Perginya di hari Jumaat selepas pulang menuntut ilmu! Itulah janji Allah buat adik Nur Alisha Safiya, 7 tahun murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di hadapan sebuah pusat transit di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (12 November).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at, berkata dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu van iaitu perempuan berusia 31 tahun yang baru selesai menurunkan penumpang, memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melanggar mangsa yang juga merupakan penumpang van tersebut.
“Mangsa pada ketika itu sedang melintas di hadapan van yang dipandu oleh pemandu terbabit.
“Sebelum kejadian, mangsa telah diambil oleh pemandu van tersebut dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dihantar ke Unit Kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang tadi.
Beliau berkata, pemandu van sekolah tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hormati perasaan ahli keluarga arwah
Memandangkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu, tular di media sosial sejak petang semalam (Jumaat), ramai yang memohon untuk tidak menyebarkannya.
Ini bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa yang masih lagi bersedih dengan kehilangan arwah yang pergi secara mengejut. Walaupun takdir ini yang telah ditentukan oleh Allah, namun perasaan ibu bapanya pasti masih berduka.
Salam takziah dan semoga rohnya tenang di sana dan tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa. Amin.
Kredit: Astro Awani; Facebook
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI