Kanak-kanak adalah golongan yang sukar untuk kita fahami, lebih-lebih lagi jika ini pertama kali anda bergelar ibu bapa. Banyak perkembangan anak-anak yang bakal anda lihat dan kadang-kala diluar jangkaan kita sebagai orang dewasa.
Dibawah usia satu tahun, anak akan mula menunjukkan minat pada objek yang bergerak. Dia juga mula sedar bahawa objek tersebut boleh dibaling, dicampak, ditendang. Bagi sesetengah ibu bapa, membaling barang adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan. Tetapi apa kaitan membaling barang dengan perkembangan motor skill anak-anak? Sehingga umur dan perlu ditegur? Ikuti perkongsian daripada pakar keibubapaan dan kekeluargaan, Ibu Rose.
Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya.
Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.
Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.
Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.
Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat sentiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.
Anda dapat sesuatu?
Salam Kasih
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)