Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak sukakan ayam goreng. Sebagai ibu, sudah tentu kita mahu sediakan sendiri untuk mereka. Jika mahu dibeli dari restoran makanan segera, mahal pula harganya. Lagi pula, kebanyakan ibu sekarang lebih suka memasak sendiri kerana kualiti makanan lebih terjamin.
Walaupun begitu, kadang-kadang khuatir juga ketika mahu beli ayam mentah di pasar raya. Selain risau dengan cara penyembelihannya, kita juga selalu rungsing memikirkan sama ada ayam yang dibeli itu disuntik atau tidak.
Artikel Lain: [Minum Je Jus Epal Hijau Campur Lemon & Timun Ni. Kenyang, Dapat Elak Makan Malam!]
Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka menyenaraikan ciri-ciri ayam yang disuntik. Bolehlah dijadikan panduan.
Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.
Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.
Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.
Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.
Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air:
Artikel Lain: [Tak sedar Anak Guna Cotton Bud Korek Telinga Sampai Berdarah. Tahu-Tahu Dah Menangis]
Ayam suntik adalah ayam yang disuntik tambahan air pada bahagian dada, paha dan punggungnya sehingga ayam bersaiz kecil akan nampak besar.
Perhatikan dengan teliti, ketika anda mahu membeli ayam mentah jika banyak air yang menitis apabila ia digantung atau diangkat. Selain itu, ayam yang disuntik mempunyai kulit yang kelihatan berkilat dan tidak kesat.
Ayam yang disusun atau diletakkan dalam pinggan, akan ada air yang bergenang di sekitarnya. Apabila dimasak pula, anda boleh perhatikan isinya mengecut atau mengeluarkan air yang terlalu banyak.