Biarpun kes ini agak jarang diperkatakan di negara kita, tidak boleh dinafikan ia tetap ada. Masalah uri tercabut atau placenta abruption adalah keadaan kecemasan di mana uri terlepas dari lekatan dinding rahim yang menyebabkan pendarahan di belakang rahim dan di dalam uterus.
Apabila hal ini berlaku, ia boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu dan bayi yang sedihnya, boleh membawa kepada kematian. Ia biasanya berlaku selepas lapan bulan kehamilan tetapi tidak mustahil terjadi pada usia kandungan yang lebih awal.
Menurut Dr Dr Sharifah Halimah Jaafar, Pakar Obstetrik & Ginekolgi menerusi laman blognya, terdapat beberapa faktor yang membolehkan kejadian ini berlaku pada seseorang ibu yang sedang mengandung:
Apakah faktor faktor risiko uri tercabut/tertanggal sebelum masa?
1. Berurut oleh bidan traditional untuk membetulkan kedudukan bayi: Ramai ibu ibu melayu lebih suka berjumpa bidan untuk membetulkan kedudukan bayinya jika bayi didapati sonsang. Pusingan bayi secara paksa ini boleh mencederakan rahim dan uri terutamanya jika lekatan uri di bahagian depan rahim. Memusing bayi secara paksa juga boleh menyebabkan tali pusat yang pendek menarik uri semasa pusingan dibuat dan menanggalkan uri dari lekatannya.
2. Trauma: Ibu mengandung yang terjatuh atau mengalami kemalangan boleh menyebabkan uri tertanggal akibat gegaran dan kesan tirisan yang kuat. Jika ibu memakai tali pinggang keledar semasa memandu atau berada didalam kereta, impak kemalangan boleh mencederakan rahim akibat pautan tali pinggang keledar dibahagian perut ibu.
3. Merokok dan penguna kokain: Ibu yang mengamalkan cara hidup berisiko tinggi, merokok dan mengambil dadah boleh meyebabkan lekatan luar biasa uri pada dinding rahim dan ia boleh tertanggal dengan mudah.
4. Tekanan Darah Tinggi: Ibu yang mengalami tekanan darah tinggi yang tidak terkawal semasa mengandung boleh menyebabkan uri tercabut akibat pecahan salur darah dibelakang uri dan apabila darah yang terkumpul menjadi lebih besar, ia akan menolak uri dari permukaan dinding rahim.
5. Pecahan selaput tetuban yang serta merta: Ini menyebabkan air tetuban keluar dengan terlalu pantas dan deras. Daya tarikan air tetuban yang keluar serta kecutan rahim secara tiba tiba boleh menarik uri dari permukaan rahim.
Ads
Apakah tanda tanda uri tercabut?
1. Kontraksi rahim yang terus menerus: Ibu mengalami sakit pada rahim yang berpanjangan
2. Turun darah semasa hamil
3. Sakit belakang yang teramat sangat
4. Rahim mengeras tanpa henti
Apakah komplikasi uri tercabut pada ibu dan bayi?
Ads
1. Bayi lemas
2. Bayi lahir pra masa
3. Bayi mati didalam perut
4. Ibu mengalami pendarahan dalaman dan tumpah darah yang serius akibat rahim tidak boleh mengecut
5. Ibu mengalami kegagalan buah pinggang dan kejutan
Ads
6. Ibu mengalami kegagalan sistem pembekuan darah sistemik
7. Kematian ibu selepas bersalin
Bagaimanakah doktor merawat uri tercabut?
Uri tercabut adalah satu kecemasan dan mesti mendapat rawatan serta merta. Doktor boleh mendiagnosakan uri tercabut berdasarkan tanda tanda klinikal dan gejala yang ditunjukkan oleh pesakit. Jika doktor mensyaki ibu mengalami uri tercabut, doktor akan membuat persediaan untuk melahirkan bayi dengan segera.
1. Bersalin secara normal: Jika uri masih belum tercabut sepenuhnya dan bayi tidak lemas, serta pintu rahim telah membuka, ibu akan dibenarkan bersalin secara normal tetapi dengan jagaan yang sangat rapi. Jika keselamatan bayi terjejas, doktor akan membuat pembedahan segera
2. Pembedahan Cesarean segera: Jika keselamatan bayi tidak dapat dipastikan dan pintu rahim ibu tidak membuka atau kandungan masih pramatang, doktor akan terus membuat pembedahan segera untuk menyelamatkan bayi
3. Merawat komplikasi akibat uri tercabut: Doktor akan membuat pantauan rapi terhadap sistem utama ibu dan mengganti semula darah yang hilang dengan transfusi darah/platelet atau air mineral/gelufundin.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, emosi wanita sama ada ketika mengandung, berpantang dan selepas mempunyai anak agak lain. Mungkin juga sebab perubahan hormon dan juga perasaan selepas melihat anak membesar di depan mata.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Tasha Shilla menerusi program bual bicara di TV3, dia berdepan situasi dimana emosi mudah sensitif sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang. Ujarnya, meskipun sudah bersalin, emosinya sensitif dan senang menangis.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif itu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak nangis,” katanya.
