Beliau merupakan tokoh agamawan yang sememangnya disegani. Pentas ceramah beliau sering kali dilimpahi lautan manusia. Setiap baris ayat yang dituturkan menjadi perhatian ramai, malah apa yang disampaikan juga selalu dijadikan rujukan dan panduan.
Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.
“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.
“Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala,” kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.
Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.
Ads
Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Ads
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Ads
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah.
Sumber: Astro Awani & BH online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga. Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan. Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapan rezeki anak bukanlah di tangan kita. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah.
Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin banyak benarnya. Dalam rumah tangga, jangan hanya menyalahkan isteri sahaja bila kita lambat dapat anak. Baik suami atau isteri, sama-sama mainkan peranan yang besar untuk menentukan isteri hamil. Pun begitu semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Jadi suami, rakan-rakan dan saudara mara janganlah hanya menuding jari pada isteri.
Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita tapi Allah tak janji yang bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak. Allah tak janji.
Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia.
Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yang sangat menyentuh hati, dapat membuatkan mereka yang belum dapat anak lagi terasa bila diajukan soalan begini. Namun jangan salahkan isteri semata-mata jika kita belum lagi dapat anak.
Sebab?
Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif. Banyak perkara yang berhubung rapat dan saling berkait dengan kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya.
Don’t put the blame on women only…
Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik-makcik bawang. Asal lambat dapat anak je, mesti isteri yang kena, asal tak dapat anak je, isteri tu mandul, seolah-olah penyebab utama itu 100% dari isteri sahaja. Baik lelaki dan wanita, dua-dua ada potensi untuk mengalami masalah kesuburan. Jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, jangan ego, jangan salahkan isteri dan jangan berbalah menuding jari.
Jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak pada anda. Allah akan bagi bila anda bersedia, perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserah.
InsyaAllah, hanya masa yang akan menentukan segalanya…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ingin memupuk sikap yang baik dalam diri anak-anak, perlulah bermula dari awal. Seperti yang dikongsikan ibu ini, Sue Farahanis di laman TikTok, tentang minat anaknya terhadap kucing. Bahkan anaknya mudah rasa tersentuh apabila melihat kucing-kucing jalanan.
Pergilah ke mana-mana pun, anaknya itu sangat disukai kucing. Kucing-kucing terbiar akan datang kepadanya. Tambah ibu ini, anaknya akan merayu untuk membawa pulang semua kucing jalanan yang dijumpai. Tetapi mereka hanya akan membawa pulang kucing yang cedera balik ke rumah untuk diberi makan serta dirawat.
AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK
Ada seekor kucing yang selalu ‘dikunjungi’ keluarga ini, jadi anaknya minta untuk membawanya pulang. Tambah sedih kerana anak kecil ini cukup risau kucing itu dibiarkan tanpa diberi makan.
@suefarahanisSELALU SU JA AKAN BG MAKANAN. XBOLEH BAWAK ABG LONG.NANTI JADI MACAM NI LA.DIA XBOLEH TERIMA ORG BUANG KUCING MERATA TMPT##pencinta_kucing##fypシ##fyp #
Bagusnya adik ni, kita doakan mereka sekeluarga diberkati Allah SWT dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga berkekalan sikapnya yang baik hati dan suka membantu kucing-kucing terbiar ini.
Buat anak sukakan haiwan, gunakan kaedah ini. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk melupakan kenangan bersama orang tersayang. Namun begitulah hakikat yang dilalui oleh balu allahyarham Abam Bocey, Hidayah apabila dia meluahkan rasa sebak apabila melihat kereta yang pernah dinaiki bersama arwah suami di jalan raya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Hidayah dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya itu, kereta itu banyak kenangan kerana arwah suaminya membeli kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ketika mereka masih bersama untuk keselesaannya bersama anak.
Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini la kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.