Kehamilan

“Perempuan Mengandung Ni Emosi Senang Terjejas Tau”. Mawar Rashid Minta Suami Jaga Hatinya Semasa Hamil

Share

Perempuan hamil mengalami pelbagai perubahan pada diri. Peningkatan paras sesetengah hormon menyebabkan emosi pasang surut. Suami perlu tahu cara untuk mengendalikan situasi.

Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak pertama menyatakan perkara ini di dalam posting Instagramnya.

Foto mereka berdua dimuat naik dengan kapsyen yang manis, peringatan buat suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob tentang keadaan dirinya yang kini berbadan dua dan mungkin akan mengalami emosi pasang surut.

mawarashid Mawar cakap kat Raf

“Raden kena jaga hati Anje tau, perempuan mengandung ni emosi senang terjejas tauuu. Sorry kena handle emosi Anje yang pasang surut ni” ?

Kemudian Raf pula memberikan komen kepada posting itu dengan jawapan yang sangat sweet yang menyatakan yang dia menikmati setia momen kehamilan mereka.

Raf yang merupakan adik kepada Datuk Fazley telah pun mempunyai dua anak daripada perkahwinannya sebelum ini iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7 dan Raden Seri Raysaa, 3 tahun.

Para peminat Mawar memuji Raf & keberuntungan Mawar mendapat layanan yang baik semasa hamil. Ada juga yang menyatakan betapa sweetnya pasangan ini melalui kehamilan pertama mereka. Mawar juga kelihatan comel dengan baby bump dan cantik semasa hamil.

Sumber: mawarashid

Published by
Azma ML