Hampir tiga bulan menimang cahaya mata, pelakon berusia 34 tahun itu akui sangat gembira dan seronok sepanjang proses kehamilan sehingga bergelar ibu.
“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.
“Saya bersyukur sebab suami sayaa banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah, semuanya seronok,” katanya.
Terdahulu, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.
Kredit: rotikaya.com
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 26 Disember lalu.
Perkhabaran gembira itu diumumkan Rizky menerusi Instagramnya. Malah laporan Viva.co.id juga melaporkan Lesti selamat melahirkan bayi lelaki pramatang pada usia kandungannya baru mencecah 34 minggu dengan berat 2.2kg.
Lesti pada awalnya dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka sekitar akhir Januari atau awal Februari itu terpaksa bersalin lebih awal kerana mengalami masalah kesihatan.
“Selepas pemantauan, bayi harus dikeluarkan segera demi keselamatannya dan Lesti. Alhamdulillah bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat, lengkap tanpa kurang apa satu pun.
“Dan tangisannya yang pecah menghiasi ruangan persalinan malam itu melengkapi kebahagiaan kami. Kami berdua juga tidak dapat membendung air mata dari jatuh. Itulah berita bahagia yang ingin saya sampaikan,” tulis Rizky.
Tidak hanya berkongsi cerita di kapsyennya, bahkan Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa itu turut memuat naik sekeping foto jarinya memegang jari si comel.
Alami kontraksi yang agak kuat
Malah menerusi perkongsian pasangan ini di saluran Youtube mereka, doktor yang menyambut kelahiran anak pasangan selebriti ini turut berkongsi cerita dihubungi ibu Lesti yang menceritakan keadaan Lesti yang kurang baik.
” Ibu Lesti menghubungi saya pada 23 Disember lalu mengatakan anaknya kepenatan dan mungkin terdapat komplikasi pada kandungannya.
” Setelah diperiksa ternyata Lesti mengalami kontraksi yang agak tinggi dan memerlukan pemantauan yang rapi dan seterusnya selamat bersalin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, perkahwinan pasangan selebriti ini menimbulkan kontroversi apabila pengguna media sosial menyedari Lesti seakan hamil ketika majlis resepsi pasangan ini pada Ogos lalu.
Lesti dan Rizky Billar rupanya telah pun selamat bernikah pada awal tahun ini dan kini pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Tahniah!
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak ayah mana yang tidak bimbang bila mana anak batuk tak berhenti walau pun sudah mendapatkan rawatan dan makan ubat setiap hari.
Hati-hati, batuk anak boleh jadi bukan masalah kuman tapi alahan yang dialami oleh anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Batuk anak, kalau dah lebih 2/3 minggu masih tak baik lagi, boleh jadi berpunca dari alahan. Bukan batuk sebab jangkitan kuman. 7 tanda ibu ayah perlu tahu bila anak dapat allergic cough.
1. Kita sangka anak batuk sebab jangkitan kuman. Rupanya sistem imun anak sendiri yang bertindakbalas dengan bendasing yang masuk ke tubuh anak samada melalui hidung (bauan toksik/habuk/asap rokok) atau mulut (makan/minum tertentu contohnya yang tinggi MSG, pewarna tiruan, gandum GMO dan sebagainya).
2. Anak akan batuk secara tiba-tiba, lepas makan atau minum sesuatu, atau selepas terhidu bauan, habuk atau asap rokok. Anak akan terus batuk tak berhenti dan kerap, macam ada yang tak lepas di kerongkong.
3. Biasanya batuk kering tanpa kahak. Kalau batuk berkahak, warnanya putih, bukan kuning, bukan juga hijau.
4. Allergic cough ni tak berjangkit. Bukan disebabkan virus dan bakteria, ia disebabkan alahan. Risiko batuk berjangkit ke adik beradik lain, tak akan berlaku.
5. Selagi tak hilangkan punca alahan, selagi tu batuk anak akan susah nak sembuh. Makan ubat, berhari-hari, berminggu-minggu, antibiotik dah berapa cycle pun, masih tak sembuh. Anak alah asap rokok, tiap hari ayah masih hisap rokok, atau anak alah keropok tinggi MSG, tiap hari jugak masih makan. Memang payah batuk nak hilang kalau macam ni.
6. Usaha stop kan dulu semua jenis makanan tinggi proses, jajan, biskut, roti, air kotak, susu berperisa, gula-gula. Ini semua antara makanan dan minuman yang kerap beli kesan alahan pada anak.
7. Rawatan segera untuk allergic cough, boleh bawa anak jumpa doktor untuk ambil antihistamin. Atau kalau yang biasa dengan rawatan natural, boleh cuba habbatussauda’, honey garlic, magnesium flakes atau air kelapa. Kalau serasi, biasanya kejap je batuk anak baik. Empat remedies ni, semuanya ejen detox.
Banyak sebab boleh berlaku batuk berpanjangan. Bukan hanya allergic cough. Jika terlalu lama anak batuk, lebih 2 minggu masih belum sembuh, korang perlu bawa anak jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...