Siapa sangka, hasrat seorang ibu, Izzati Najah Amran, 26, untuk menatap wajah anak sulungnya tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Izzati Najah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.58 petang kelmarin di Hospital Pulau Pinang dan jenazahnya dikebumikan jam 11.40 malam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tengah, Pendang, Kedah.
Berkongsi kisah memilukan itu, kakak iparnya, Syahidatul Adha Khosim, 27, berkata, Izzati Najah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu sebagai persediaan kerana hampir tiba masanya untuk melahirkan cahaya mata.
Dah ada tanda bersalin, buat ujian saringan positif
Bagaimanapun, Syahidatul Adha berkata, adik iparnya itu disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan di hospital.
“Sehari sebelum itu iaitu pada Rabu, arwah dan suami, Aiman Zuhaili Azman@Asri, 26, pergi ke hospital.
“Keesokan harinya, arwah pergi ke hospital sekali lagi kerana sudah sakit untuk bersalin, tetapi perlu melalui ujian saringan dahulu namun keputusannya positif Covid-19 yang menyebabkannya dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Syahidatul Adha berkata, keadaan Izzati Najah yang hamil menyebabkan doktor terpaksa mengeluarkan bayi dalam kandungan secara pembedahan kira-kira jam 5 pagi, Jumaat lalu.
Bayi sihat, bebas Covid
Menurutnya, pada petang keesokan harinya, Izzati Najah diintubasi untuk membolehkannya mendapat bantuan pernafasan dengan mesin ventilator kerana paras oksigen menurun.
“Alhamdulillah, arwah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lily Ellyyna.
“Bayi dalam keadaan sihat dan bebas Covid-19 tetapi masih di hospital.
Ads
“Cuma apa yang menyedihkan apabila arwah tidak sempat menatap dan memangku anaknya kerana tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia,” katanya.
Syahidatul Adha berkata, Aiman Zuhaili paling terkesan kerana tidak dapat menatap wajah dan menguruskan jenazah Izzati Najah buat kali terakhir kerana menjalani kuarantin di rumah.
Katanya, hanya abang Izzati Najah, Mohd Izhar, 30, dan adiknya, Mohd Izham Amran, 20, dibenarkan menguruskan jenazah dengan lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sementara beberapa ahli keluarga lain berada di tanah perkuburan tetapi pada jarak yang jauh.
“Sedih kerana mereka (Izzati Najah dan Aiman Zuhaili) baharu menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 19 Julai lalu dan kedua-duanya teruja menanti masa untuk menimang cahaya mata sulung.
“Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya dan mahu atau tidak, kami sekeluarga perlu reda malah bersyukur kerana dapat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah ketika doktor membuat panggilan video sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk membelikan anak-anak anak patung sebagai permainan. Tak kurang juga ada yang membeli pelbagai jenis patung sebagai koleksi ataupun perhiasan.
Namun anda harus berhati-hati kerana patung yang cukup sifat walaupun tidak bernyawa sebenarnya boleh mengundang jin untuk menumpang di dalam patung tersebut. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Zulaffendi Mohamad ketika mengubati pesakitnya.
2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut dok perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah *Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur *Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih tidak mengerti apa yang terjadi, anak kecil anggota polis dan isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada Selasa masih memanggil nama bapanya ketika tiba di Kampung Repek, di sini.
Muhammad Arfan Rizqi, 1 tahun 10 bulan tidak lepas menyebut nama bapanya yang dipanggil Abi sepanjang didukung ahli keluarga ketika menyambut ketibaan jenazah Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30 dan isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 yang tiba di kampung ini jam 1.01 pagi tadi.
Jenazah kedua mereka selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Rekang Hilir, jam 2.20 pagi.
Ibu Asyikin, Fauziah Dollah berkata, dia akan menjaga anak pasangan itu memandangkan dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, hanya tinggal bertiga bersama seorang lagi cucu berusia 10 tahun.
Katanya, dia mengetahui mengenai kemalangan itu ketika berada di rumahnya di Kampung Kadok, Ketereh.
Ibu Asyikin, Fauziah Dollah berkata, dia akan menjaga anak pasangan itu memamdangkan dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60 hanya tinggal bertiga bersama cucu berusia 10 tahun.
“Saya rasa kami bawa balik dulu Rizqi, biarlah saya jaga, anak-anak yang lain dah bekeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Rekang Hilir, di sini.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok turut hadir memberi penghormatan terakhir.
Dalam kejadian jam 7.59 pagi semalam, Syakiran dan isteri terbabit dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori ketika mahu ke tempat kerja.
Syakiran meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya maut di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pelakon Mira Filzah memaklumkan bahawa dia bersikap terbuka jika anak lelakinya, Wan Khair Amir, 1, diberi peluang menjadi Duta produk tertentu.
Namun, Mira akui perlu teliti komitmen yang diberikan kepada Amir dari segala aspek.
“Bergantung kepada sesetengah jenama, mungkin komitmen juga. Apa-apa komitmen pun kalau dia nak melibatkan Amir pun kena tengok juga.
“Kena tengok photoshoot, video shoot Amir okay ke? Berapa kali? Media sosial dan lain-lain. Akan dipertimbangkan,”
Ditanya kebersediaan Mira jika anaknya ditawarkan untuk menjadi duta, dia mengakui anaknya mudah untuk beri kerjasama dan akan mempertimbangkannya.
“Macam Amir, Mira pernah shoot untuk Coway punya produk posting media sosial, Masa itu dia (Amir) berusia enam bulan dan sangat beri kerjasama sebab tak boleh berjalan lagi. So, okay Alhamdulillah.
“Kalau ada in future nak melibatkan dia (Amir), saya boleh pertimbangkan sebab Amir pada pemerhatian saya suka kamera. So, dia mudah untuk bekerja dengan kamera. Nampak senang bagi kerjasama,” ujarnya lagi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...