 1,000 orang tetamu pada satu masa. Untuk bilik VIP pula, dapat menampung sehingga 80 orang tetamu.
BOLEH BUAT MACAM-MACAM AKTIVITI!
Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat seisi keluarga jika anda bercuti di sini. Selain berkunjung ke Botanical Garden, Taman Arnab, Adventure Park, Kid’s Corner & Rides, Horse Trails, Japanese Village dan banyak lagi.
Untuk Mama yang mungkin mahukan me-time bolehlah berkunjung ke gimnasium, sauna atau menyewa kimono untuk bergaya ala wanita Jepun di Japanese Village.
Aktiviti rekreasi lain yang boleh dibuat di sini adalah seperti memanah, paint ball, bermain boling, berenang di kolam, bermain permainan papan dan banyak lagi.
Colmar Tropicale turut menawarkan perkhidmatan untuk Team Building anjuran syarikat swasta atau badan kerajaan yang melibatkan pelbagai aktiviti lasak seperti rentas hutan, night walk, pencarian harta karun dan banyak lagi.
PENGANGKUTAN
Bagi anda yang tidak mahu memandu, bolehlah menggunakan perkhidmatan shuttle yang ada di sini dengan bayaran yang berpatutan.
#PERJALANAN 1 HALA (dari Colmar Tropicale ke Berjaya Times Square) = RM28.00/dewasa & kanak-kanak
#PERJALANAN 1 HALA (dari Colmar Tropicale ke Berjaya Times Square) = RM38.00/dewasa & kanak-kanak
(Harga termasuk tiket masuk)
#PERJALANAN 1 HALA (dari Berjaya Times Square ke Colmar Tropicale) – RM38.00/dewasa & kanak-kanak
#PERJALANAN 2 HALA (dari Berjaya Times Square ke Colmar Tropicale ke Berjaya Times Square) = RM60.00/ dewasa & kanak-kanak
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah meraikan peserta-peserta BSN Smart Junior (BSJ) Junior Camp peringkat Kebangsaan 2019 dalam Majlis Penutup bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Program kem selama dua (2) hari ini telah berlangsung pada 6 November lalu
melibatkan seramai 250 orang murid (24 buah sekolah terlibat) dari lima (5) negeri
iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan. Program BSJ
Junior Camp merupakan program kem yang julung kali diadakan oleh BSN dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesemua peserta terlibat adalah murid-murid berusia antara 11 tahun hingga 15 tahun.
Majlis Penutup BSJ Junior Camp telah dihadiri oleh Encik Roslan Shaarip,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum mewakili
Encik Zainal Abbas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; wakil-wakil KPM
dan Jabatan Pendidikan Negeri serta pengurusan BSN yang lain.
Ditubuhkan pada pada tahun 1997, BSJ adalah kelab simpanan di bawah kelolaan BSN
untuk para pelajar seawal usia 7 hingga 20 tahun membuat simpanan.
Berbeza dengan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP), BSJ tidak memberi ganjaran
kepada ahli melalui pertandingan simpanan tetapi ia menawarkan kelebihan-kelebihan
menarik kepada ahli dan salah satunya adalah aktiviti luar sekolah seperti program BSJ
Junior Camp.
IKLAN
Melalui program ini, para ahli berpeluang untuk melakukan aktiviti kem seperti Treasure
Hunt, Abselling, Water Confident, Survival cooking, Permainan Dinamik serta
Pengurusan Kewangan oleh Bank Negara. Pada tahun ini, program BSJ Junior Camp
Peringkat Kebangsaan dianjurkan pada 6 & 7 November 2019 dan Peringkat Negeri pula
dianjurkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu pada 16 & 17 November 2019
melibatkan 80 orang murid dari dua (2) negeri iaitu Terengganu & Kelantan.
“Sememangnya mandat yang didokong oleh BSN adalah untuk memperkasakan
simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti pelajarpelajar sekolah. Atas dasar itu, BSN telah menyediakan pelbagai saluran simpanan
di samping memperkenalkan skim simpanan menarik khas untuk para pelajar seperti
SGSP dan BSJ. Walau bagaimanapun, menggalakkan simpanan sahaja tidak
mencukupi. Ia juga perlu didatangkan dengan ciri-ciri atau kelebihan menarik lain agar
para pelajar terus berminat untuk menyimpan. Lagi pula, aktiviti kokurikulum seperti kem
ini adalah penting untuk membina sahsiah dan keperibadian pelajar ketika menempuhi
cabaran dan menangani masalah terutamanya skil survivor di dalam hutan,” kata
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
IKLAN
Selain aktiviti kem, BSJ juga telah mengadakan beberapa aktiviti luar sekolah yang lain
seperti Program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Petrosains
melibatkan lebih 1,000 ahli BSJ di seluruh negara.
