Selepas dibenarkan keluar hospital awal bulan ini, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dalam proses untuk membiasakan dirinya dengan persekitaran baru dan masih banyak lagi rawatan susulan perlu dilakukan bagi memastikan dia benar-benar sihat.
Terkini keadaan Ainul menunjukkan perkembangan yang baik walaupun sebelum ini telah dimasukkan ke hospital semula ada 14 September lalu selepas seminggu dibenarkan pulang ke rumah kerana jangkitan kuman.
Menurut Ahmad Safiuddin, keadaan Ainul dari sehari ke sehari makin baik cuma sekarang Ainul masih bergantung pada mesin oksigen untuk memberi keselesaannya bernafas dan doktor turut menasihatkan supaya Ainul tidak di bawa keluar ke mana-mana kecuali hospital saja.
Pakai mesin oksigen di rumah pergerakan sikit terbatas
Dah pakai home oksigen ni lagilah susah nak keluar rumah. Nak bawa Ainul pusing-pusing dalam rumah pun tak boleh sebab mesin oksigen tu besar dan tak boleh nak bawa ke hulu ke hilir.
ARTIKEL BERKAITAN [Badan Bersemangat, Makin Banyak Akal Ainul Dah Mula Nak Beajar Makan]
Tapi alhamdulillah, nikmat mana yang mahu didustakan. Ainul sudah bebas dari ketumbuhan itu pun dah nikmat yang besar kami rasai.
Takpa Ainul. Nanti lama-lama walid harap Ainul boleh dah off dari oksigen tu. Take time anak. Tapi jangan sesekali berputus asa.
Perjalanan Ainul masih jauh
Perjalanan Ainul masih jauh. Ainul perlu follow up setiap bulan di hospital. Dan banyak lagi rawatan yang dia perlukan terutama cleft palatenya (Sumbing lelangit).
Kita selesaikan satu per satu. InshaAllah, Allah SWT akan bantu.
Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada berkongsi pembedahan untuk cleft palate ini, mungkin akan dibuat selepas Ainul dapat berat badan yang sesuai (6kg-8kg).
Kini berat Ainul pun menunjukkan kenaikan setiap bulan dan mamanya juga dalam proses untuk memperkenalkan makanan pejal pada Ainul secara berperingkat. Jika semua lancar, rasanya tiada masalah untuk Ainul menjalani pembedahan cleft palatenya selepas ini.
Terima Kasih Semua, Doa Tak Putus Untuk Ainul
Hingga kini Ahmad Safiuddin cukup berterima kasih kerana sampai sekarang masih ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ainul. Doa ini juga senjata untuk Ainul terus kuat dan membesar dengan sihat.
Dari mula-mula kisahnya dikongsi pada umum hingga keadaan terkininya selepas pembedahan, tak pernah putus doa yang dititipkan pada Ainul.
Sama-sama doa segala yang baik untuk Ainul
Sumber: IG Ahmad Safiuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI