top iman

Kehidupan si kecil yang bernama Muhammad Iman Al Khausar Ismail berubah selepas kepalanya terhantuk di kerusi 10 bulan yang lalu. Kisahnya tular di media sosial kerana insiden yang berlaku kepadanya pada tahun lalu.

Namun semalam penderitaan yang ditanggung sudah berakhir apabila Iman telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat 19 Jun 2020.

Perginya Pada Hari Jumaat Yang Mulia. Selepas 10 Bulan Menderita Akibat Terhantuk Pada Kerusi, Akhirnya Adik Iman Pergi Jua. Al-Fatihah

Berita sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada adik Iman iaitu Nursasabila Kamarulzaman menerusi akaun Facebooknya yang memaklumkan bahawa anak kesayangannya yang baru sahaja berusia 3 tahun itu telah pulang ke Rahmatullah. Lebih meruntun hati apabila mengetahui adik Iman ini sebenarnya anak tunggal dalam keluarganya. Pemergiannya merupakan satu tamparan hebat buat Nursasabila dan suami.

Perginya Pada Hari Jumaat Yang Mulia. Selepas 10 Bulan Menderita Akibat Terhantuk Pada Kerusi, Akhirnya Adik Iman Pergi Jua. Al-Fatihah

Ads

Muhammad Iman Al Khausar merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. Tanggal 17 September 2019 merupakan detik ‘hitam’ buat adik Iman apabila kepalanya telah terhantuk pada kerusi ketika bermain. Insiden itu telah mengubah nasib anak kecil ini dalam sekelip mata sahaja.

Perginya Pada Hari Jumaat Yang Mulia. Selepas 10 Bulan Menderita Akibat Terhantuk Pada Kerusi, Akhirnya Adik Iman Pergi Jua. Al-Fatihah

Ads

Difahamkan juga, adik Iman disahkan menghidap kanser saraf tahap 4 pada 22 Oktober 2019 iaitu sebulan setelah dimasukkan ke hospital berikutan hentakan di kepala dan menyebabkan pendarahan. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di kepala dan belakang matanya. Setelah hampir 10 bulan menderita, anak syurga ini telah ‘berehat’ dan kembali kepada pencipta-Nya.

Menjengah ke ruangan Facebook Nursasabila Kamarulzaman, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah buat adik Iman dan keluarga. Dalam kesempatan itu juga, mereka berharap agar keluarga arwah terus tabah dan kuat menerima dugaan yang diberikan ini.

Ads

Perginya Pada Hari Jumaat Yang Mulia. Selepas 10 Bulan Menderita Akibat Terhantuk Pada Kerusi, Akhirnya Adik Iman Pergi Jua. Al-Fatihah

Takziah diucapkan kepada keluarga adik Iman, semoga tabah dan kuat menghadapi ujian kehilangan ini. Semoga Iman tenang bersama Sang Pencipta. Al-Fatihah.

Sumber: Nursasabila Kamarulzaman

Artikel berkaitan: Sekarang Badan Iman Dah Tak Boleh Terima Ubat, Mohon Terus Doakan Dia Kuat!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI