Pergi dalam keadaan yang mulanya dengan demam biasa sungguh tak dijangka. Tiada siapa sangka anak yang masih perlukan kasih sayang dan belaian dari kedua ibu bapa telah dijemput ilahi dalam keadaan yang masih belum bersedia.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Alin di facebooknya cukup meruntun hati. Hanya empat tahun dapat bersama anak perempuannya namun disebabkan demam dan sawan, Allah ambil dulu untuk tunggu di syurga.
Minta nak main pergi main pasir pantai
Mula demam dan muntah
Ads
Keadaan lebih kritikal dan perlu CPR
Memandangkan keadaan Alya masih lemah dan demam belum kebah walaupun diberikan ubat demam yang ada dirumah, Norazlin mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke klinik mendapatkan rawatan susulan.
Ketika itu doktor di klinik telah membuat ujian darah dan semuanya ok. Ketika periksa dalam mulutnya hanya ada bengkak di tonsil. Dengar penjelasan doktor rasa lega sangat.
Ads
Namun selepas pulang ke rumah, tiba-tiba Alya terkena sawan dan menyebabkan kami terus membawanya ke hospital.
Selepas menerima rawatan, Alya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan keadaannya bertambah kritikal.
Ads
Meninggal di hari lahir daddy
Apa yang menyedihkan, anak yang menjadi suka dimanja sebelum ini akhirnya telah menghadap Ilahi pada hari lahir bapanya iaitu 31 Oktober yang lalu. Sungguh cepat pemergianmu sayang. Mummy dan daddy belum puas lagi.
Namun kami reda Allah adalah sebaik-baik perancang dan bergembiralah di syurga sana.
Salam takziah untuk Puan Norazlin sekeluarga. Moga pemergian Alya ini akan menjadi asbab untuk dia bawa kedua ibu bapanya ke syurga.
“Apa salah Adam Rayqal sampai sanggup buat macam tu sekali. Tak ada sikap perikemanusian hingga sanggup bunuh dan letak dalam peti sejuk”.
Ini antara luahan dari orang ramai selepas bayi berusia 5 bulan ditemui dalam keadaan menyayat hati dirumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves malam tadi susulan bapanya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi memberitahu di facebook berita kehilangan Adam petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya
Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
“Mayat bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Lepas Beberapa Jam Bunuh, Promote Servis Jaga Budak Lagi
Apa yang menimbulkan kemarahan netizen, pengasuh yang disyaki bunuh Adam Rayqal itu boleh lagi promote servisnya untuk mengasuh anak dalam group pengasuh. Seolah-olah tiada rasa bersalah langsung.
Rata-rata netizen berharap pengasuh ini dapat di bawa ke muka pengadilan. Ramai yang berpendapat, pengasuh yang betul-betul mahu menjaga anak kena ada sifat keibuan, lebih-lebih lagi bayi.
Kalau tiada pengalaman, tak ada sifat keibuan, kasih sayang dan kesabaran lebih baik jangan mengasuh dari awal walaupun kerja ini nampak macam mudah.
Setakat nak dapatkan wang setiap bulan tapi bukan dengan niat ikhlas akan berlaku pengabaian dan anak kecil jadi mangsa.
Sumber: Metro & Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi TV AlHijrah semalam, program Analisis yang dikendalikan oleh Finaz Yunus dengan tajuk Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor turut menjemput dua panel iaitu Prof. Dr. Imelda Balchin dan Freelance Doula, Hayati Muzaffar untuk membincangkan tajuk hangat ini.
Finaz Yunus telah membuka program tersebut dengan penuh berfakta dan menyebut angka statisik tentang kematian ketika kelahiran yang semakin meningkat di negara ini.
“Ketika negara telah mencapai peratusan negara selamat yang diiktiraf oleh pertubuhan WHO, angka kematian tidak selamat pula semakin membimbangkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr Nor Hisham Abdullah, sejak 2014 peratusan kelahiran tidak selamat kurang daripada 0.5 peratus bagaimanapun berlaku kelahiran tidak selamat dimana 2 kelahiran dilaporkan pada 2014 dan 2015.
Angka meningkat kepada 6 kelahiran pada 2016 dan 7 kelahiran pada 2017. Akibat kelahiran tidak selamat 3 kematian bayi baru lahir dilaporkan. Ramai mengaitkan kes kematian berisiko tinggi ini dengan Doula?”