IKLAN
Ahli BSJ juga boleh menikmati pelbagai diskaun dari rakan niaga BSJ yang dilantik
seperti Petrosains, Zalora, Lazz Marketing dan banyak lagi. Setiap ahli juga turut
diberikan perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam termasuk belanja
pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000 selain peluang untuk mendapatkan kadar
pulangan yang tinggi sehingga 1.70%.
Sehingga September 2019, lebih 327 ribu orang pelajar di Malaysia telah menyertai
BSJ. Selain itu, sebanyak lebih 9,000 buah sekolah juga telah menyertai BSJ pada
tahun ini. Jumlah ini adalah 88% daripada jumlah keseluruhan 10,208 sekolah
di Malaysia yang menyertai program SGSP. Lebih membanggakan lagi, sejumlah 1,266
daripada angka tersebut merupakan sekolah angkat BSN. Para pelajar yang ingin
menyertai program BSJ perlulah memiliki akaun simpanan BSN dan mempunyai baki
simpanan RM150, RM300 atau RM500. Para pelajar juga perlu melengkapkan borang
permohonan menjadi ahli BSJ di mana-mana Cawangan BSN berhampiran.
BSN juga terus memperkasakan lagi sikap menabung di kalangan pelajar dan pihak
sekolah melalui program-program lain seperti SGSP, BSN Educate serta Sekolah
Angkat & Buku Wang Saku (BWS) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia.
BSN juga sedang menjalankan Kempen #JomMenabung yang terbuka kepada semua
pelajar berumur 7 – 20 tahun. Kempen ini menawarkan hadiah berjumah RM140,000.
Kempen akan berakhir pada 31 Disember 2019.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan produk simpanan BSN,
sila layari www.mybsn.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan anak-anak kecil sahaja yang perlu minum susu untuk mengekalkan kesihatan, tetapi juga warga emas. Kepentingan susu tidak dapat dinafikan lagi, khasiatnya merangkumi pelbagai aspek bagi membantu seseorang kekal sihat dan bertenaga. Jangan ambil mudah tentang keperluan pengambilan susu kerana ia mempunyai pelbagai khasiat yang penting untuk tubuh badan seseorang.
Memandang serius tentang kepentingan susu buat segenap golongan masyarakat menjadi inspirasi kepada Mead Johnson, syarikat dengan kepakaran selama 110 tahun dalam bidang nutrisi berasaskan sains, pertama kalinya melancarkan produk nutrisi dewasa, susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus yang merupakan inovasi imuniti direka khas untuk orang dewasa berusia 40 tahun ke atas.
Rata-rata golongan warga emas tidak mengambil nutrien yang disarankan oleh pakar maka penghasilan susu ini adalah sebagai alternatif supaya rakyat Malaysia dari semua peringkat kehidupan boleh mendapat nutrisi yang sesuai untuk kesihatan baik.
“Kekal sihat bermaksud kekalkan imuniti yang kuat, terutamanya pada tempoh masa yang amat mencabar ini. Dengan pelancaran PROVITAL Immuna Plus, kami berharap dapat membantu orang dewasa Malaysia menjaga kesihatan dengan mengekalkan imuniti yang kuat melalui nutrisi yang sesuai,” kata Encik Gonzalo, Pengurus Besar Reckitt Malaysia, Singapore, dan Vietnam.
Memerangi Tanda-Tanda Imuniti Yang Berkurangan Dengan Tiga Perlindungan Imuniti
Susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus diformulasi dengan yis beta-glukan, selenium, dan vitamin C untuk memberikan Tiga Perlindungan Imuniti. Tiga nutrient ini membantu mengaktifkan sel-sel imun untuk membunuh patogen, meningkatkan penghasilan antibodi dan menguatkan pertahanan imun dengan menyokong penghalang sel1,2,3.
PROVITAL Immuna Plus mengandungi yis beta-glukan yang membantu menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selesema. Kajian menunjukkan bahawa yis beta-glukan membantu mengurangkan gejala saluran pernafasan atas seperti selesema, batuk dan sakit tekak.4,5 Selain meningkatkan imuniti, susu tepung ini juga merupakan formula semua-dalam-satu yang tinggi kalsium dan protein untuk membantu meningkatkan mobiliti dan kekuatan.6
Menurut kajian, sistem imun kita akan menjadi lemah apabila kita berusia. Biasanya, manusia kehilangan sebanyak 30% sel-sel imun (Sel imun CD3+) pada usia 75 tahun, akibatnya kekuatan tindak balas imun tubuh badan kita juga dikurangkan.7 Tanda-tanda imuniti yang berkurangan termasuk keletihan dan kekurangan tenaga, selesema dan batuk yang kerap, kesakitan otot, penyembuhan luka yang lambat, serta keadaan kulit yang kurang baik (seperti Ekzema).8,9
Imuniti mungkin akan berlemah apabila kita berusia, tetapi ini tidak seharusnya diterima sebagai kenyataan kerana kita sebenarnya mampu mengekalkan sistem imun yang kuat. Pemakanan yang baik dan gaya hidup yang sihat adalah asas-asas untuk meningkatkan imuniti. Sekiranya imuniti dikekalkan pada tahap optimum, separuh kedua kehidupan selepas usia 40 tahun boleh kekal menarik dan produktif.
Susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus boleh didapati dalam pek 480g dan 960g yang terdapat di pasar raya besar, farmasi dan kedai perubatan Cina di seluruh Malaysia, serta kedai dalam talian rasmi Mead Johnson. Bersempena dengan pelancaran, pelanggan dapat menikmati potongan harga sebanyak istimewa sebagai harga pengenalan khas dari bulan Julai hingga Ogos.
Untuk maklumat lanjut tentang susu nutrisi dewasa PROVITAL Immuna Plus, klik SINI atau ikuti halaman Facebook Provital Malaysia
Rujukan:
Fuller R et.al. Nutrition 2012;28(6):665-9. 2) Guillin OM et.al. Nutrients 2019. 3) Carr AC, Maggini S. Nutrients 2017; 9(11). 4) Fuller R et.al. Nutrition 2012;28(6):665-9. 5) Talbott SM, Talbott JA. J Am Coll Nutr. 2012:31(4):295-300. 6) Deer RR, Volpi E. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2015 May;18(3):248-53. 7) Qin L. et. al. Aging 2016. Vol 8 No.5. 8) Penn Medicine. 6 signs you have a weakened immune system. 9) LJFW Versprille et.al. Int. J. Environ. Res. Public Health 2019
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia.
Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak. Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.
myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari.
Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan. Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!
Jam pintar R1s ini direka oleh G-Jay Yong bersama anak perempuannya, RuFaye Yong – pengurus produk termuda yang hanya berusia 8 tahun! Jam ini merupakan perintis digital terbaharu untuk keselamatan kanak-kanak.
Syarikat ini menyedari keperluan kanak-kanak menggunakan teknologi untuk membantu perkembangan sosioemosi mereka. Pada masa yang sama, penggunaannya perlu dipantau untuk memastikan interaksi bersama orang tersayang dalam keadaan yang selamat.
“myFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Pengunaan teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan.
Kami cuba menzahirkan semula cara kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar.
Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,” kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.
Aplikasi myFirst Circle, turut dikenali sebagai “lingkaran sosial kanak-kanak yang pertama di dunia”, menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s anak mereka selain menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Aplikasi lingkaran sosial ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej, lokasi serta perkongsian sosial yang digunakan oleh kanak-kanak, ibu bapa mahupun rakan-rakan.
Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat untuk berhubung antara satu sama lain melalui myFirst Circle demi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak. Sebarang pengiklanan juga tidak dibenarkan dalam aplikasi ini.
Selain jam pintar R1s, myFirst turut mencipta beberapa produk lain seperti fon kepala aliran tulang, myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite. Teknologi pengaliran tulang itu membenarkan kanak-kanak mendengar muzik tanpa menghalang pendengaran mereka agar kekal peka dengan bunyi persekitaran. Selain menawarkan ciri-ciri pilihan teknologi selamat, myFirst turut mempunyai rangkaian produk yang boleh menggalakkan aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berjiwa seni boleh melukis dengan menggunakan myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital yang membolehkan lukisan disimpan secara digital. Di samping itu, myFirst 3dPen juga membolehkan kanak-kanak untuk mencipta kraf dalam bentuk model 3D. Kanak-kanak yang meminati fotografi pasti akan menyukai myFirst Camera.
Memandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa.
myFirst dilancarkan secara rasmi di my.myfirst.tech. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih [https://my.myfirst.tech/locate-store]
Untuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari www.myfirst.tech
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!