Kenapa masih ada ibu bapa yang menakutkan anak-anak mereka dengan ‘ada hantu’ semata-mata untuk memudahkan urusan parenting. Kesannya, anak-anak akan menjadi seorang yang sangat penakut.

Menurut Najmi Nawawi, teknik parenting dengan cara menakutkan anak-anak akan hantu akan memberi kesan buruk pada mereka. Ingatlah anak-anak mempunyai daya imaginasi yang sangat hebat. Cerita-cerita yang diada-adakan akan dibayangkan oleh anak-anak dengan 100% benar dalam minda mereka.

“Pergilah Ada Hantu”… Jangan Biasakan Ugut Anak Cara Ni, Besar Jadi Penakut

Bahkan ia juga boleh membawa kepada kesan jangka masa panjang terhadap ‘psychological consequences’ khususnya ketakutan kepada tempat-tempat gelap secara melampau.

Ia umpama sebuah ‘psychological scars’ yang akan memberi kesan kepada anak sampai bila-bila seumur hidup mereka. Kasihanilah anak-anak, kenapa kita perlu takut-takutkan mereka dengan hantu, semata-mata untuk memudahkan urusan kerja kita.

Ads

Jika kita berterusan menakutkan minda kecil mereka itu dengan hantu, ia akan terus mempengaruhi minda ‘subconscious’ dan ‘unconscious’ anak-anak yang seterusnya boleh membawa kepada risiko penyakit mental yang lebih menyedihkan.

Kita tidak tahu kemampuan penerimaan anak-anak terhadap apa yang kita ceritakan kepada mereka. Lebih-lebih lagi cerita-cerita itu datang daripada mulut ibu bapa mereka sendiri.

Umpama melontarkan batu ke dalam laut, kita tidak tahu sedalam mana batu itu akan tengelam. Maka berhati-hatilah dalam bercerita atau menakutkan anak-anak.

Ads

“Pergilah Ada Hantu”… Jangan Biasakan Ugut Anak Cara Ni, Besar Jadi Penakut

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Kerana antara kesan menakutkan anak dengan hantu ialah insomnia, tidur dengan tv terbuka dan lampu tidak ditutup. Masalah dalam akademik kerana anak gagal untuk fokus di dalam kelas dan banyak lagi.

Ads

p/s : Ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak. Banyak lagi cara lain untuk pastikan anak mendengar kata, tolong jangan guna cara takutkan anak dengan hantu.

Sumber: Najmi Nawawi (Penulis Buku, Motivator)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI