Perhatikan Tanda Awal Pada Anak Seperti Pandai Melambai, Faham Arahan. Itu Tanda Dia Akan Mula Bercakap

Share

Ramai ibu bapa yang dah buntu nak buat aktiviti apa lagi di rumah ketika tempoh PKP untuk merangsang supaya anak bercakap.

Banyak aktiviti boleh dilakukan dirumah sebenarnya, tak perlu mainan mahal pun untuk tolong anak bercakap. Ini antara contoh aktiviti yang oleh dilakukan;

  1. Ibu ayah kena main sama-sama dengan anak. Untuk ajar rangsangan bahasa kalau dia main sorang tak capai la objektif kita untuk dia bercakap. Mesti ada pertuturan 2 hala. Contoh dekat rumah ada kereta mainan, cuba kreatifkan guna dalam situasi dalam cara berbeza.  Bagi anak berimaginasi, lakonkan sesuatu (pretend play)
  2. Guna aktiviti harian untuk ajar anak bercakap. Kena ada interaksi dengan anak, Contohnya ajak anak bantu kita buat kerja rumah. “jom tolong mama basuh kain” masa anak angkat bakul ajar anak sebut “angkat bakul”, ajar perkataan “kain,baju,mesin”. Apa sahaja aksi anak dan kita tengah buat kita jadikan perkataan dan ajar terus anak ketika itu.

Biasanya kanak-kanak mula bercakap pada umur 1 tahun ke 1 tahun setengah (range umur) patut ada perkataan pertama yang penting ada makna. Contoh ada makna, bu (ibu) sambil memandang kearah ibunya. Tapi kalau anak pelat itu biasa. Anak 1-2 tahun pelat perkara biasa.

Cara nak kesan anak ada masalah percakapan

Lepas umur 1 tahun setengah masih tak sebut perkataan sudah melangkah ke kategori anak lambat bercakap.

Tanda-tanda anak akan mula bercakap

Tanda awal untuk kanak-kanak mula bercakap bila dia mula faham arahan. Contoh dia boleh bagi bila kita minta “mama nak” dan anak bagi.

Dia mula boleh tiru gaya, contoh “bye” dan anak melambai. Kita tunjuk, anak mula meniru untuk menunjuk.

Dia mula tiru bunyi “meow” ini antara tanda-tanda dia nak mula bercakap. Tapi kalau ini semua tak ada kita risau kanak-kanak ini akan ada kelewatan bahasa selepas umurnya 1 tahun setengah.

Selalunya anak umur 2 tahun sudah boleh menyebut secara minimum 50 perkataan.

KERAP BERBORAK DENGAN ANAK, ANAK CEPAT BERCAKAP

Secara logik kalau kita nak anak bercakap, kita kena bercakap banyak dengan anak. Berbual dengan anak pun ada teknik, ramai orang tak perasan sebenarnya dia ada buat teknik ini.

Pemakanan beri kesan pada otak anak

Pemakanan yang baik dan cukup nutrisi penting untuk merangsang otak anak. Otak akan jadi lebih aktif untuk memproses rangsangan yang diberikan. Jadi nutrisi yang lengkap penting untuk membantu pembelajaran anak. Oleh itu pemakanan anak patut dijaga sejak hari pertama dia mula makan.

Sumber: Puan Aishah Kassim (Pakar Pertuturan Bahasa)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa