Perempuan hamil mengalami pelbagai perubahan pada diri. Peningkatan paras sesetengah hormon menyebabkan emosi pasang surut. Suami perlu tahu cara untuk mengendalikan situasi.
Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak pertama menyatakan perkara ini di dalam posting Instagramnya.
Foto mereka berdua dimuat naik dengan kapsyen yang manis, peringatan buat suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob tentang keadaan dirinya yang kini berbadan dua dan mungkin akan mengalami emosi pasang surut.
“Raden kena jaga hati Anje tau, perempuan mengandung ni emosi senang terjejas tauuu. Sorry kena handle emosi Anje yang pasang surut ni” ?
Ads
Kemudian Raf pula memberikan komen kepada posting itu dengan jawapan yang sangat sweet yang menyatakan yang dia menikmati setia momen kehamilan mereka.
Raf yang merupakan adik kepada Datuk Fazley telah pun mempunyai dua anak daripada perkahwinannya sebelum ini iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7 dan Raden Seri Raysaa, 3 tahun.
Para peminat Mawar memuji Raf & keberuntungan Mawar mendapat layanan yang baik semasa hamil. Ada juga yang menyatakan betapa sweetnya pasangan ini melalui kehamilan pertama mereka. Mawar juga kelihatan comel dengan baby bump dan cantik semasa hamil.
Tersilap makan cuka, kandungan pertamanya keguguran. Pada kehamilan kedua ibu ini lebih berhati-hati dalam mengatur pemakanan dan nutrien untuk kehamilan.
Puan Nisa Riduan berkongsi tentang pengalamannya dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat, episod ketiga yang bertajuk Pemakanan Semasa Hamil. Bagi pasangan yang baru berkahwin, kehadiran cahaya mata memang dinanti-nantikan.
Nisa yang yang kehilangan kandungan pertama yang ketika itu berusia lebih kurang sebulan lebih mengimbau kembali detik-detik sedih yang berlaku pada tahun 2016 itu.
TERLUPA MINUM CUKA
“Memang sejak sebelum mengandung lagi saya memang mengamalkan meminum cuka kurma. Cuma masa mengandung, ada satu hari tu terlupa tak boleh minum cuka. Saya minum malam dan keesokan pagi terus bleeding,” kata Nisa.
Saya memang menganggap kami tak ada rezeki. Minum hanya sesudu sahaja tetapi ia menyebabkan saya bleeding. Sehari kemudian baru saya pergi ke hospital untuk check up.
Doktor yang merawat menyarankan Nisa untuk merehatkan rahim selama 6 bulan sebelum hamil lagi. Rezeki sudah tersurat, Nisa akhirnya hamil lagi selepas 6 bulan dan kini si kecil sudah pun berusia 9 bulan.
HAMIL KEDUA LEBIH BERHATI-HATI
Pada kehamilan kali kedua ini, dia lebih berhati-hati. Walau pun alahan kehamilan agak teruk, Nisa mengamalkan memakan kurma dan kismis untuk tenaga.
Saya juga memakan buah jambu batu dan buah-buahan lain seperti epal. Sayur dan lauk juga turut diambil ketika mengambil hidangan nasi.
LEGAKAN SEMBELIT DENGAN MINYAK KELAPA
Sembelit memang seringkali terjadi kepada ibu ini. Ia sudah pun dilalui Nisa sejak sebelum hamil lagi namun setelah hamil ia menjadi lebih teruk kerana tidak boleh meneran.
Untuk mengelakkan sembelit berlarutan, Nisa turut mengamalkan minyak kelapa dara pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia bertujuan untuk melancarkan pembuangan air besar.
SUKA MAKAN NASI
Paling menarik, kehamilan kedua ini Nisa berselera memakan nasi. Dia memakan nasi tiga kali sehari, tapi kalau orang tawarkan lagi nasi, dia masih boleh menikmati nasi tanpa masalah.
“Nisa hantu nasi. Dalam sehari, kadang-kadang 3 kali Nisa akan makan nasi, ibu-ibu lain jangan ikut saya, tak elok untuk badan. Tapi fasa makan nasi kerap ini bertahan hanya pada trimester kedua sahaja. Trimester pertama memang kerap sangat muntah,” kata Nisa.
BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Bagi menyeimbangkan, Nisa mengamalkan untuk mengudap sajian kecil badan, kurma, buah-buahan. Ia juga meredakan sembelit yang dialaminya.
