“Pergilah Qaid, Ami dan Ayah ok. Pergilah sayang. Nanti kita jumpa ya.”
Itulah ucapan paling berat yang terpaksa dilafazkan oleh seorang ibu yang tidak sanggup melihat bayinya terus tersiksa dan menanggung penderitaan.
Walaupun berat hati ibu hendak melepaskan bayinya pergi namun terpaksa juga merelakannya.
Seorang ayah, Qawiem Hmzn yang menyaksikan perjalanan hidup bayi keduanya yang menghidap komplikasi kesihatan sejak lahir pada 10 Februari lalu berkongsi detik pemergian anak tersayang.
Qaid Hadid berusia 3 bulan mengalami masalah saluran pemakanan tidak bersambung (tracheoesophageal fistula) dan turut menghidap jantung berlubang.
“Dia ditempatkan di Unit Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Kuala Lumpur dan hingga kini sudah menjalani lima pembedahan bermula dengan proses penyambungan esofagus dan usus.”
Assalamualaikum, semalam tepat jam 10.06am bertempat di Wad PICU, terpahat la satu episod yang belum pernah saya rasa sebelum ini. Anakanda kesayangan saya Qaid Hadid (Pemimpin Besi/Kuat) telah kembali menghadap Allah.
KRONOLOGI:
27 mei, Jam 9pm isteri saya menerima panggilan untuk datang ke hospital segera.
Setibanya kami di hospital kami masuk ke dalam bilik Qaid, kami lihat Team PICU sedang berhempas pulas untuk selamatkan Qaid dan kami diminta keluar.
12 malam, doktor memaklumkan kepada kami keesokan harinya Qaid bakal dibedah, kerana ususnya bocor, kami akur dan mengharapkan semua selamat.
1.00 am : Doktor kembali dan bagitau “we try not to lose him” , saya dan wife bingung..
2 am : Doktor kembali lagi, “kami cuba sedaya upaya, kita tgk mcm mana semangat Qaid but i dont think he can pull through this episode”
Dalam hati aku Allah! Allah! Allah!
Jam 3am Kami dipanggil untuk tengok Qaid, so kami masuk and tengok Qaid, pucat dan dah tak sedarkan diri. Aku macam tak tahu nak rasa apa, then Dr Mas (head of PICU) panggil kami masuk office, muka dia macam nak cakap tapi tak sampai hati, “guys, i dont think he’s gonna make it” then Dr Mas suruh kami spend time dengan Qaid, tidur dengan dia, Dr jugak suruh semua family members datang and tengok Qaid.
-cut it short-
Dari jam 3 am sampai 7 am sedara mara dah kumpul tengok Qaid, Kaki Qaid mula biru/purple naik sampai ke pinggang, nafas Qaid mula menurun,
Jam 9, Qaid dan ada dipangkuan Hanis, dengan wire, bacaan dari 66 naik ke 91, 92. Qaid masih melawan walaupun nazak. Hanis pujuk Qaid,
“pergilah Qaid, Ami dengan ayah ok, pergilah sayang, you can go now, ami ok ayah ok abang qaiser ok..Nanti kita jumpa ya” sambil cium berkali kali Qaid yang semakin pucat
“Qaid sayang terima kasih teman ami ya? Jangan lupa ami ayah Qaiser family dan semua yang doakan Qaid ya sayang..stop fighting..u can rest now..just go Qaid..it’s ok” mengalir air mata isteri sambil menyebut
Semua membaca Al fatihah bersama-sama di sisi Qaid yang telah tidak bernyawa.Berakhirlah episod Qaid didunia.
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid di dunia untuk menyedarkan kami, keluarga adalah segalanya.
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid untuk beritahu rakyat Malaysia sangat pengasih dan penyayang.
Sekarang Qaid dah sampai ke taman syurga, mungkin dia berlari, berkejaran dengan kawan-kawan dia, senyum dan ketawa wallahualam, kuasa Allah,
Tapi apa yang pasti, Qaid berterima kasih dan kenang jasa mereka yang mendoakan, yang beri semangat kepada ayah dan aminya, yang menyumbang dalam pelbagai bentuk pertolongan, dan pasti ada ganjaran yang kita belum tahu bentuk apa.
Saya doakan kita semua temui jalan ke syurga supaya kita semua dapat bermain bersama QAID HADID
Al-Fatihah
Sumber: Qawiem Hmzn