“Pergi Mana-Mana Pun Orang Tak Pernah Cakap Buruk Pasal Mama..” Shiera Ijoy Menangis Dengar Ucapan Anak-Anak

Share

Shiera Ijoy menangis dengar ucapan dari anak-anaknya baru-baru ni di rancangan realiti “oh mummy “ di tv3 yang berkisarkan tentang keluarga Sharifah Shahirah (shiera ijoy) dan ijoy dalam membesarkan 5 orang anak yang pelbagai kerenah. Sering melihat Shiera dengan personalitinya yang riuh dan happy-go-lucky tapi bila dia menangis terharu membuatkan warganet tersentuh hati.

“Boleh tak kalau kita luangkan masa lebih banyak bersama berdua? main dalam hujan ke, main bola ke apa..” 

“Mama.. thank you for teaching me how to be selfless like you..”

“Sya nak apa-apa mama bagi..” 

@ichiw0n Ucapan anak2 untuk @shieraijoy #ohmummy #seindahkasih #tv3malaysiaofficial #ramadhan2023🕌 #puasa2023🕌 #raya2023 #syawal2023 #aidilfitri2023 #viralmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – ichiw0n

Pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah,  digemari oleh penonton dan warganet kerana walaupun dia seorang ibu yang tegas dalam mendidik anak namun dalam masa yang sama sentiasa menyokong minat dan memahami kehendak anak.

 

Sumber: Instagram Shieraijoy

Pasangan selebiriti ini telah mendirikan rumahtangga selama 20 tahun dan membesarkan 5 orang anak iaitu Alisya, Airel, Aira, Aura dan Adeena. 

 

Rata-rata warganet meninggalkan komen pujian kepada pasangan suami isteri ini kerana memaparkan sisi keibubapaan yang baik sehingga dapat membesarkan anak-anak yang terbuka dalam memaparkan emosi, matang dan jujur.

Antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet: 

 

Semoga keluarga Shiera Ijoy bahagia selalu dan anak-anak dapat membesar dengan baik dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih Shiera Ijoy berkongsi realiti sebenar beliau membesarkan 5 orang anak.

Published by
Humaira