“Nisa akan pastikan dalam peti sejuk sentiasa ada stok dua benda ni. Sayur dan buah sangat-sangat penting! Serius time mengandung, Nisa kena sembelit. Baru perasan masa tu dah seminggu kurang makan sayur dan buah. Kalau rajin, saya juga buat jus, ” kata ibu muda ini.
AMBIL BAHAN ASLI & BANYAKKAN MINUM AIR
Nisa yang selamat menyambut cahaya matanya pada Jun 2018 sempat berpesan kepada ibu-ibu hamil lain mengambil kurma yang asli bukannya jus kurma bercampur gula. Amalkan meminum air masak dengan banyak, mengurangkan pengambilan makanan segera serta melebihkan buah dan sayur-sayuran dalam menu harian.
Bagi mama papa yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai pemakanan ibu hamil, boleh menonton rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat, episod ketiga yang bertajuk Pemakanan Semasa Hamil pada 26 Mac 2019, jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Tya Arifin pernah meminta ahli keluarga dan juga peminat untuk meneka jantina sebenar bayi yang dikandungnya. Tya hamil anak kedua setelah dua tahun menanti, anak sulungnya Arif Jiwa Asyraf kini berumur 2 tahun.
Semalam Tya memberi “hint” untuk mengumukan jantina bayi keduanya di instagram dengan memuatnaik sekeping gambar beserta kepsyen ringkas.
Photo tunjuk perut. Malam ini Arif nak bagitahu isi dalam perut Arif ada baby apa
Posting tersebut disusuli dengan sebuah video mengumumkan jantina bayinya yang dibuat khas untuk peminat dan ahli keluarga. Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 200 ribu dan di akhir video Tya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu.
It’s a Girl.
Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terima kasih semua.
Rakan artis turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Tya. Namun yang menarik perhatian netizen adalah riaksi Dato Siti yang sangat teruja menerima berita tersebut.
Alhamdulillah Tahniah
Girl cucu yang kedua
Mak iti sorang je excited
OMG so beautiful your family
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan pandang mudah jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sama ada sebelum atau semasa kehamilan.
Ia memerlukan perhatian khusus kerana boleh memberi kesan kepada kedua-dua iaitu ibu dan anak. Inilah antara apa yang anda perlu tahu mengenai hipertensi dalam kehamilan.
Berikut adalah beberapa jenis tekanan darah tinggi:
Hipertensi dalam kehamilan: Wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan. Tiada tanda kerosakan organ atau protein berlebihan dalam air kencing dikesan. Wanita dengan hipertensi semasa kehamilan pastinya akan menyebabkan pra-eklampsia pada akhir kehamilan.
Hipertensi kronik: Ini adalah keadaan hipertensi dalam kehamilan yang sudah wujud sebelum mengandung atau terhasil sebelum 20 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan simptom yang jelas, mungkin sukar untuk menentukan ketika mana ia sebenarnya bermula.
Hipertensi kronik dengan pertindihan bersama pra-eklampsia: Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung.
Pra-eklampsia: Ini adalah komplikasi kehamilan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. Ia boleh berlaku kepada wanita dengan hipertensi kronik atau hipertensi semasa kehamilan selepas 20 minggu kehamilan. Sekiranya tidak dirawat, boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada ibu dan anak.
Risiko tekanan darah tinggi
Terdapat banyak risiko yang dijangka bagi wanita hamil dengan tekanan darah tinggi, seperti:
Penurunan aliran darah ke plasenta: Kurang oksigen dan bekalan nutrien kepada bayi yang akhirnya mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, bahkan juga kelahiran pramatang.
Gangguan plasenta: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap keadaan ini. Gangguan yang teruk membawa kepada pendarahan yang berlebihan dan kerosakan pada plasenta.
Kelahiran pramatang: Bersalin awal mungkin penting dalam beberapa kes untuk mengelakkan komplikasi yang membawa maut.
Penyakit kardiovaskular pada masa depan: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan. Risiko boleh menjadi lebih tinggi jika ibu mengalami banyak pra-eklampsia atau kelahiran pramatang.
Rawatan hipertensi adalah penting untuk anda dan bayi memandangkan tekanan darah tinggi boleh menimbulkan komplikasi kesihatan yang serius.
Walau bagaimanapun, ubat perlu diambil dengan berhati-hati semasa mengandung kerana mereka boleh menjejaskan bayi anda. Jangan ambil sebarangan ubat tanpa mendapat nasihat dan rundingan daripada doctor.
Biarpun selepas bersalin, perhatian perlu diberikan khusus untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini.
Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).