Ramai Yang Keliru antara Doula Dan Bidan
Menurut Prof. Imelda, “Doula adalah seorang peneman, kalau gunakan istilah doula ia bukan sahaja seorang peneman seperti suami, ibu atau kakak semasa kelahiran. Kalau kita gunakan istilah doula zaman sekarang ialah seorang yang profesional, bermakna dia mengenakan bayaran untuk perkhidmatan meneman. Perbezaanya doula hanya boleh meneman dan bidan ialah pengamal kesihatan yang terlatih untuk menyambut kelahiran bayi dan untuk menjaga kesihatan ibu sebelum dan selepas kelahiran.
Menurut Akta bidan 1966 hanya bidan bertauliah dan doktor sahaja dibenarkan menyambut kelahiran bayi.”
Menurut Puan Yatt pula, beliau tidak mewakili Doula 1 Malaysia dan mengakui memberi khidmat peneman tanpa bayaran. Bila ditanya oleh hos, berapa jumlah ibu yang beliau temani setakat ini, beliau menjawab “saya tak kira, tapi ramai”
Doula Extreme
Menurut Puan Yatt setelah hampir tiga kali soalan yang sama diajukan, beliau menjawab mungkin salah tanggapan, itu hanya label sahaja.
Di Negara barat
Menurut Prof. Imelda, di negara barat, Doula memberikan kesan kepada ibu, kajian menunjukkan 84% ibu sebenarnya mengalami stress kerana akan menjadi ibu mungkin buat kali yang 1. Doula sangat penting untuk mengurangkan stress ibu disamping bidan dan doktor yang terlatih.
Perbezaan Doula Malaysia VS Negara Maju;
Di negara maju terdapat persatuan Doula yang memantau kegiatan dan memastikan Doula memberikan kualiti perkhidmatan, menjalani kursus yang diberi pengesahan dan diiktiraf oleh pihak kesihatan.
Apa yang Doula tidak boleh lakukan?
Bagi nasihat perubatan
Tidak boleh bagi birth plan
Doula perlu kerjasama dengan doktor dan ibu
Wujud Doula Extreme di Malaysia?
Doula di Malaysia tidak ada persatuan yang memantau kegiatan Doula, Mereka tidak ada kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika Doula Malaysia ingin mengikut seperti negara maju, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan, mereka perlu dipantau dan perlu menghadiri kursus yang diiktiraf oleh KKM.
Penutup rancangan Oleh Hos dengan penuh berfakta
Selagi seorang Doula itu menjalankan tanggungjawab dengan hanya memberikan sokongan dari segi emosi, sokongan fizikal tanpa menasihati ibu melahirkan dirumah selagi itu jasa Doula kita perlu hargai.
Pada februari 2018, Mufti Wilayah Persekutuan Dato Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri juga telah menyatakan khidmat Doula tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih. Melakukan sesuatu yang membahayakan akan mecalarkan kehormatan dan juga melibatkan harta dan nyawa umat islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan Allah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara salah faham info yang tular di media sosial sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, orang ramai terlebih dahulu membeli stok makanan dalam kadar yang banyak berbanding biasa.
Makanan yang menjadi tumpuan ialah makanan dalam tin, tepung, beras dan mi segera di dapati telah habis dijual. Malah orang ramai lebih dari kebiasaannya kelihatan sedang beratur panjang untuk membayar.
Sanggup beratur panjang
Berdasarkan gambar yang di muat naik di Facebook, ramai pengguna yang mengambil kesempatan memborong keperluan asas seperti tisu dan makan segera bagi membuat stok selama berada di rumah. Orang ramai dilihat membanjiri pusat beli-belah di sekitar tempat tinggal mereka.Stok makanan habis
Bahan mentah masakan seperti ayam, nugget segera turut diborong pengguna yang panik dengan keadaan gelombang wabak Covid-19 ini. Tidak terkecuali, roti-roti habis diborong. Sikap berbelanja dalam keadaan panik ini tidak wajar berlaku kerana Malaysia belum lagi sampai tahap perintah berkurung.
Jangan panik, jangan cemas. Bekalan makanan cukup!
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat dinasihatkan jangan terlalu panik dan cemas untuk membeli barang keperluan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Ini kerana pasaraya, pasar awam, kedai runcit, farmasi dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian tidak ditutup.
Beliau memberi jaminan bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka, adalah mencukupi.
“Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga, masyarakat dan negara kita,” katanya dalam perutusan khas mengenai kawalan penularan COVID-19.
Selan itu, Perdana Menteri turut menasihatkan semua rakyat supaya tidak panik, jangan cemas dan sentiasa tenang sepanjang langkah sekatan yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau yakin langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan mampu menyekat penularan wabak dalam masa terdekat.
“Kita telah melihat beberapa negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan COVID-19,” katanya.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...